08 July, 2015

DS NAJIB : BANGKIT MELAWAN.. SINGKIRKAN... ATAU BERUNDUR.

DS Najib ditekan makin hebat. Bukan hanya dalam Negara, malahan kebelakangan ini media luar negara juga turut berikan tekanan. Kita tertanya-tanya apakah niat dan tujuannya. Dari manakah sumber dan maklumat mereka perolehi? Sudah pasti dari dalam. Siapakah yang melakukannya? Kenapa dan untuk apa?
Terlalu banyak soalan-soalan yang bersarang didalam fikiran kita rakyat marhaen ini. Maklumat kita sangat sedikit untuk perkara sebesar ini. Sudah pastilah konspirasi sebegini terancang dengan baik oleh mereka yang berkepentingan dan kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Perang antara Tun M dengan DS Najib semakin hebat. Entah apa yang Tun M tak puas hati tidak ramai yang tahu. Saya masih ingat dalam majlis DS Najib 'Nothing To Hide', Tun M turut hadir, namun tiba-tiba seakan 'merampas kuasa' dan jadikan majlis tersebut sebagai majlisnya. Ini sememangnya tidak wajar malahan kelihatan sebagai 'kurang ajar'.
Ada yang kata, masalah negara ketika ini akan selesai jika DS Najib letak jawatan. Kita tertanya-tanya apakah semudah itu masalah yang negara hadapi ketika ini diselesaikan? Hanya letak jawatan dan masalah selesai? Apakah tidak perlu memikirkan siapakah pengganti atau apakah pengganti PM itu nanti layak menyelesaikan segala masalah yang sedang dihadapi?
Apakah itu bermakna sesiapa sahaja boleh mengganti PM... dan masalah akan selesai? Siapa saja... asalkan bukan Najib? Nampaknya tidak banyak beza dengan pendapat pembangkang ketika PRU lalu.. pilih siapa saja atau parti mana saja asalkan bukan UMNO BN.
Kenapa bukan UMNO BN? Kenapa bukan DS Najib? Kerana mereka sudah menconteng arang ke mukanya, ketokohannya sudah dicacatkan, sudah dimusnahkan atas sebab-sebab politik dan kepentingan politik individu atau sesuatu pihak. Dalam keadaan PRU yang semakin hampir ini malangnya masih ada pihak yang rela memusnahkan apa yang kita miliki hanya semata-mata kerana kepentingan peribadi.
Siapakah Si kitol itu ketika ini? Dulu 'orang itu' pernah melabelkan seseorang sebagai Si Kitol, rupa-rupanya dialah Si Kitol sebenar .. sama ada dalam sedar atau tanpa sedar. Mungkin Melayu mudah lupa, mungkin usia tua juga buatkan orang itu juga jadi pelupa.
Ramai rakyat marhaen yang tidak ingin terlibat dalam kemelut politik sekarang ini. Kami hanya mahu hidup dalam aman dan damai. Kami tak kisah pun siapa yang akan jadi pemimpin kelak kerana kami percaya bahawa nasib kami tetap akan sama saja. Mungkin nasib mereka akan berbeza kerana jika menang mereka akan berkuasa dan akan mendapat laba, tetapi itu tidak bagi kami kerana kami bukan dari kalangan kroni.
DS Najib perlu berani bangkit untuk tegakkan kebenaran, atau jika ragu-ragu dan takut-takut, silalah berundur dengan bermaruah. DS Najib tidak lagi perlu 'bermain cantik' dalam politik. Secantik mana permainan sekalipun, jika tewas walaupun dengan 1 undi maka tetap juga menerima musibah kekalahannya.
DS Najib perlu kuatkan pasukannya, pastikan siapa yang setia untuk benar-benar tunjukkan kesetiaannya dan yang diragui singkirkan segera kerena mereka itu akan jadi duri dalam daging. Kami rakyat marhaen dibawah ini, biarpun tidak lantang bersuara namun akan tetap bersatu dan memberikan sokongan kepada pemimpin. yang kami telah plih.

Memang susah untuk kita melepaskan jawatan. Tun M pun terpaksa tunggu hingga 22 tahun untuk umumkan mengundur diri, bahkan terpaksa meneguk air dan menahan sebak tangisnya untuk buat pengumuman. Itu pun bukan kerana ada desakan. Berbeza dengan situasi yang DS Najib hadapi sekarang ini, yang didesak dari kiri dan kanan hatta dari kalangan pengamal media penyokong kerajaan sendiri.

Tun M juga berhak terhadap segala pandangan dan apa yang ingin dilakukannya. Beliau juga layak untuk bertanding dalam PRU akan datang jika masih berbeza pandangan dengan kepimpinan yang ada, jika bukan atas tiket UMNO BN yang didakwa sudah membusuk hingga ke usus, boleh saja atas tiket DAP... ini negara demokrasi.

'Dah lama dahh'... Rupanya dia merajuk dan suka dipujuk...
 
 


9 comments:

Anonymous said...

