Suara Anak Pahang - Perlu Baca

25 November, 2011

MUDAHNYA JADI PEMBANGKANG









1. Pihak pembangkang hanya berusaha mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa kebaikanpun selama ini.

2. Begitu mudah jadi pembangkang di negara kita jika tugasnya hanya semata-mata membangkang dan menyalahkan kerajaan tanpa memberikan sebarang penyelesaian yang lebih baik.

3. Selain isu NFC, mereka juga beria-ia benar menyerang KR1M yang nyata mampu melegakan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kerana bimbangkan kejayaan program itu maka mereka bersungguh-sungguh menyerangnya dengan pelbagai tohmahan.

4. Yang lebih malang adalah para pengikut parti pembangkang. Dalam masa mereka juga mengutuk program KR1M ini dalam masa sama mereka juga membeli sakan barang-barang keperluan berharga murah yang dibekalkan disitu. Memang mereka ini dari jenis manusia yang tidak tahu malu.....atau tidak 'berkemaluan'?

5. Mengenai NFC, baca sebahagian pendapat seorang blogger mengenainya disini;

Pakatan haram mesti tergamam tengok pembongkaran video ni,terus menyerlahkan lagi pembohongan rekaan mereka adalah fitnah semata-mata.Pertamanya,agenda Pakatan Haram kerana iri hati terhadap syarikat melayu yang beroperasi sebagai pengeluar utama.

Keduanya,mereka ni cuba mneyerang NFC pada tibanya hariraya AidilAdha,takkanlah mereka tak tahu kemana arahnya lembu-lembu yang ada di ladang NFC.Sudah pasti memenuhi tempahan yang banyak untuk hari raya Korban,pada waktu itulah pula mereka ingin melawat ladang NFC.

Ketiganya,cuba cari pasal dengan mengatakan lembu NFC masuk kondolah dan berbagai lagi,sebenarnya lembu-lembu tersebut kebanyakkannya telah dibungkus dan dikotakkan untuk tujuan pemasaran.Persoalannya,kenapa sampai sekarang tak melawat ???

Sebab mereka dah menggeletar kaki kerana fitnah mereka semakin terbongkar.Bolehkah Pakatan haram menghalang kebenaran ???


6. Mujur dia juga tidak terperangkap dengan mainan politik kotor pembangkang.

7. Satu dua hari ini saya tidak dapat menulis kerana 'menerima tanggungjawab' dihutan. Bukan mudah jadi blogger menulis kerana mencari kebenaran....mungkin ada satu dua yang selesa tetapi hakikatnya bukan semua. Saya ingin kembali kepada perjuangan asal ketika bermula bersama BPN dulu. Perjuangan bersih 'Alif-Ba-Ta'. Susahpun tidak mengapa atau saya tidak akan menulis lagi.......

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...