13 November, 2014

SIAPA ZAM YANG BOLEH TENTUKAN MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH' MAUT'?

Mantan Mamak Menteri


Utusan Malaysia merupakan suara UMNO dan orang Melayu sejak dahulu lagi. Utusan adalah lidah resmi UMNO dan suara para pemimpin UMNO. Namun tidak kurang juga penglibatan Utusan dalam memberi warna kepada politik UMNO dan tanah air.

Utusan Malaysia adalah musuh utama kepada pembangkang. Kerana itulah Pas memanggil Utusan Malaysia / Melayu sebagai Utusan Meloya. Pengikut Pas memang dah mengharamkan Utusan untuk dibaca bahkan mungkin tersentuhnya juga perlu disamak.

Anwar Ibrahim sendiri yang suatu ketika dahulu menggunakan Utusan sebagai penyambung lidahnya akhirnya turut melabel Utusan sebagai pembawa berita palsu dan berniat jahat.

Memang tidak kurang para pemimpin UMNO dijatuhkan oleh Utusan yang menjalankan agenda orang-orang tertentu. Saya tidak hendak memberi contoh kerana contohnya terlalu banyak. Yang ingin saya persoalkan disini adalah apakah kali ini Utusan juga membawa agenda khas untuk menjatuhkan Menteri Beasr Pahang?

Saya tidak hairan apabila Awang Selamat dan Utusan bersungguh-sungguh cuba 'mamalukan' dan menjatuhkan Menteri Besar Pahang kerana saya pasti jika diibaratkan polong, dia polong yang dipelihara dan bertuan. Pasti ada hidangan telor disediakan untuk santapannya.

Cuma saya agak terkejut apabila seorang mantan menteri yang juga bekas pengarang Utusan turut 'mengehentam' Menteri Besar Pahang didalam blognya dengan memberi tajuk 'Menteri Besar Pahang Menempah Maut'. Nampaknya mantan menteri ini masih merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari 'Utusan Meloya' dengan khayalan dalam zaman gemilangnya dulu.

Saya bukan antara yang taksub kepada satu-satu pemimpin bahkan pada suatu ketika saya sendiri pernah 'menghentam'. Namun, dipenghujung kariernya, berilah Menteri Besar Pahang ini sedikit 'muka' dan penghormatan dan jangan 'telanjangi' dia. Biarkan dia berundur secara terhormat sebagaimana Tun Dr. Mahathir dulu. Jika kita, (terutama yang bercita-cita besar) sanggup menunggu selama ini, kenapa tidak sabar untuk menunggu sedikit masa lagi?

Menteri Besar Pahang akan dipertahankan, bukan kerana dianya Adnan Yaakob, tetapi dianya adalah Menteri Besar Pahang, yang datangnya dijemput biarlah perginya diiring.

Baca juga Khabar Pahang  (Klik Sini)


Sahibul hikayat, sebermula adapun sahaya yang sudah tua ini hanyalah ingin duduk-duduk sahaja bermain dengan cucunda-cucunda sambil bercucuk tanam dan memelihara ayam itik.

Tidaklah lagi hendak oleh sahaya untuk berjuang dan menulis lagi adanya. Namun bagaikan perahu diair memanggil-manggil dan pendayung juga sudah ditangan... kenapa tidak untuk sekali ini sahaya berjuang untuk yang terakhir?

Akhirulkalam, tidaklah akan pedih dan luka sahaya ini oleh pisau dan keris mantan mamak menteri itu, namun akan luka jugalah hati dan jiwa oleh gurisan tinta dan kalam.


3 comments:

Anonymous said...

hehe... mantan mamak menteri ni pun cuma jadi menteri 2 tahun saja, apalah sangat yg dilakukan semasa jadi menteri penerangan .. yang kita tahu semuanya masih dalam kegelapan...

Anonymous said...

berilah Menteri Besar Pahang ini sedikit 'muka' dan penghormatan dan jangan 'telanjangi' dia. Biarkan dia berundur secara terhormat

hahaha..nak muntah aku dengar..masalahnya masih tak sedar diri..dah lama dah..masih x mahu turun jg...dia sorang ja yg pandai mentadbir kunun. Tak percaya? tnggulah PRU14 nanti...cukuplah bglah peluang pada org lain pula..

Anonymous said...

Sbg MB Senior di Tanah Melayu ni, MB Pahang patut lebih berhemah dalam menyanggah kritikan.
Apa yang dibawa oleh Utusan adalah suara rakyat bawahan... nyata pahit keadaan di CH...apa PBT buat...buta kah? Persepsi rakyat, rasuah berlaku!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...