Bagi kat DAP memerintah gerenti Ringgit naik, ekonomi naik dan semua naik belaka dan yang turun kuasa Melayu...

Anonymous said...

Kalau gini org2 UMNO berbalah dan berperang demi kuasa, tidak mustahil perpindahan beramai-ramai pengundi Melayu ke Parti PAS akan bermula pada PR kelak. Nasihat untuk PAS.. kemaskan pegangan, kuatkan ukhwah, bersedia untuk menerima penyokong baru dan bersedia untuk menjadi peneraju Parti Melayu.

Anonymous said...

Memang agak menghairankan... baru hari ini keluar WSJ, esok pejabat peguan negara dah bertindak.... kalau macam ni senang2 lah runtuh sebuah negara hanya disebabkan berita/laporan dari media asing......

Anonymous said...

Apa kebenaran yg ada pada Najib. Sekiranya benar knapa tidak menjawab segala pertanyaan mengenai 1MDB.Malas nk tulis kerana aku tidak dibayar apa-apa seperti kamu.
Dhomir kamu juga tahukan kebenaran kenapa sembunyikan.............Adakah kamu ingin menjadi seperti YAHUDI dan Nasrani menyembunyikan kebenaran....Tepuk dada tanya iman...........

Anonymous said...

Setuju Jika Najib letak jawatan. Terlalu banyak persepsi negatif yang tidak dijawab dengan baik.

Anonymous said...

Salam,

1st of all, N2H tu bukan Tun yg nak beriya nak bercakap tapi diminta oleh org2 yg mengharapkan terjadinya satu program yg boleh merungkai byk perkara .... tapi as we all no .... he just chicken out .... a few days b4 that he is the panglima .... mudah lupa la kot.
Pasal konspirasi yg dikatakan jahat tu .... mungkin kita boleh fikir balik siapa yg sebenarnya berkonspirasi .... yg diminta membuat penjelasan atau yg meminta buat penjelasan .... klau masa N2H ada sorang mamat yg dgn sengaja mewujudkan suasana kecoh dgn tujuan nak cover up sbb anak bugis tak turun .... itu baru satu konspirasi kecil dgn lolongan dari bloggers dibayar selepas tu termasuk dari media-media kawalan ... then whos the one doing this conpspiracy thing ....
Kena pikir kritikal skit bro .... katak les copaq pun duduk atas tempurung

Anonymous said...

bukn Tun M sahaja yg xpuashati..rakyat pon xpuashati dgn kenyataan Najib yg menyatakn beliau tidak mengambil wang itu utk kepentingn peribadi..so ada kpentingan lain ke..nape beliau xnafikan yg tiada wang 700 us dollar dlm akaun dia..wsj cuma kata ada wang yg dipindahkn ke akaun najib bukn tuduh dia ambil wang itu utk kepentingan peripadi..rakyat makin sangsi..

Anonymous said...

Bila masa Tun Dr. Mahathir merampas majlis berkenaan menjadi majlis peribadi Tun Dr. Mahathir?

Sebenarnya pihak penganjur sendiri yang menjemput Tun Dr. Mahathir untuk berucap kerana Najib larikan dari takut nak bersoal jawab.

Malahan yang lawaknya adalah Najib menggunakan Ketua Polis Negara untuk mengishtiharkan bahawa berlaku kaeadaan tidak selamat di tempat program dengan hanya tindakan Ali Tinju, seorang kuncu Najib yang mungkin diarahkan untuk menggelupur, menjerit-jerit sambil terkinja-kinja di luar dewan, hanya isu itu digunakan oleh Ketua Polis negara untuk ishiharkan tempat itu tak aman.

Kalau Tun Dr. Mahathir fitnah dan ainya Najib sebagai tuduhan blogger bengap ni, saya ingin bertanya, mengapakah sudah berkali-kali Tun Dr. Mahathir minta supaya Najib bersoal jawab secara siaran langsung di televisyen dengan Tun Dr. Mahathir di mana Najib boleh soal Tun Dr. Mahathir apa sahaja yang berkaitan tempoh pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir akan menjawab semuanya. Malahan Najib juga perlu menjawab soalan Tun Dr. Mahathir berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan Najib selama ini, tetapi mengapakah Najib takut nak bersiaran langsung menjawab dan bertanya dengan Tun Dr. Mahathir?

Malahan pasal apa Najib tak saman Tun Dr. Mahathir jika benar Tun Dr. Mahathir fitnah dan hendak jatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri?

Sebenarnya anda yang kurang ajar, bodoh, serta penyokong kejahataan wahai blogger bengap.

Sedarlah diri.

Kalau kau tak mau siarkan komen ini, lebih baik kau tutup sahaja blog kau ni, tapi biasalah geng Najib Bapuk Tua Bogel mana berani nak berhadapan dengan kebenaran, sebab mereka di pihak yang salah.

Anonymous said...

mahathir dh tua..betul..tapi najib memey bengong..rakyat rasa beban dengan berbagai2 kenaikan..duit gaji dah tak ckp utk sara hidup..kenyataan buat majoriti rakyat malaysia..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...