Suara Anak Pahang - Perlu Baca

24 November, 2011

TERUSKAN HENTAM SHAHRIZAT.......




1. Di Konvesyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC baru-baru ini saya berkesempatan bersembang dengan YB Dato' Shahaniza ADUN Kuala Sentul, Maran Pahang. Beliau meminta saya menulis sesuatu yang menyokong DS Shaharizat kerana sebelum isu NFS saya asyik 'menghentam' beliau kerana amalan politik 'cas keting' nya. Saya pertahankan Dato' Shahaniza dan Dato' Maznah Mazlan kerana saya percaya khidmat mereka masih lagi diperlukan dan mungkin masih belum ada yang mampu menggantikan mereka dalam masa terdekat ini.

2. Selama ini saya tidak memberi sebarang respon mengenai isu NFS kerana beranggapan 'rakan blogger' lain yang diamanahkan untuk tugas itu sudah menjalankan tugasnya, sesuai dengan 'tanggung-jawab' yang telah 'diberikan' kepada mereka. Saya tidak diberi 'tanggungjawab' itu, justeru saya tidak patut bersama menulis isu berkenaan dalam waktu sama kerana bimbang ada yang terkeliru dan menganggap bahawa saya juga telah diberikan 'tanggungjawab' seperti mereka juga.

3. Dalam suasana sibuk dimana 'ahli politik menjual blogge'r serta 'blogger menjual sesama blogger' saya perlu berhati-hati agar tidak lagi tersepit seperti satu ketika dulu. Jika saya perlu memikul, biarlah kerana tangan saya sendiri yang mencincangnya, maklumlah blogger pun sudah pandai berpolitik bahkan ada antaranya juga sudah berangan-angan jadi calon PRU, selaras dengan resolusi dalam konvesyen baru-baru ini. (Klik Sini) - (Perhatikan Resolusi ke-7! Ada 'bunga' dalam hati para blogger, atau politikus akan turut jadi blogger kerana ingin dicalonkan! Habislah peluang blogger 'cari makan')

4. Isu NFC jelas bukanlah NFC itu sendiri sasarannya, tetapi DS Shahrizat adalah sasaran pembangkang yang sentiasa pandai mengambil kesempatan. Seperti saya katakan sebelum ini, segalanya adalah konspirasi ciptaan Anu arr. Blog-blog pembangkang ada yang mendesak supaya DS Shahrizat letak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Kita tertanya apakah kena mengena jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dengan NFC ini? Jelas usaha ini adalah hanya untuk melemahkan UMNO menjelang PRU nanti. Baca di Sini.

5. Baca juga pandangan lain di SiniSini, Sini, Sini, Sini dari beberapa penulis berbaza dan pendapat dari suduh yang berbeza juga.

6. Untuk menarik isu itu jadi panjang maka PKR menpelawa KJ untuk berdebat yang pastinya satu perbuatan yang sia-sia. (Klik Sini) Apakah masalah dari isu sebenar akan selesai melalui perdebatan itu nanti? Sudah tentu tidak, tetapi apa yang mereka (pembangkang) cari adalah peluang untuk mengutuk kerajaan dan para pemimpinnya secara terbuka dan didengari oleh banyak pihak. Sudah tentu juga dalam debat itu nanti mereka tidak akan peduli kepada kerosakan yang akan terjadi. Mereka hanya mahukan menang sorak biarpun kelak kampong akan tergadai. Anu arr adalah Pak Kadok zaman moden ini!

7. Kepada sahabat blogger, usah terpedaya pada hasutan dan tohmahan pihak pembangkang. Mereka sengaja mencurah minyak pada api yang sedang membakar. Konspirasi politik mereka menjahanamkan negara dan bangsa. Terus-terusan 'menghentam' DS Shahrizat adalah agenda pembangkang, mereka akan gembira dan ketawa bahawa kita sudah terjebak. DS Shahrizat perlu dipertahankan demi satu tujuan - untuk memperkukuhkan UMNO dan menumbangkan Anu arr si-'binatang politik' yang terbukti rakus dan keji.

