07 April, 2013

MANIFESTO DAN AKUJANJI: ANTARA 'UBAH' YANG TAK PASTI ATAU KEKAL DENGAN HARAPAN BARU



Semalam PM kita DS Najib telah melancarkan manifesto Barisan Nasional yang dinamakan 'aku janji' bagi membezakan bahawa apa yang dinyatakan dalam manifesto itu adalah janji yang akan ditunaikan apabila BN mendapat mandat baru dalam PRU13 nanti. Ia juga bagi membezakan diantara manifesto BN dengan manifesto Pakatan yang hanya sekadar manifesto pilihanraya dan bukan janji.
 
Rakyat yang kurang bijak mungkin akan terperangkap dengan manifesto Pakatan dan seterusnya memberikan mereka undi kerana inginkan perubahan kerajaan, tapi apakah pilihan mereka itu nanti adalah pilihan yang betul? Mengubah kerajaan bukanlah satu percubaan kerana risikonya sangat besar. Jangan kita terperangkap dengan pujukan pembangkang dengan kata 'kita cuba dulu, kalau tak bagus nanti kita balik semula'. Soalnya apakah bila kita ingin balik semula ianya masih dalam keadaan asal?
 
Saya percaya bahawa penyokong pembangkang bahkan pengikut tegar mereka sendiri tidak mengetahui apa yang bakal berlaku apabila kerjaan berubah nanti. Saya juga percaya bahawa mereka menuruti pemimpin pembangkang bukan kerana benar-benar ikhlas melainkan kerana menerima imbuhan. Sejarah telah membuktikan bahawa dalam masa yang dekat, 34 orang dari pengasas PKR telah meninggalkan parti, yang tinggal hanya 2 - kerana apa? Berbeza dengan pemimpin BN, jika ada yang meninggalkan parti adalah kerana mereka sudah tidak terpilih lagi dan bolehlah dianggap sebagai 'barang buruk'.
 
PRU kali ini, kita hanya memilih 1 diantara 2; Najib atau Anu arr, BN atau Pakatan (yang cacamarba), kekal dengan 'harapan' baru atau 'ubah' dengan apa yang belum tentu. Cuma harus diingat: yang tua dan lama bukan bererti mereka lebih bijak dan berpengalaman dalam memilih, serta yang muda (mahasiswa) bukan juga bermakna mereka cerdik dan terpelajar dan benar ketika membuat pilihan.
 
Di laman facebook (muka buku) saya temui satu post yang baik dan elok untuk dikongsikan bersama. Tulisan yang berdasarkan pengamatan yang jelas berserta pengalaman. Saya mohon kepada pemunya untuk dikongsikan bersama disini. (Segala tulisan disalinkan tanpa sebarang pengubahsuaian dan pembetulan):


Nor Azizuddin Abdul Manan
RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA
 
1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud, Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan tetap "spin" and "spinning".
 
2. Hari ini, apa yang menarik perhatian saya ketika sesi perdebatan berlansung di PFB, sdr Ir Abu Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit itu.
 
3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46 pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46 kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57 kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.
 
4. Apa yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5 dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.
 
5. Sebab musabab PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan, (3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan dan Ekonomi.
 
6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School) dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen, meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2 sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan, memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru. Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45 Jepun.
 
7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45 GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200% daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.
 
8. Apabila saya membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan (Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma (Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor, adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.
 
9. Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli akademik dari M'sia yang berkhidmat di Shobi University yang meminta rakyat M'sia agar tidak mengulangi kesilapan rakyat Jepun dengan memilih Pakatan Pembangkang memerintah negara, hasilannya rakyat juga yg akan menanggung bahana seperti yang dilakukan oleh DPJ sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka. Bahkan yang paling menariknya seorang penganalisis politik terkenal, Micheal J.Green telah mengkritik DPJ yang gagal dalam Revolusi Musim Sejuk dalam satu artikel yang bertajuk Japan's Confused Revolution. Termasuk juga dengan kritikan Assc. Prof Tomoki Takeda dari Daito Bunka University yang menjadikan DJP sebagai bahan lawak jenaka dalam kegagalan Reformasi Politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang di Jepun.
 
10. Kesimpulannya, tidak hairanlah jika dikatakan, memilih parti yang hanya mampu berjanji, mampu berkata-kata, ibarat menanam tebu dibibir tetai kurang dan amat cetek pengalaman mentadbir yg pada akhirnya rakyat juga yang menderita, akibat terlalu teruju untuk membuat eksperimen pertukaran kerajaan. Jangan pisang berbuah dua kali. Untuk rekod, program TRANSFORMASI oleh Kerajaan M'sia pimpinan BN ternyata amat memberikan impak kepada kestabilan negara ini bahkan berjaya meningkat pertumbuhan ekonomi negara. Saya tidak berhasrat mengulas panjang program TRANSFORMASI ini memandangkan DS Mohd Najib telah membuktikan dengan 100 kejayaan yang dilakarkan dalam masa 4 tahun !.
 
Bacaan luas :
 Hutang Negara Jepun :
 Kenyataan Assc Prof
Buat Perbandingan Manifesto DPJ dan PR :
 Kritikan ke atas DPJ :
 
p/s : Yang menariknya pemimpin setiap parti politik Jepun silih berganti, termasuk jugalah dengan UMNO dan parti2 komponen dalam BN juga datang dan pergi bersilih berganti, tapi DAP ?, PAS dan PKR ?...sendiri mau ingat la.


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...