Atas nama demokrasi mereka adakan demonstrasi yang lebih menjurus kepada rusuhan. Mereka ingin runtuhkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Mesir dan Libya. Mereka namakannya 'Bersih' namun agenda sebenarnya adalah penuh dengan segala macam 'kekotoran'.
Kita dapat melihat siapakah disebalik konspirasi 'kotor' ini, malangnya masih ramai anak-anak muda kita yang tidak melihatnya dan menganggapnya adalah satu perjuangan. Maka akan berjuanglah mereka nanti, antara Melayu dengan Melayu. Yang akan kalah adalah Melayu dan Melayu sedangkan kaum lain tersenyum mengira untung diatas kemusnahan bangsa Melayu.
Pemimpin Melayu didalam Pas dan PKR tidak mampu bersuara kerana mereka telah dibisukan janji dan impian tentang kuasa dan kemewahan untuk diri dan kroni. Mungkin benar bahawa Hang Tuah telah tersilap mengenai bangsanya sendiri, mengenai keyakinannya sendiri bahawa 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'. Inilah masanya, Melayu berada dizaman yang mereka paling lemah dan perlahan-lahan akan hilang dari catatan sejarah dan tamadun bangsa.
Sentaplah dan buanglah segala hak-hak Melayu, dan orang Melayu sendiri yang menyokong dan menuntutnya. Melayu terakhir yang tinggal nanti adalah Pak Kadok, yang ayamnya menang tetapi negaranya tergadai!
SPR tidak bersih kerana membiarkan DAP menang di Pulau Pinang dan Pas menang di Kedah dan Kelantan. SPR tidak bersih kerana membiarkan kerusi pembangkang bertambah di Parlimen. SPR tidak bersih hanya kerana tidak menepati kehendak pembangkang. HALAL hanya untuk mereka dan HARAM untuk selain dari mereka. Itulah standard formula pihak pembangkang!

No comments:
Post a Comment