10 May, 2009

BILA PENGGANAS JADI PEMIMPIN




PRU 12 lalu menyaksikan perubahan lasnkap politik negara. Tiba-tiba kita terfana kerana melihat pihak pembangkang mendapat perhatian rakyat. Minda politik rakyat telah berubah dengan menjurus kepada memilih parti dan pemimpin pembangkang yang mereka anggap dan pandang sebagai pejuang.

Kerana itu juga pemimpin pembangkang kita lihat dalam ucapannya dimana-mana sentiasa menonjolkan diri seakan merekalah pejuang bagi rakyat. Mereka juga sering menunjukkan kerajaan selama ini berlaku zalim dan melakukan perkara yang tidak betul lalu merkalah yang patut dipilih bagi menegakkan kebenaran.

Pemikiran kita telah diubah secara perlahan dan sistemetik menjadi penentang kerajaan. Kita juga telah dididik untuk mengiktiraf dan menghargai pembangkang kerajaan sebagai pejuang. Dan akhirnya kita secara tidak sedar telah dididik untuk bersikap membantah dan kurang ajar, kerana didalam fikiran kita telah tertanam bahawa membangkang, memberontak dan mengganas adalah perjuangan.

Apakah benar parti pembangkan berjuang untuk rakyat? Yang kita nampak adalah sebaliknya. Apabila DSA dikenakan jatuhkan hukuman bahkan sebelum itu semasa era pemerintahan TDM lalu, rakyat telah dikerah untuk melakukan beberapa siri demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan. Untuk apakah demonstrasi ini? Jawapannya adalah untuk membela DSA. Bermakna rakyat berjuang utuk DSA. tetapi apakah perjuangan DSA untuk rakyat? Apakah yang rakyat dapat dari perjuangan DSA itu? Jawapannya tidak ada.

Jiwa berontak rakyat telah disemarakkan. Rakyat diajak menghuru-harakan negara. Rakyat disuruh memilih mereka yang ganas dan kasar sebagai pemimpin, kononnya mereka inilah pemimpin perjuangan. Akhirnya apa yang berlaku apabila pengganas yang jadi pemimpin telah diterjemahkan di persidangan DUN Perak baru-baru lalu.

Kita dapat melihat sikap kurang ajar mereka yang kita lantik jadi pemimpin dengan melakukan perbuatan biadab dan tidak menghormati udndang-undang dan peraturan dewan. Kita melihat ada diantara ADUN yang sanggup naik atas meja kerana nak tunjuk samseng mereka. Apakah kita ingin melihat negara kita tidak dipimpin oleh pengganas? Apa akah jadi jika negara kita jatuh kepada pembangkang yang pemiumpin-pemimpin nya rendah moral? Apakah kita mahu negara kita diperintah mafia? Apakah kita suka negara kita jadi seperti cuba dan beberapa negara Amerika Latin lain yang diperintah secara keganasan?

Pemimpin mestilah bersih dan nampak bersih. Mungkin pemimpin berkenaan tidak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tetapi sekiranya pemimpin itu dituduh dan disiasat bermakna mereka tidak kelihatan bersih. Itu sepatutnya cukup untuk membuatkan kita menolak mereka. Kita sepatutnya memikirkan kesejahteraan rakyat dan kesetabilan negara. Pemimpin yang nampak bersikap seperti pengganas harus ditolak. Mereka bukan sahaja tidak layak jadi pemimpin bahkan mereka tidak layak untuk hidup bersama-sama kita yang mementingkan keharmonian masyarakat.

Juteru, kita meminta orang-orang melayu berfikir dengan lebih matang dengan menolak pembangkang dengan bersama-sama bersatu demi survival bangsa melayu dan Islam. Pemimpin pengganas dan parti pengganas harus ditolak tanpa kompromi. PKR dan PAS akhir-akhir ini jelas nampak sebagai parti menyokong keganasan harus ditolak kerana keganasan bukanlah budaya melayu dan budaya Islam.

Haruskan pengganas kita iktiraf sebagai pejuang? Hindraf? PAS? PKR? Masadepan Melayu dan Malaysia akan kearah kehancuran. Kita minta kerajaan bersikap lebih tegas. Jangan ada kompromi dengan sesiapa demi kesetabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan mesti bersikap tegas dan membuang segala barah dan duri dalam daging. BN mesti tetap unggul dan diterajui UMNO yang kuat. Mana-mana pihak yang cuba menguggat dan jadi duri dalam daging harus diusir. Kita mesti tunjukkan bahawa kita boleh berdiri tanpa mereka. Kita mesti berani mengakui kita melayu ultra tanpa rasa kesal menyinggung perasaan sesiapa. Kita mesti sedar bahawa Malaysia adalah Tanah Melayu.

7 comments:

GuruBashid said...