8. DS Shahrizat perlu dipertahankan. UMNO mesti dipertahankan. Perpaduan Melayu mesti dikukuhkan. Kali ini saya berdiri dibelakang Kak Ijat dan menyokong beliau kerana saya tahu dan sedar bahawa segala tohmahan terhadapnya hanyalah atas niat jahat semata-mata. Saya bukan 'dipertanggungjawabkan' untuk menulis tetapi menulis atas kesedaran diantara kebenaran dan kepalsuan.

6 comments:

RH said...

Ramai orang kata Sharizat kaki bodek PM. Tapi sedarkah kita bahawa beliau sentiasa terdahulu dan terkedepan bila mana ada musibah yang melanda negara?
beliaulah yang akan kecoh untuk memberi bantuan kepada para mangsa kejadian.
Orang dengki akan mengatakan kaki bodek, tapi apa yg mereka sumbangkan selain dari berdengki?

Sharizat ada jalannya untuk membantu, dia akan bantu. Jangan iri hati dengan kebolehan dia.

Nilai kebolehan sendiri. kalau boleh tolong, tolonglah. Kalau tak dok diam diam. Hati jangan busuk.

sekian.
RH.

bRAVEhEART said...

Salam RH,
Saya percaya Kak Ijat mampu lakukan sesuatu untuk perkuatkan UMNO dan Wanita. Saya walaupun bukan Wanita namun tetap akan memberikan sokongan kepada beliau dan Wanita, cuma berhati-hati dengan kroni kerana bukan semuanya yang kita nampak bercahaya itu permata. Saya dah katakan bahawa saya sayangkan Kak Ijat (walaupun dia tak mengenali saya dan tidak peduli), cuma saya sayangkan UMNO lebih. Saya menegur supaya jangan leka dan terlena dengan 'dondang sayang' yang selalu dibisikan ke telinga. 2 tokoh Wanita Pahang yang saya sebut itu adalah orang baik untuk UMNO, janganlah mereka dibuang jika Kak Ijat juga sayangkan UMNO....

Anonymous said...

Cepat sekali manusia berubah apakah uang ringgit yg memainkan peranan yg sebenar...bukan kerbenaraaaa yg patut kite sanggah....tepuk dada tanya hati broooooo.....hidup penuh kepura-puraan.....

Anonymous said...

Tahniah kerana tidak termakan perangkap politik PRU13. Ada sahabat blogger yg terusan menghentam sharizat, mahu dia letak jawatan dan mahu menyemak penyata akaun NFC. Berkali2 MInsider dijadikan rujukan untuk menghentam. Asas blogger ini isu MORAL. Tinggi sangatkah moral media pembangkang? Setahu kita sharizat tak kira parti bila membantu/menziarahi sesiapa dlm kesusahan. Biarlah pihak audit yang memeriksa dan memberi panduan kepada NFC. Siapa kita yg mahu memandai-mandai. Selama merdeka ni tiada siapa pun yg mahu mengambil peluang perniagaan ini tapi sekarang ramai pula yang mahu jadi 'pakar'.

bRAVEhEART said...

Salam,

Anon 9:13 terasa ada sindiran yang boleh mengguris perasaan, tp percayalah bahawa saya bukan dikalangan mereka yang 'diberikan' tanggungjawab untuk menulis. Saya penulis bebas dan sentiasa ingin bebas. Sumbangan pembaca akhir-akhir ini dapat membantu saya terus menulis. Ketika saya saya menyanggah dan menyokong Shahrizat ianya atau 2 perkara berbeza. Minyak dengan air mampukah menyatu?

Anon 12:51, saya belum terperangkap dengan mainan politik PRU pembangkang. Kerana itu saya mengambil masa lama untuk menulis mengenai isu ini dan bukan setakat mengikut-ikut blogger lain menulis. Saya biarkan mereka yang 'diberikan tanggungjawab' itu untuk menulis dahulu supaya saya tidak tergolong dikalangan mereka. Saya menulis bukan kerana nama dan kerana apa-apa. Sumbangan yang saya terima juga bukan sebesar mana tapi mampu menghindari saya dari memohon simpati untuk habun menulis. Saya bukan dikalangan mereka. Kebebasan yang bermakna bagi saya adalah berani membentuk hidup,bukan menuruti arus kehidupan yang dibentuk.......~ bh

Anonymous said...

Sekarang apa yang siperkatakan hampir menjadi kebenaran.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...