13 October, 2011

KEMANA HALA TUJU UMNO?

Gambar hiasan: Sumber facebook


'Oldman', (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pembaca dan pengomen tetap diblog saya. Banyak komen-komennya yang menarik dan rasional. Saya ucapkan terima kasih. Kali ini saya ingin menulis dan menyatakan pendapat saya berdasarkan komen beliau. Marilah sama-sama kita perbincangkan dengan berlapang dada dengan tujuan baik dan ikhlas untuk mencari kebenaran.

Saya CnP komen beliau dibawah ini:

Blogger oldman said...
Pesoalanya kemana hala orang melayu? yg ada pada kita hanya UMNO pemimpinya pulak jenis 'gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi nak harap kan PAS pemimpinya pun jenis tak ada pendirian sekejap halal sekejap haram pilih PKR 5 tahun kita sembelit,kalau ada parti KITA yg bertanding bimbang dia main lompat lompat pulak...Apa kita nak buat dah nasib Melayu..

October 12, 2011 11:54 PM


Tidak dinafikan bahawa harapan tinggi orang-orang Melayu adalah terhadap UMNO. UMNO adalah jiwa dan raga bagi orang-orang Melayu. UMNO adalah roh dan semangat orang-orang Melayu. Kerana itulah generasi sebelum ini sangat kuat kecintaannya kepada UMNO. Hatta, walau seekor katak pun yang dicalonkan mewakili UMNO dan Perikatan (kini BN) maka mereka akan tetap memberikan undinya bagi memenangkan calon berkenaan.

Kerana apa? Kerana waktu itu pemimpin memang jujur dan ikhlas perjuangannya. Para pemimpin merasakan bahawa mereka adalah juga sebahagian dari rakyat marhaen itu sendiri. Pemimpin tidak kekok bertemu rakyat yang jauh di pedalaman hanya dengan berkayuh basikal. Pemimpin juga tidak sombong dengan duduk di 'serambi' atau 'lambur' rumah untuk berbual dan bertanya khabar rakyat jelata.

Sekarang ini pemimpin melawat kampong dengan kereta mewah yang mampu menakutkan rakyat marhaen. Rakyat merasakan bahawa terdapat jurang yang luas diantara pemempin dengan yang dipimpin. Pemimpin juga bagaikan merasa jijik untuk duduk bersama-sama di rumah yang mereka lawati. Jikapun ini berlaku ianya hanyalah kepura-puraan semata-mata. Pemimpin lebih selesa bertemu di hotel-hotel mewah atau restoran-restoran ternama. Pemimpin kita sudah bagaikan 'tercabut' dari akar-umbinya sendiri.

Sebuah blog melihat UMNO yang dalam dilemma dan menuju kearah yang tidak pasti. Baca  sini   dan   sini. Tegurannya ikhlas dan telus walau dalam nada provokasi dan sedikit kurang ajar, tetapi berapa ramai kita yang dapat menerima kebenaran pahit yang disuarakan? Kita telah diajar bahawa kita mesti menghormati pemimpin dan tidak menegur kesalahannya. Itu sudah jadi budaya kita. Justeru, kita hanya berdiam diri dan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sentiasa diulang-ulang berkali-kali, dan kita tidak pernah berubah.

Tambahan pula ujud budaya baru, mengampu, membodek dan 'mengipas' pemimpin. Pemimpin kita tidak pernah ditegur dalam melakukan kesalahan dan beranggapan bahawa mereka sentiasa betul tanpa mengira pendapat dan hasrat rakyat. Ini membuatkan pemimpin kita leka dan merasakan kita tidak mengalami sebarang masalah ataupun segala masalah telah dapat diselesaikan. Pemimpin kita terlena dalam mimpi sehingga akhirnya dalam PRU12 lalu mereka dikejutkan oleh gelombang berontak jiwa rakyat generasi muda.

Apa yang dilakukan untuk menarik mereka kembali kepada kita? Saya pernah katakan bahawa jika suara-suara di laman media sosial diambil kira, bahawa kita masih jauh dari dapat memberikan kepuasan kepada generasi muda ini. Mereka masih kelihatan tidak ingin kembali bukan kerana mereka bencikan UMNO tetap kerana mereka tidak dapat menerima pemimpin yang masih gagal mengubah menjadi sebahagian dari majoriti. Mereka mungkin lebih selesa berada didalam kalangan 'elit' dan menganggap mereka bagai 'the choosen ones'.

Saya sering mendengar pendapat ini dan banyak kali dari orang yang berbeza. Mungkin pendapat ini juga tersebar dan sudah menjadi satu pandangan dalam penentuan sasaran dalam minda banyak orang bahawa; UMNO yang ada sekarang ini biarlah dengan rela runtuh untuk membangunkannya semula dengan sebersih-bersihnya apabila tiada lagi 'barah' didalamnya.

Mungkin PERKASA mampu untuk mendukung tugas dan tanggungjawab berat serta harapan bangsa melayu menempuh masa depan. Kita kena akui hakikat bahawa tiada yang kekal dan abadi. Bahawa UMNO bukanlah sebuah parti keramat yang tidak mungkin dapat ditumbangkan dan akan memerintah selama-lamanya. Para pemimpin juga perlu sentiasa ingat bahawa kuasa yang rakyat berikan kepada mereka itu hanyalah sementara dan pinjam-pinjaman semata-mata. Justeru, jadikanlah jawatan yang disandang itu sebagai tugas dan tanggungjawab yang dilakukan dengan tulus ikhlas bukannya sebagai hak mutlak.

Saya sebenarnya malu, namun saya 'beranikan hati' untuk dengan bangganya menerikan; 'Hidup UMNO'! dan, berubahlah secara total, selagi kita masih ada waktu atau kita lebih rela dibenamkan didalam PRU nanti!


Klik sini   untuk baca blog Akar Umbi.

2 comments:

drsbos said...

Berubahlah pemimpin UMNO yang mementingkan kebendaan sehingga rakyat terinaya melalaui kuasa kepimpinan. Harapkan Pemimpin PAS yang berlabelkan Islam pun masih berceramuk sehingga Islam jadi modal politik untuk menghina pihak lain. Dari negara Islam ke negara kebajikan kemudian negara HUDUD PAS...akhirnya Melayu tambah lemah. Mereka semua pemimpin Melayu Islam. Paradigma tak juga beranjak...berubahlahlah dan bersatu bukanya saling menyalahkan...sifat saling menyalahkankan membuka ruang kaum lain menghina Islam...

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam sdra Braveheart.
Satu garapan yang amat baik dan amat jelas tentang halatuju Umno.

Saya mohon untuk dikongsi diblog APA.

Salam

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...