Suara Anak Pahang - Perlu Baca

19 April, 2013

CALON PRU PAHANG: PEJUANG DAN PETUALANG

Proted calon dun Luit: Kesedaran diri atau jadi alat dan hamba abdi?


1. Esok hari penamaan calon. Namun gelora dan pertikaian senarai calon-calon PRU masih belum reda di Pahang. Seperti sedia maklum, Parlimen Lipis dan dun Padang Tengku sudah berubah sebagaimana laporan sebelum ini..

2. Beberapa AJK Bahagian telah bertemu YAB Menteri Besar dan membuat rayuan pertukaran calon dan akhirnya dipersetujui. Lipis telah mendapat apa yang mereka kehendaki. Sama ada ini benar-benar kehendak rakyat ataupun hanya kehendak sebilangan dari UMNO bahagian bukanlah persoalan lagi. Yang penting adalah bagaimana semua jentera UMNO BN dapat digerakkan bagi memenangkan calon.

3. Wira dalam pru adalah mereka yang memenangi kerusi yang ditandingi. Namun sebelum pru bermula ingin saya mengangkat Dato' Shahrom Osman sebagai wira kerana dengan senang hati rela melepaskan peluang bertanding untuk memberi laluan kepada orang lain. Inilah semangat sayangkan UMNO yang patut ditunjukkan dan dijadikan contoh kepada semua pemimpin yang berjiwa besar. Andaikan masa hadapan mereka yang menjadi calon ketika ini diminta mengundurkan diri dan memberi laluan kepada orang lain, diharapkan mereka juga akan berputih hati melepaskan kerusi.

4. UMNO Lipis mesti bergerak sekarang dan mencari jalan untuk mendapat undi maksima di dun Cheka bagi memenangkan calon parlimen. Jika dahulu calonnya dari dun Cheka sendiri dan mendapat sokongan dari pengundi dun Padang Tengku serta Benta untuk menang, maka kali ini usaha untuk menang menjadi lebih payah kerana dun Cheka sudah tiada lagi wakil oleh UMNO. Mungkin harapan akan terletak dibahu ajk bahagian dari dun Cheka, Cikgu Ahmad Sudin yang terpaksa berkerja keras mengumpul sokongan. Jika tidak, maka akan berlaku kelompongan dari segi raihan undi.

5. Di dun Luit, khabarnya ada kalangan pemimpin bahagian yang kecewa berhasrat untuk menentang calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jika di Lipis kita temui wira dan pejuang, mungkinkah Maran akan melahirkan petualang? PDM-PDM yang ditutup mesti dibuka segera. Bendera dan poster yang bertaburan mesti dinaikan kembali. Ini bukan lagi mengenai kepentingan diri, ini adalah mengenai maruah parti.

6. Ada juga desus-desas dibeberapa kerusi lain dimana ada kumpulan yang kelihatan ingin menolak calon yang terpilih, namun ketegasan MB dan kesuntukan masa akan melenyapkan usaha membantah jika ada sebarang cadangan. Dun Tahan juga sudah kembali tenang. Penyokong BN harus kembali kepada akujanji mereka kepada Presiden sebelum ini, iaitu terus memberikan sokongan kepada siapa saja calon yang diberikan tanggungjawab berat itu.

7. Ada yang bertanya kenapa 'seseorang' itu tidak dicalonkan sedangkan 'dia' berjawatan dalam parti?  Apakah kita tidak melihat dengan jelas, mungkin kerana 'seseorang' itu adalah calon bermasalah, kerana itulah namanya tidak dicalonkan.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau UMNO tak nak berubah.RTakyatlah yg akan memaksa UMNO berubah.Kesilapan meletakkan calon akan membuatkan rakyat tidak memberikan undi kepada UMNO.Jgn salahkan rakyat jika ini berlaku.Kesalahan terletak di tangan UMNO sendiri.Masih ramai lagi calon yg tidak kelihatan bersih dicalonkan.Takkan rakyat nak undi calon yg mereka sudah tahu tak bersih? Memang UMNO perlu dibersihkan

Anonymous said...

Saya selaku pengundi di dun luit setiap pru mmg x kisah sgt siapa saja dicalonkan tetapi tidak kali ini. Sy setia pd parti tetapi kami dcni lebih kenal mana kaca mana permata....sekiranya calon tidak ditukar bersedialah menerima kekalahan BN buat pertama kali di DUN LUIT.

Anonymous said...

Masalahnya ada YB yg menganggap jawatan yg dipegang adalah seumur hidup! Tengok saja DUN Jenderak, Dato Mohamed Jaafar dah masuk 5 penggal, dgr saja MB nak mencalunkan winnable candidate, terus ugut nak protes jauh sekali nak mengundurkan diri w/pun org dah tak suka kpd YB yg pelanun, penjarah tanah haram dan perompak saham2 Felcra.
Apakan daya org kg mmg mudah utk dibeli, buat kenduri potong kerbau 2 ekor, bereh kerja Dato Mat. Itulah realiti yg sebenar dlm UMNO dan pelanun /prompak akan terus berkuasa.

Anonymous said...

mari kita baca pesanan dari Umat Terakhir

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah

http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html

-posman-

Anonymous said...

samalah dun N6 Batu Talam

kenapa wakil rakyat ni masih lagi bertanding sedangkan calon ini amat diketahui oleh masyarakat felda tentang karenah dan biro krasinya mementingkan tengkolok sendiri dan kroni kroninya.....

aku memang kenal sangat keluarga calon ni....

jadi aku nak tanya adnan yaakob
DAH TAKDE CALON LAIN LAGI KE NAK DI LETAK KAN DI DUN N6 BT TALAM...

LU DAH BUAT PENGUNDI KECEWA BRO...

Samuel Martin said...

Sheikh Qaradawi believes @AnwarIbrahim deserves to head the Government
http://bit.ly/12giahs

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...