Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 November, 2011

JANGAN PAKSA API DIGENGGAM JADI ARANG

 Gambar hiasan dari laman media sosial facebook

Ini adalah pendapat seorang pemberi komen diblog seorang sahabat saya mengenai seorang pemimpin yang kontroversial sekarang ini;

Shacklesmith said... 
 
Assalamualaikum, sebenarnya klu nak diikutkan sepanjang perkhidmatan beliau, DS sbg MP di parlimen Lembah Pantai dulu sebenarnya beliau amat disenangi oleh penduduk setempat kerana menjalankan tugas yg sgt baik berbanding dgn anak ketua pembangkang yg kini dikatakan lgsg tidak mengendahkan keluhan penduduk di sana. Saya dpt tau drpd seorg pemandu teksi yg tggl di sana dan keluhan warga internet drpd kawasan parlimen sana..

Emak saya juga mengenali beliau DS secara peribadi selama hampir 20 tahun kerana kebetulan adik beliau juga pernah tggl berjiran dgn kami di Damansara. Malahan jika menghadiri majlis kenduri yang diadakan di rumah adik beliau pun beliau tidak dpt untuk serta dalam masa yang lama kerana terikat dgn tugasan menteri dan parlimen serta jadual yg padat.

Kekalahan beliau di tangan anak ketua bekas timbalan perdana menteri juga boleh dikatakan agak mengejutkan kami sekeluarga meskipun ketika itu saya seperti golongan muda lain berpihak kpd pembangkang. Emak saya juga berasa sedikit kecewa kenapa calon spt DS boleh kalah sedangkan banyak jasa beliau thdp warga parlimennya. Apa yg pasti, beliau adalah mangsa tsunami politik 2008 lalu.

Bagi pendapat saya pula, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berundur sama ada pulang bertanding di Pulau Pinang pula ataupun bersara dari politik terus. Apa yang pasti, nama beliau juga sering dikaitkan dgn nama orang2 kuat Pak Lah hanya kerana berasal dari negeri yg sama dan begitu juga barisan kabinet.

Mungkin sudah tiba masanya bagi kepimpinan Umno untuk mengetengahkan muka2 baru supaya parlimen lembah pantai dapat dirampas semula. Apa lagi dgn kedudukan anak ketua pembangkang itu umpama telur di hujung tanduk kerana tiada jasa utk penduduk setempat dan boleh dikatakan hanya makan gaji buta sbg MP. Peluang utk menguasa kerusi parlimen itu mmg cerah tapi bukan dgn bantuan DS.. sudah tiba masa untuk beliau berundur. 

Saya melihat ini adalah satu pendapat ikhlas dari seorang rakyat yang sayangkan kepada parti UMNO dan kerajaan. Justeru, pucuk pimpinan mesti berani membuat perubahan radikal dalam pentadbirannya dan membersihkan segala kekotoran yang ada. Kak Ijat sendiri, jika masih ingin selamat haruslah 'bertaubat' dan berubah. Perkuatkan Wanita UMNO Pahang. Pemimpin Wanita yang sedang memimpin dan mewakili rakyat di DUN mereka masing-masing janganlah dibuang kerana mereka masih disayangi pengundinya. 

Malangnya ada berita yang menyatakan bahawa ada tokoh-tokoh tertentu cuba dicantas dari dicalonkan dalam PRU akan datang oleh seseorang yang merasakan bahawa beliaulah yang paling berkuasa dikalangan Wanita Pahang. Jangan 'paksa' rakyat membuat pilihan dengan menolak 'pemimpin wanita ini' serta turut menolak 'Kak Ijat' sekali dalam PRU akan datang. Ini zaman IT, rakyat dapat melihat apa yang para pemimpin lakukan termasuk penyelewengannya. Jangan paksa kami mengenggam api supaya menjadi arang!

4 comments:

Anonymous said...

Ternyatalah pemimpin tertinggi UMNO tidak minat untuk membetulkan percepsi politik yang salah laku dalam UMNO baik tok jantan mahupun tok betina ...sama saja daa!!! Najib sepatutnya sebelum meninggalkan negara patut ambik tindakan segera membetulkan dakwaan berkenaan lembu-lembu Sharizat yang melibat kepentingan peribadi beliau selaku menteri yang menyelewengkan projek "soft loan" kerajaan berjumlah Rm250 juta ringgit kepada syarikat Agroscience Sdn Bhd yang diurus tadbir oleh suami Sharizat sendiri- Dr. Salleh dan ketiga-ketiga orang anaknya didalam syarikat tersebut. Macammana Tok Najib selaku menteri kewangan dan Noh Omar menteri pertanian boleh kata OK dan lepas tangan ...jangan2 diorang ni ada kepentingan bersama dengan Sharizat merembat duit projek lembu-lembu tersebut ...itu pasal diorang semuanya DIAM. SPRM patutnya menyiasat segera dengan pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian lembu-lembu Sharizat ini..dan menteri berkenaan(Sharizat) mesti digantung kerjanya sehingga siasatan selesai dibuat oleh SPRM dan Polis. Nampaknya sudah sampai sangat masanya Sharizat mengundurkan diri bersama dengan Ketua wanita Pahang yang juga bodoh sombong tak pandai memimpin wanita-wanita Pahang dari dunia politik...salah Sharizat jugak kerana salah memileh ketua yang tak pandai dan tak ada pengalaman politik selaku ketua hanya pandai main politik istana dan mengampu jer...boleh jalanlah pemimpin macam ini wehhhhh!!!!Lingkup Pahang :(!

Nampaknya Sarizat kena letaklah jawatan Keta Wanita Umno dulu sehingga kes lembu-lembu keluarga kak ijat selesai. Biar kamilah ibrahim memangku jawatan ketua wanita, sebab kalau dah kalut sangat kes lembu kak ijat, ini mungkin menjejas kan sayap wanita nak buat kerja DAN KEMPEN untuk pilihanraya. Mana tidaknya kalau wanita nak pergi berkempen ...nak menepis lagi isu sarizat dengan lembu-lembu keluarganya, susahlah wanita nak tumpukan kerja parti. Maka pincanglah sayap WANITA. Jadi surohlah kak ijat berehat di rumah dan cari jawapan untuk bersihkan imej dan nama baiknya yang sedang dipertikaikan baik orang UMNO sendiri maupun pembangkang. Sayap wanita umno sangat penting dan tak boleh perkara ketuanya di diamkan. Wanita Umno juga mahu jawapan dari kak ijat menjawab segala tuduhan mengenai projek keluarga nya yang melibatkan suami dan anak-anaknya ....mengedar daging lembu ke hanya kepada ketiga-tiga restaurant mewah keluarganya sahaja dan tidak kepada rangkaian pasar daging seluroh malaysia seperti di harapkan oleh kerajaan untuk rakyat. Macam ni gemoklah kak ijat macam lembunya. Jawab kak ijat jangan tak jawab!!!!!

Anonymous said...

Old Mc Najib had a farm, e i e i o,
And on the farm he had some cows, e i e i o,
With a moo moo here, and a moo moo there,
Here sharizat, there sharizat,
Here moo, there moo, everywhere moo moo...

Old Mc Najib had a farm, E I E I OOOO...

Demikianlah 'nursery rhyme' nafas baru kabinet Malaysia...

Patutlah pembangkang senang meraih undi, sebab memang pemimpin UMNO macam sharizat takde kerja lain 'buat tahi' dan memalukan kepimpinan parti dan kerajaan. Kalau sharizat dibenarkan bertanding lagi sahlah PKR senang-senang 'walk over'.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...