1. Konon kita ber-akujanji akan setia kepada parti. Dihadapan PM dan MB kita akui akan terima siapa saja yang dicalonkan konon kerana sayangkan parti lebih kita utamakan. Tetapi dalam hati terselit cita-cita dan harapan biarlah calon yang dipilih oleh MB dan PM itu adalah diri sendiri.
2. Namun segalanya segera berubah apabila nama tidak ada dalam senarai. Pengikut yang juga selama ini mengekor kesana kemari turut bersuara konon pemimpin atasan menolak calon yang rakyat kehendaki. Lalu dianjurkanlah demonstrasi-demonstrasi yang tanpa disedari disokong oleh musuh sendiri, yang menyimbah minyak ke dalam api.
3. Mustahil MB dan PM tidak menyedari apa yang berlaku mengenai calon yang dipertikaikan itu, cuma ada pertimbangan yang lebih wajar untuk memutuskan pilihan. Kerana kadang-kadang yang nampak baik belum tentu lebih baik dan yang nampak kurang baik itu hakikatnya mungkin lebih baik. Dalam waktu sama kita juga patut menghormati keputusan pemimpin kita yang kita sendiri persetujui kedudukan beliau itu. Kita juga harus percaya bahawa semua itu adalah ketentuan takdir, ketentuan dan kehendak Allah.
4. Di dun Luit khabarnya (rujuk Sinar Harian 18.4.13 m/s 22) ada pihak yang akan bertanding bebas kerana tidak puas hati. Apakah itu alasan berjuang untuk rakyat? Atau hanya alasan berjuang semata-mata untuk jadi wakil rakyat? Bagaimana pula jika mereka dicalonkan, kemudian ada dari kalangan parti sendiri bertanding menentang mereka sebagai calon bebas pula? Apakah yang perasaan mereka nanti? Selama ini kita bersatu hati dan menuduh politik pembangkang sebagai politik rakus dan tamakkan kuasa. Apa bezanya jika kita lakukan perkara sama?
5. Bagimanapun, sungutan rakyat di dun Luit masih ada kebenarannya serba sedikit. Tetapi ianya masih boleh diperbaiki. Kaum keluarga calon perlu membiarkan calon sendirian dan parti yang akan berada dibelakangnya, berjuang dan mempertahankan. Dalam kata lain, jangan ada campur tangan keterlaluan. 'Ayah' jangan lebih sudu dari kuah. Kalau tidak slogan 'ABAHS' tentu sangat sesuai didendangkan diserata tempat.
6. Kita percaya dengan campur tangan dan kebijaksanaan MB setelah bertemu dengan mereka yang terlibat secara empat mata, perkara-perkara remeh sedemikian akan dapat di 'selesaikan'. Yang penting adalah jangan berikan lansung peluang kepada pembangkang untuk menang mana-mana kerusi dalam PRU kali ini, membiarkan mereka bermimpi untuk menang pun jangan!
7. Di dun Tahan juga ada terdengan bantahan. Presiden ngo KAWAT dengan diiringi hanya seramai lebih kurang 20 orang berdemo di hentian bas Felda Sg. Retang. Apakah 20 orang itu cukup untuk mengambarkan sokongan rakyat dan seluruh pengundi dun Tahan memberikan sokongan kepada mereka?
8. Di Lipis, UMNO sendiri nampaknya menolak calon Parlimen atas alasan tersendiri. Khabarnya juga Luit dan Lipis menghantar rombongan menemui MB untuk membuat rayuan. Di media sosial ada yang dengan yakin berkata; tukar calon atau 'kalah'. Jika saya berhak mengeluarkan kata, ingin saya katakan sekali lagi...biarlah kita memilih kalah untuk mengajar ahli erti setia kepada parti. Saya setuju dengan kata MB bahawa jangan yakin pada kelemahan lawan sebagai senjata kepada kekuatan kita, namun saya juga percaya bahawa kelemahan kita sudah pasti akan jadi kekuatan pihak lawan.
9. Buktikan bahawa BN akan tetap mantap dan memberikan sokongan kepada calon-calon yang diwatikahkan oleh pemimpin kita. BN Lipis akan sokong Dato' Mohd Sahrum Osman. BN Luit akan sokong Nurhidayah Shahaimi, BN Tahan tetap akan sokong Wan Amizan Wan Abdul Razak. Jadikanlah diri kita sebagai insan pemaaf, demi kesinambungan perjuangan parti, demi anak cucu dan generasi masa depan. Semoga calon yang terpilih itu juga akan sedar diri dan tingkatkan perjuangan demi rakyat dan berusaha menjadi wakil rakyat yang terbaik yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

4 comments:
Yg bantah calun yb lipis tu sebenarnya org kampung asal calun tu sendiri.... tu pun beberapa kerat aje sbb tak dpt projek. Kami tetap sokong BN lipis.....
khabar anginnya di parlimen paya besar ada kumpulan nak belot..siap telefon pihak lawan nak kasi undi..try la siasat...
Mereka ni agaknya dah habis duit dan berhutang kot kerana melobi. Silap2 pijak dan along
Semuanya kerana fulus, tak dicalonkan terus sokong pembangkang. Masa jadi calon tk ingat diri dn tak beri khidmat pd rakyat.....
Post a Comment