3. Apabila Pas menolak hudud dan membangunkan Islam sebagai asas perjuangannya, dan memperjuangkan slogan negara berkebajikan yang sudah diusahakan oleh UMNO sekian lama maka kita sudah nampak bahawa Pas yang dulunya kuat perjuangkan Islam kini sudah jadi sekular.
4. Pas yang dulunya menentang keras kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC dan melebelkan UMNO kafir kini sudah lebih teruk bila berada bersama DAP yang sah dan nyata kafir yang menentang Islam. Dalam kedudukan UMNO dengan parti-parti komponen lainnya, UMNO adalah ketua dan pemerintah tetapi Pas adalah satu parti kecil yang diperintah oleh parti lain termasuklah DAP.
5. Jika perjuangan Pas sama dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh UMNO selama ini, untuk apa kita perlua berubah kepada sesuatu yang masih belum pasti? Apakah pentadbiran Pas dan Pakatan akan lebih baik dari UMNO dan BN?
6. Jikalau Pas boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR, kenapa tidak bersatu dengan UMNO dan membina satu parti Melayu dan Islam yang dominan yang mampu melaksanakan apa saja perjuangan Islam yang diinginkan selama ini.
7. Hakikatnya adalah pemimpin Pas hanya ingin pastikan mereka mendapat kuasa politik dan jawatan dalam kerajaan, perjuangan atas nama Islam sebenarnya tidak penting bagi mereka kerana itulah ketika ini mereka sudah berebut-rebut dan mebahagi-bahagikan kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU13 nanti. Masing-masing ingin bergelar YB, itu saja. Perjuangan Islam dan perjuangan untuk rakuay hanyalah slogan semata-mata sepertimana yang diperakui oleh Nik Aziz.
8. Jadi untuk apa lagi kita menyokong Pas? Adakah dengan hanya memberikan sokongan kepada Pas maka jalanraya Jerantut - Benta akan mereka bina dengan serta merta? Mungkin kerana sedar penipuan mereka itu tidak disenangi rakyat dan pengundi Jerantut kerana itu banner diatas diperturunkan sertamerta dan tidak lagi kelihatan.
9. Perjuangan Pas adalah satu penipuan yang nyata. Ramai rakyat terutama anak-anak mudah sudah sedar dan menolaknya. Tidak perlu kita beri peluang dan harapan kepada Tuan Ibrahim dan Dr. Hamzah kerana ianya tidak akan dapat mengubah apa-apa nanti.
10. Khabarnya baru-baru ini ada lebih kurang 50 orang ahli muda Pas bertindak keluar parti secara senyap kerana sudah hilang percaya terhadap perjuangan Pas yang semakin keliru dan mengelirukan, anda bila lagi?