Suara Anak Pahang - Perlu Baca

23 November, 2011

AKU BUKAN SERANG SHAHRIZAT - APA




1. Beberapa post terdahulu saya 'menghentam' Kak Ijat tetapi bukan kerana lembunya. Cuma mengenai kelangsungannya dalam berpolitik, berlakunya cantas-mencantas sehingga mereka yang 'baik' pun ingin dikorbankan kerana percaya kepada kroninya.

2. Saya diminta oleh salah seorang 'mangsa korban kroninya' untuk 'meluruskan kembali buluh yang terlentur' namun saya mendapati ianya sukar dan tidak bererti lagi. Biarkanlah 'blogger-bloigger' tertentu menulisnya kerana merekalah mendapat sagu dari ruyung yang pecah itu!

3. Harus diingat bahawa; Isu moral bukanlah mengenai kaum dan bangsa, bukan juga mengenai agama, bahkan bukan mengenai parti politik. Justeru, jangan salahkan seseorang itu kerana amalan politiknya sedangkan pihak yang mengaku politiknya lebih baikpun (Islamik atau Demokratik) melakukan perkara sama.

4. Saya terpanggil untuk mengangkat posting ini bukan kerana saya bersetuju pada seluruh pendapatnya, tetapi kerana saya melihat ada ketelusan dalam pembicaraannya...bukan sekardar melulu dan membabi-buta. Ini bukan hanya mengenai 'lembu' dan 'pemiliknya' tetapi mengenai moral 'tokoh-tokoh' politik kita sama ada dalam kerajaan atau pembangkang. 


Aku Bukan Serang Shahrizat! - APA:

Mungkin cara aku menongkah arus bila tak berhenti menghentam Sharizat dan projek NFC suami nya.Mungkin ramai yang tak suka dan tidak bersetuju bilablogger pro BN macam aku dilihat seirama dengan banyak blog dan pemimpin Pembangkang dalam soal ini.Tapi satu harus di ingat..apa sebenarnya yang aku persoalkan dalam isu ini?


Aku tidak pernah memetik apa ANGKA sekalipun yang dibentangkan si Rafizi Jambu dengan kengkawan dia.Aku tidak pernah sekali menyatakan sokongan aku kepada MANGKUK MANGKUK TINGKAT Pakatan Rakyat ini sebab pendedahan mereka bermotifkan POLITIK sedangkan aku lebih kearah ISU MORAL mereka mereka yang terlibat.

SHARIZAT..???

Demi Allah aku tidak ada apa 'motif peribadi' terhadap susuk tubuh yang bernamaSharizat Abdul Jalil ini.Jadi soal membawa agenda politik seseorang dalam hal ini tidak timbul langsung.Bahkan terus terang aku katakan aku amat menyenangi Sharizat kerana peribadi nya.Orang nya peramah dan berbudi bahasa dan amat menyenangkan sekali bila berbual dengan nya.Dia juga amat perihatinakan keberadaan bloggers dalam dunia maya ini dan banyak kali menjemput para bloggers dalam program Kementerian yang di terajui nya.Aku juga tidak terlepas menghadiri beberapa program anjuran beliau sebelum ini.Jadi tidak timbul langsung aku sengaja menyerang beliau secara peribadi.I love you Kak Jat!

Tapi amat malang sekali bila Sharizat muncul ditengah jalan perjuangan aku dalamISU MORAL PEMIMPIN.Isu moral yang melibatkan semua pemimpin tidak mengira dalam parti mana mereka berada,tapi FOKUS aku adalah terhadap PEMIMPIN dan PARTI yang aku sokong iaitu UMNO dan BN.Jadi semua kena jelas tentang matlamat aku.Malang sekali Sharizat terpaksa aku belasah walaupun pada hakikatnya beliau salah seorang pemimpin favourite aku.Jangan kata Sharizat..andaikata DS Najib sekalipun yang terlibat dengan ISU MORAL pasti aku tidak akan mendiamkan diri.

Amat MEMALUKAN sekali bila negara dan masyarakat kita masih membiarkan dan masih boleh menerima pemimpin pemimpin yang sudah terpalit imej mereka dengan kes RASUAH,SALAH GUNA KUASA,SKANDAL SEKS,PENGKHIANATAN dan bermacam ISU MORAL lagi.Begitu ramai PEMIMPIN TIDAK BERMORAL ini masih bermaharajalela dipersada politik tanah air baik dari parti pemerintah mahupun dari parti pembangkang..semuanya sama sahaja bila kita memperkatakan soal CREDIBILITY DAN ACCOUNTABILITY seseorang pemimpin.

RASUAH tak usah cerita lah..hampir semua terlibat,baik yang pakai suite atau yang berjubah dan serban terlilit dikepala.SKANDAL SEKS pun dah macam sinonim dengan pemimpin politik kita.Ada yang kantoi kena tangkap dengan perempuan ini dan lelaki itu...ada yang kantoi dengan BINI orang dan SUAMI orang..ada yang mengamal SEKS LUAR TABII..ada yang bagi bini dia BOSS BALUN...kantoi dirakamCCTV semasa membalun dan paling ramai adalah kes kes yang belum pernah terkantoi dan terdedah oleh masyarakat walaupun ramai si perlaku nya dikalangan pemimpin politik.

