21 October, 2011

BERANIKAN HATI MOHON MAAF SANGGAH TOK JANGGUT

Blogger ' STJ'


Beberapa hari lalu, dalam satu mesyuarat pengurusan 'Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia' saya bertemu dengan seorang blogger 'otai' - 'Sanggah Tok Janggut' yang meluahkan kekecewaannya terhadap tulisan saya pada tahun 2010 lalu.

Saya enggan memaklumkan tulisan itu mengenai apa kerana berpendapat itu kelak akan menambah kerosakan kepada beliau peribadi. Biarlah hanya mereka yang tahu mengenainya mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Apapun setelah mendengar penjelasan sebenarnya dari beliau, maka saya dengan segala keinsafan dan penuh kesedaran membuat kenyataan tebuka ini dan memohon maaf kepada beliau berkaitan dengan tulisan tersebut. Saya juga sedar bahawa permohonan maaf ini pasti tidak akan memulihkan kembali sepenuhnya segala kerosakan yang telah berlaku, namun sebagai seorang insan yang berperasaan, saya berpendapat melakukan permohonan maaf terbuka begini adalah suatu kemestian.

Saya sudahpun memohon maaf kepada blogger 'Sanggah Tok Janggut' secara peribadi dan kami sudahpun bersalaman dan berpeluk-pelukan, namun saya berpendapat perlu juga bagi saya memohon maaf kepada beliau secara terbuka. Saya tidak mendapat tekanan atau desakan dari beliau untuk melakukan ini, namun ianya atas keinsafan saya sendiri.

Andai tersesat dihujung jalan, kita kembali kepangkan jalan. Jika terlajak perahu maka kita undurkan. Demikian juga apabila terlajak kata, ampun dan maaf kita pohonkan. 

Dengan mana Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani, saya dengan penuh keikhlasan memohon maaf kepada sahabat saya blogger 'Sanggah Tok Janggut' diatas apa yang saya telah lakukan dalam tulisan saya dahulu.

3 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

As`Salam bro.
Terbaik...

PAPA GOMO said...

salam bro... TERBAIK lah... Lu memang Bravehart dan buka hati dalam banyak hal. Apa pun kita teruskan perjuangan kita ni.... MJR ok tu dia kata line Clear no hal.... emangat kita Blogger Jalanan mesti berterusan

bRAVEhEART said...

Salam bro,
bila kita salah kita kena berani memohon maaf, itu baru berani namanya. Perjuangan akan diteruskan dan akan disambung generasi baru. aku rasa aku sudah sampai ke hujung, perjuangan utk aku sudah selesai, rasanya aku akan 'bersara' dalam waktu terdekat......

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...