01 January, 2009

2009 - MASA DEPAN DAN CABARAN MELAYU

Jangan sampai kita menangis airmata darah ..


Hari pertama tahun 2009. Kita tertanya arah dan masa depan bangsa dibumi tercinta ini. Apakah perjuangan kita dilandasan yang benar? Jiwa berontakku selalu mengatakan bahawa tentang kerajaan yang tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat. Tentang pemimpin-pemimpin yang culas dalam mencakna rakyat. Tetapi haruskah aku sertai pembangkang? Pakatan Rakyat? (Bukan – rakyat tidak pernah ada permaufakatan membentuk sebuat parti gabungan. Yang bermaufakat hanyalah pemimpin-pemimpin yang lebih mementingkan diri dan parti mereka sendiri. Yang ada adalah Pakatan Pembangkang – parti-parti yang tidak berupaya memenangi apa-apa jika tidak mengadaka pakatan sedemikian.) Tidak! Itu bukanlah satu pilihan. Tidak pilihan terbaik bahkan bukan pilihan terakhir. Tidak harus diletakan apa-apa kerpercayaan kepada pakatan sedemikian.


Mahathir menangisi umat melayu


Apakah yang telah Pakatan Pembangkang lakukan bagi membeli undi? Mereka telah mengadaikan hak-hak melayu dan Islam dinegara kita ini. Hanya kerana mendapatkan undi. Tahu bahawa gereja terbesar di asia tenggara akan dibina di Negara kita? Tahu sebelum itu mereka mengkhendaki parkataan Allah boleh diguna didalam Injil? Para penyokong Pakatan Pembangkang tentu kurang percaya. Dan mereka tidak akan membaca apa-apa sumber dari yang bukan dari sumber mereka. Mungkin hukumnya haram(?)


Nik Aziz juga menangisi bangsa melayu


Dalam kegawatan dimana bangsa melayu di asak dengan pelbagai masalah politik dan ekonomi, kita juga diasak dengan permasalahan agama dimana agama Islam cuba dipermainkan bagi menguji setakat mana bangsa melayu berupaya melawan balik. Asakan demi asakan, dan ternyata akhirnya kita lemah dan lemas lalu tenggelam. Kita tidak berupaya mempertahankan agama kerana kita bermusuhan sesama kita dalam politik. Melayu dipecah-belahkan. Melayu semakin lemah dan tidak mampu melawan bahkan tidak mampu juga untuk mempertahankan.

Lihatlah blog-blog yang cuba menganggu-gugat bangsa melayu. Lalu, bersatulah kita semua, sebelum kita terlambat. Selagi kita masih ada waktu. Bersatulah dibawah panji-panji islam sebenar dengan mengenepikan politik seketika.

Blog Menghina Islam Di Malaysia:

http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

Blog Pembinaan Gereja Terbesar Di malaysia

http://www.calvary.org.my/

http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html

Blog Bantahan Pembinaan Gereja:

http://piratesoftheblogger.blogspot.com/

http://gomo-no1.blogspot.com/

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com



6 comments:

burujerdi said...

Salam Ukhuwah,

Tersentuh hati saya apabila membaca posting saudara. Semoga istiqamah dalam perjuangan mengangkat martabat agama, bangsa dan tanahair.

Anonymous said...

Salam Sdr burujerdi,
Saya sering menangis mengenang nasib bangsa kita masa depan. Siapakah pemimpin kita? Yang benar-benar peduli kepada survival bangsa? Tentu bukan kepada pembangkang dan curiga juga kepada pemimpin memerintah. Sungguh, bukan terlalu banyak beza antara mereka - kecuali kuasa dan tidak. Kegagalan bangsa kita sebahagiannya adalah kerana pemimpin bangsa kita sendiri yang tidak berlaku adil kepada kita, yang tidak percaya kepada kebolehan kita. Kerana itulah adanya Patrick Lim(?) dan lain2 sepertinya. Sebagai bangsa melayu kelas bawah saya merasa sungguh MALANG MENJADI MELAYU bagai teratai - pucuk tak sampai akar tak jejak. Dimanakah golongan menengah dan atasan? Mereka dalam politik dan mencatur kuasa dan mengumpul harta. Kalau lah mereka sedar akan kerisauan kita tentang masa depan bangsa melayu ini alangkah bahagianya kita menumpang gembira. Yang selalu mereka laungkan hanyalah rhetorik ' hidup melayu' hakikatnya mereka memberikan kehidupan selesa kepada yang bukan melayu. Lawati juga blog ini - http://bumiyang.blogspot.com/
BH

Anonymous said...

bangsa?mana yg patut dimartabat kan?bangsa atau agama?alangkah indah kalau kedua-duanya dimartabatkan...saya x memihak mana-mana parti,saya lebih mengutamakan calun...tp dari permehatian saya,pihak2 UMNO ini terlampau ego..apa kata UMNO menerima HUDUD,nescaya PAS akan menyertai BN,ISlam dan Melayu akan bersatu,tp kenapa UMNO tidak memilih jalan itu?takut?tidak yakin?atau bagaimana?mereka mmpersenda hudud..damn...itu saya tidak boleh terima,saya bukan extrimis,tp buat masa sekarang,saya nampak PAS lebih relevan,perjuangan nya,cuma apabila bergabung dalam PR,PAS seakan2 goyah...harap UMNO dapat mengorak langkah,sama-sama harus mengalah..biarlah profesional UMNO dan PAS mentadbir negara,manakala ULAMA' PAS dan UMNO mentadbir soal-soal keagamaan,sedih mengenangkan saudara seislam telah hilang keIslaman nya...sekian

Anonymous said...

Sdr Cipan Goreng,
Memang Agama yg lebih penting tetapi kita lahir bersuku-suku dan berbangsa-bangsa dan melayu itu adalah bangsa kita diman kita dilahirkan dikalangannya. Kalau emak dan bapak kita melayu maka lahirlah kita sebagai melayu. Jika kita tidak menghargai bangsa melayu kita maka kita juga tidak menghargai emak dan bapak kita. Harap sdr boleh mengerti.

keris panjang said...

Sdr bRAVEhEART,
Fikiran saya senada dgn saudara..mmg betul spt yg sdr katakan..antara pemerintah dan pembangkang tidak byk bezanya..saya sendiri dalam dilema, manakah haluan yg akan saya tuju..

saya bimbangkan survival bangsa dan agama saya..yg lebih hampir lg, survival generasi saya..

Anonymous said...

Sdr keris panjang,
Memang kita dalam dilema. Apa yang mampu kita lakukan disini adalah pilihlah yang terbaik diantara yang buruk itu dan kemudiannya memperbaikinya dari dalam. Setiap orang ada peranannya masing-masing. Kita ambillah UMNO dahulu, kemudian memilih pemimpin yang baik diantaranya dengan sertai mesyuarat dicawangan dan bahagian. Kita boleh mengubahnya jika kita mahu dan berusaha. Saya telah tinggalkan UMNO dan kini kembali semula kerana saya sedar bahawa memperbaikinya bukan dari luar tetapi dari dalam. Mudah-mudahan sergalanya akan berubah kelak apabila semua pihak ada kesedaran tentang survival bangsa.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...