1. Pada 19hb yang lalu saya berkesempatan berbual-bual dengan Sdr. Mustaffar Mat Arof. Beliau memaklumkan telah mendapat mandat dari Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Jerantut untuk menggerakkan media sosial di Jerantut yang selama ini terbiar tanpa halatuju. Beliau melakukannya atas kapasiti Ketua Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut.
Saya menyatakan sokongann saya serta persetujuan untuk bersama-sama membantu selagi diperlukan. Banyak yang kami perbincangkan malam tu. Yang penting 'kita' masih tidak terlambat dalam mengorak langkah untuk memacu perkembangan media sosial Jerantut seterusnya memandu dan menentukan halatujunya terutama bagi membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran pada PRU13 nanti.
2. YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang juga sedang menganjurkan satu program berkaitan media sosial di peringkat nasional. Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20hb November akan datang bertempat di PWTC nanti adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media sosial dalam menyebarkan maklumat dan khususnya menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam PRU akan datang.
3. Demikianlah, kerajaan dan para pemimpinnya sudah semakin sedar peranan media sosial dalam masyarakat. Tidak peka serta tidak endahkannya telah memberikan pukulan hebat kepada kerajaan dan ini jelas terbukti dengan kemerosotan undian kerajaan dalam PRU12 lalu.
4. Menurut blog resmi Pas Pahang, hari ini di Temerloh, Lajnah
ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan
Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini
bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato
Bahaman di sini. Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin,
sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk “ Bloger: Peranan dan
Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja” dengan
menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.
5. Nampaknya pihak kerajaan dan pembangkang sudah benar-benar memberikan perhatian dan ingin menarik hati pengalam media sosial. Tidak hairan jika beberapa blogger pro pakatan dikhabarkan menerima imbuhan yang memuaskan. Demikian juga dakwaan mereka bahawa terhadap yang pro kerajaan.
6. PRU13 nanti diramalkan sebagai kemuncak kepada perang siber dalam menghadapi PRU. Apakah menang jadi abu dan kalah jadi arang? Apapun, para penggiat media sosial sudah mula dihargai dan diberikan perhatian. Mungkin tidak semua mereka itu bernasib baik bahkan ada yang bernasib malang. Untung sabut timbul dan untung batu akan tenggelam! Wallahualam!
7. Jika ini kita namakan perjuangan, maka kita akan lalukannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Selamat berjuang kepada semua sahabat!
3 comments:
perjuangan yg menyedihkan kerana diakhirnya kita tk mendapat apa2 faedahpun, kecuali faedahnya untuk orang lain
Tak dapat apa apa pun masih tak apa.Kerana kita berjuang untuk bangsa dengan ikhlas.Tapi langsung tak dihargai membuatkan terkecil hati(very small heart)
lol..perjuangan konon...poodah...datang takat melantak kasi buncet perut jek buat ape...buat entry cap ayam pon ley join up team "media baru jerantut"..lepas program smayang asar berjemaah x? joke btol...takat copy paste cakap volitaire buat ape kalo x paham philosophy die...AH
Post a Comment