Bila pengganas jadi pemimpin dia sentiasa berfikir orang lain adalah musuhnya.

one one no belen said...

Tetapi pemimpin UMNO pun ramai jgk yg teruk dan bangsat jgk.Yg kaki rogol lah,kaki rasuahlah.Itu yg rakyat tolak.So kalau UMNO nak rakyat memilih UMNO semula,pemimpin pemimpin yg bansat mcm dinyatakan tadi perlulah di hancurkan. tapi beranikah UMNO berubah?

noi/moi said...

Rakyat Negeri Perak tidak mahu seperti apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak....

Rakyat mahu bubarkan DUN kerana kerajaan negeri yang ada sekarang adalah haram. Tidak timbul soal kerjasama seperti yang di propagandakan oleh Perdana Menteri kerana rakyat negeri perak tidak akan bersetuju menubuh kerajaan campuran bersama dengan Barisan Nasional.

Apa yang rakyat tahu bahawa parti dari Barisan Nasional adalah parti musang berbulu ayam.

UMNO SENGAJA MENEMPAH KERANDA DAN MENGGALI LUBANG KUBUR MEREKA SENDIRI


Saya bertanya pada diri sendiri kenapa Umno bertindak membuta tuli di Perak?Siapakah yang telah menasihati Umno untuk bertindak seperti kebudak-budakan di Perak? Apa yang berlaku tidak layak diingat dan dikenang sebagai sejarah negara kerana ia akan menyebabkan generasi akan datang menggelakkan tentang kedunguan golongan yang mendakwa sebagai golongan pembaharuan 1 Malaysia.


Apa yang dilakukan oleh Umno seperti sengaja menempah keranda untuk mereka dikafankan lebih awal dalam kamus politik negara. Berdasarkan sembang-sembang dengan beberapa rakan yang masih setia dalam Umno mereka hanya mampu mengeleng-geleng kepala menyaksikan kebodohan pemimpin mereka sendiri seperti yang ditunjukkan di Dun Perak hari ini.


Apa yang berlaku di Perak hari ini akan terus memarakkan keazaman majoriti rakyat di negara ini untuk menolak Umno buat selama-lamanya. Sudah terlambat bagi Umno untuk membuat perubahan atau cuba menakut-nakutkan rakyat. Mereka boleh menangkap dan menyumbat siapa sahaja ke dalam lokap dan penjara. Mereka juga boleh menipu dengan mendabik dada dengan mengatakan mereka berjaya pada hari ini tetapi mereka tidak mampu untuk memujuk rakyat agar kembali menyokong Umno.


Apa yang dilakukan Umno hari ini umpama membina keranda mereka sendiri untuk disumbatkan ke dalam liang lahad, dikambus dan ditalkinkan untuk dulu kini dan selamanya...

MK IV said...

pembangkang memang SIAL baca: SIAL

Cheguman said...

Ia bermula apabila ada yang sedang kelemasan ingin menyelamatkan diri. Maka dia tak peduli lagi apa yang akan terjadi.

... tak lama lagi perbicaraan akan bermula.

Noi/moi,
Awak faham tak perbezaan antara 31 dengan 28?

Atau awak rasa awak lebih pandai daripada Sultan Azlan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara?

bERIANKIAN hATI said...

Sdr Noi/moi,
putihkan hati yang hitam
bersihkan jiwa yang kotor
bukakan minda yang terkantup
belajarlah mengucapkan syukur kepada tangan yang memberikan kamu kehidupan selama ini, biasiswa, subsidi,,emmm. kira-berapa banyak ye? Apa yang pembangkang berikan selama ini? Janji kosong belaka, huhu

noi/moi said...

KUDETA DAH KALAH
KUDETA DAH KALAH
KUDETA DAH KALAH

Apakah Akan Jadi selepas Ini...


Salam Sejahtera!!


Syukur Alhamdullillah...


Pada jam 3.40 ptg tadi.. Allah telah memberi sedikit kekuatan kepada kita semua setelah kita diperlakukan dengan sikap kebintangan UMNO selama ini...


Cuma aku nak tengok APA KATA ZAMBRI mb haram... kalau ada maruah hari ini juga hang letak jawatan... Jangan nak berdalih apa-apa lagi......
Jangan kata Mahkamah Tak Adil pulak....Sila letak Jawatan...


Buat Tuanku Sultan... Janganlah nak difikirkan apa-apa lagi buat parti UMNO... Bubarkan DUN untuk memberi peluang kepada rakyat Perak membuat keputusan.....

Alhamdullillah..
Takbir....Allah Huakbar..


Takbir....Allah Huakbar..


Takbir....Allah Huakbar..


Mahkamah Dah Istihar DS IR Haji NIzar MB yang Sah...


Terima kasih Hj Amin...Terima Kasih Mat Comot yang sudi melaporkan pada aku dari Mahkamah.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...