26 November, 2012

PEMIMPIN UMNO BN MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Inikah rupa panji-panji perjuangan kita?


1. Dah jenuh DS Najib membakar semangat rakyat dalam usaha memimpin mereka kembali kedalam Barisan seterusnya memberikan sokongan kepada Kerajaan. Terkini beliau menyampaikan amanatnya dalam satu program Himpunan Barisan 1Malaysia yang mengumpulkan lebih 5 ribu wakil dari lebih 1 ribu NGO.

2. Sebelumnya juga sudah beberapa kali DS Najib berusaha merapatkan saf, termasuk pengamal media sosial yang antara penyumbang kepada kekuatan dan keutuhan kerajaan. (Klik Sini) 

3. Memang ada sebahagian dari wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian yang sudah sedar dan peka terhadap peranan media sosial menjelang PRU akan datang. Dalam masa sama mereka juga sedar tentang persepsi yang dimainkan oleh pembangkang bagi mencalarkan imej UMNO, BN dan Kerajaan. Segala kesalahan dan kelemahan akan dilonggokkan kepada UMNO BN. (Klik Sini) 

4. Beberapa kali saya melalui pekan Kuala Krau (sebagai salah satu contoh) (juga berlaku dibeberapa daerah lain). Bendera PKR (dan Pakatan) berkibaran dimerata-rata seakan PKR sudah menawan Kuala Krau, demikian persepsi yang pasti kita buat jika melihat kepada jumlah bendera-bendera yang berkibar itu. Rupanya masih ada Ketua Bahagian atau Ahli Parlimen yang tidak peka kepada keadaan demikian.

5. Selain itu saya juga melihat dibeberapa kawasan, walaupun memang ada bendera UMNO dan Barisan Nasional yang dikibarkan ditepi-tepi jalan, namun bendera tersebut dalam keadaan yang sangat daif dan koyak rabak. Mungkin seluar dalam yang baru dan bersih lebih nampak elok dikibarkan berbanding bendera yang koyak dan lusuh. Tiada siapakah yang peka kepada gambaran demikian? Andaikata kita tidak mampu menggantikan bendera berkenaan kepada yang lebih baik, elok saja turunkanlah kerana itu akan lebih membahagiakan mata yang memandang.

6. Menjelang PRU13 ini, UMNO BN mestilah dilihat bertenaga, segar dan gagah perkasa. Jika apa yang kita lihat dimata kitapun sudah nampak lesu dan layu, tidak mustahil rakyat juga akan hilang keyakinan dan mengalihkan sokongan mereka. Diharap kepada semua pemimpin yang masih lena itu supaya bangunlah dari tidur dan mimpi jika mereka enggan terus tertidur panjang dalam mimpi yang menakutkan.

7. Justeru, dimana ada berkibar bendera pembangkang pastikan juga ada berkibar bendera UMNO BN dan dalam jumlah yang lebih banyak serta dalam keadaan yang baik, baru, bersih dan berdiri tegak. Pasti ahli-ahli UMNO BN dan rakyat yang melihatnya juga akan turut kagum dan berbangga kerana mereka pasti bahawa selama ini; Pas parti penabur fitnah, PKR parti penabur janji, DAP parti penabur rasa benci, hanya UMNO dan BN parti yang menabur budi.

3 comments:

Anonymous said...

cuba tengok dikelantan skrang.... umno kelantan begitu semangat sekali kibarkan bendera umno kelantan dan bn kelantan walaupun agak tipis untuk umno kelantan menang buat masa skrang....

bRAVEhEART said...

Beberapa hari lalu saya berpeluang bertemu S/U Penerangan UMNO Kelantan serta sahabat2 nya, kami bercakap politik dan sependapat bahawa UMNO BN Kelantan boleh menang JIKA pemimpin UMNO benar2 bersatu dan sepakat, namun segalanya masih jauh dan sukar.....segalanya kerana kepentingan diri dan kroni...(?)...Ada setengah pendapat bahawa dinegeri2 dimana BN kalah kesedarannya lebih tinggi...wallahualam!..

oldman said...

UMNO akan lebeh hebat lebeh kuat kalau budaya cantas,pijak menikam belakang untuk naik kaatas atau untuk di pilih sebagai calun...ini budaya yg sukar dihapus dari UMNO telah menjadi budaya dan darah daging lebeh tepat BARAH dalam UMNO. Kita tenguk sekaraang ni PR dah makin dekat ramai mana kah pemimpin UMNO yg bekeja kuat untuk menjamin kemenangan parti yg ramai hanya namapak sibuk bila pemimpin tertingi yg datang mengenguk negeri masing2 masa tu keluarlah lakonan yg hebat akau lah orangnya bermatian untuk parti kalau tak berpeluh pun sembur air bawah ketiak supaya pemimpin nampak hebat kerjanya...bila pemimpin balik dia pun lena semula dibuai mimpi bakal menjadi calon....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...