18 November, 2012

PAS PARTI SYAITAN...?



1. Ularmak Pas telah memandu pengikut-pengikut Pas ke arah kesesatan yang jauh. Mereka berangapan bahawa Pas Islam dan Islam adalah pas. Mereka beranggapan bahawa Islam hanyalah milik mereka sahaja dan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah umat yang sesat dan menyesatkan, yang menggunakan agama Allah kejalan yang tidak diredhai bahkan dimurkai Allah.

2. Siapa boleh lupa apabila Nik Aziz yang mendoakan pecah perut kepada DS Najib sedangkan sebelum itu DS Najib berusaha menerbangkan beliau dari Kota Bhahru ke Kuala Lumpur dan mengarahkan memberikan rawatan terbaik kepada beliau yang ditimpa musibah dan bala yang dengan azab dan kesakitan yang berat. Di Labis, puak-puak yang sesat itu menjaja doa memusnahkan UMNO BN sepanjang kempennya. 

3. Demikiankah perlakuan orang-orang yang beriman kepada Allah? Ketika kita diseru mendoakan kebaikan kepada saudara sesama Islam Pas pula mendoakan kemusnahan dan kerosakan kepada sesama Islam. Kenapa Pas tidak doakan kepada kemusnahan kepada Yahudi yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Palestin selama ini?

4. Kenapa tidak ada ularmak pas yang memperbetulkan akidah mereka selama ini? Apa yang jelas adalah arahtuju perjuangan Pas berubah-ubah dan tidak konsisten terutama kepada pengembangan Islam. Jelas bahawa perjuangan Pas adalah menguasai politik dan memusnahkan UMNO. Hudud dan membangun bersama Islam hanyalah slogan semata-mata dan mengaburi pandangan umum.

5. Terbaru, Pas sekali lagi berdoa dan mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Jikalaulah Allah menuruti keinginan Pas maka semesta alam akan dimusnahkan oleh cita-cita dan dendam Pas selama ini. Apa ada dalam hati Pas hanyalah memusuhi dan dendamnya terhadap UMNO, maka tidak hairanlah apabila Ularmak besarnya mengeluarkan kenyataan bahawa Pas adalah parti syaitan yang sanggup bersahabat dengan syaitan untuk mencapai cita-citanya.

6. Pas akan teap sesat dan menyesatkan selagi Nik Aziz dan Hj Hadi masih memimpin parti itu. Order baru Pas mestilah lebih berani dan agresif untuk menyingkirkan kulatlapok-kulatlapok Pas itu dari terus berkuasa dalam Parti. Beranikah anak muda dalam Pas melakukan perubah itu?

2 comments:

Anonymous said...

Doa orang-orang Islam makbul. Cuma bila masanya hanya Allah yang lebih mengetahui... ada yang dimakbulkan Allah di dunia segera, lambat, ada yang disimpan di Akhirat.

Jangan bimbang doa pecah perut akan dimakbulkan cuma bila sahaja... mungkin sebelum Najib mati... mungkin lepas PRU kita tak tahu. Doa Nabi Musa dan Nabi Harun untuk Allah binasakan Firaunpun dimakbulkan Allah selepas 40 tahun. Mahathir yang meroyan sekarang pun mungkin sebab doa dari Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang menginginkan Mahathir melihat sendiri kerosakan kesan dari perbuatannya sendiri ketika memerintah Malaysia.

Ketahuilah bahawa doa-doa dari orang yang dizalimi adalah antara doa yang tiada hijab antara dia dan Allah. UMNO seringkali menzalimi PAS dengan pelbagai fitnah dan tindakan kejam... jadi tidak salah doa kehancuran dan kebinasaan terhadap orang zalim dilafazkan.

Jika aku adalah UMNO, sudah pastinya aku akan bersegera meninggalkan UMNO kerana telah ada doa kebinasaan telah dilafazkan dan diaminkan. Kebinasaan itu pasti berlaku.

Sesungguhnya aku pun mendoakan kebinasaan UMNO/BN disebabkan kezaliman yang dilakukan di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Jadi jangan menzalimi orang dalam apa juga keadaan.

Anonymous said...

Ramai pengikut akar umbi dalam PAS telah keliru...

Mereka musykil tentang hala tuju mereka...

Mereka melihat PAS berbeza ketara sekarang ni

Tak hairan , PAS akan hancur...Percayalah!!!!

Akibat dari tangan tangan mereka yg kotor!!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...