Sebab itu hari ini kita ada De Facto pengamal seks luar tabii masih berangan nak jadiPerdana Menteri...kita ada 'hero' porno dilantik Presiden parti dan kita ada ramaiBi-sexual,Lesbian dan Hitrosexual dikalangan pemimpin berbagai parti politik

SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH dah jadi macam SOP orang politik dan pemimpin politik,cuma PENDAKWAAN BERPILIH membuat mereka semua ini seakan kebal dan terlepas dari di penjarakan atas kesalahan ini.Hari ini amat susah untuk kita jumpamantan Menteri,mantan MB,mantan Ketua Menteri,mantan Ketua Bahagian,mantan MP dan Adun yang tidak KAYA RAYA..apatah lagi yang kini sedang menjawat jawatan yang sama.Dari mana datang KEKAYAAN mereka ini semua yang kadang kadang boleh dianggap KEKAYAAN MELAMPAU kalau tidak mengamalkan RASUAH dan SALAHGUNA KUASA???Sebab itu ada dikalangan isteri isteri pemimpin ini yang mampu buang USD120 Ribu hanya untuk membeli sebuah beg tangan berjenama.Siapa???Sendiri mahu ingatlah...

Aku teringat satu kejadian tahun sudah yang berlaku di Britain,bila mana seorang Ahli Parlimen British terpaksa melepaskan jawatan kerana tanpa sengajaTERBABAS terpakai wang kerajaan sebanyak 50 pound membeli coklat ke atau kek(aku tak berapa ingat) untuk ibunya.Lima puloh pound..bukan 50 Ribu,bukan 50 Juta.. apatah lagi 500 Juta...itulah tahap KREDIBILITI dan PERTANGGUNGJAWABAN pemimpin politik luar negara.Dah berapa ramai kisah pemimpin pemimpin besar dunia yang kita dengar dan baca meletak jawatan bilaSkandal Seks dan Rasuah mereka didedah.Tak perlu tunggu seminggu pun..dedah skandal pagi malam dah resign.

TAPI DI MALAYSIA....amat pelik..pelik sekali..

Dah lah tak mahu mengaku dan BUAT BODOH MACAM LEMBU..ramai pula yang masih bercita cita nak memimpin selagi tak MATI.Macam lah segala perbuatan mereka itu tidak ada SALAH dan yang pelik bila pemimpin ini yang sudah didapati salah olehLembaga Disiplin parti masing masing masih diberi tempat dalam kerajaan melalui GLC GLC untuk di amanahkan pula menjaga/merompak khazanah GLC GLC ini pula.Apa punya pemikiran pelik yang ada dalam otak KEPALA kepada semua pemimpin kita ini aku sendiri tidak pasti...tapi yang pasti IT'S ONLY HAPPEN IN MALAYSIA..Malaysia Bolehland..1Malaysia.

Jadi aku harap Sharizat boleh memulakan Gerakan Kredibiliti Dan Akauntabilitiini dengan menjadi ORANG PERTAMA dalam sejarah kerajaan MELETAKAN JAWATAN secara terhormat.Inilah sebenarnya semulia dan setinggi tinggi PENGORBANAN yang mampu dilakukan Sharizat dalam sejarah karier politik beliau agar kelak WAJIB di ikuti oleh mana mana pemimpin yang terlibat dengan apa sajaISU MORAL.

Aku harap Sharizat berpandangan jauh dan menjadi PENYELAMAT kepada isu moral pemimpin masa hadapan.Mungkin selepas meletak jawatan Sharizat bolehmenubuhkan NGO yang berjuang untuk menentukan ISU MORAL pemimpin supaya berada ditahap paling tinggi dan aku bersumpah akan menjadi SUKARELAWAN yang pertama membantu beliau untuk tujuan mulia ini.

Akhir kalam semua nya terpulang kepada Sharizat..TEPUK DADA TANYA IMAN.

4 comments:

hitch said...

Aku cukup bersetuju jika setiap posting adalah utk mencari keadilan dan kebenaran,walaupun kebenaran tu pahit tetapi harus tetap dibongkar xkira la dari parti mana.
Kita x mau ada pemimpin yg meyalahgunakan kuasa hanya utk kroni2 dia sendiri.
Tetapi jika terdapat fitnah dan pembohongan haruslah meminta maaf agar isu ini dapat diredakan.
Pandagan aku....org2 BN tetap boleh dpat bantuan dari kerajaan bukan atas dasar kroni atau org dlm tetapi atas dasar profesionalisme dan kredebiliti....depa ni pun nak cari makan gak....

adios..

Anonymous said...

apa benda hang tulis ni? hang tulis cerpen abstrak kot. Tulis macam ni bek hang hantak ke mejalah Dewan sastera saja.

Anonymous said...

Saya rasa Sharizat tidak mampu menyahut seruan tuan untuk meletak jawatannya selaku menteri dan ketua wanita kerana dia bukanlah pahlawan wanita yang tulen. Sharizat tak akan berkorban untuk menyelamatkan maruah wanita umno kerana sikap tamak dan halobanya mahu kekal berkuasa ...memperjuangkan kekayaan keluarganya sangat tinggi dari mengatasi moral maruah wanita dan imej parti umno. Sikap penting diri sendiri sangat menebal dalam sanubari Sharizat yang kapitalis itu. Dia bukan berjuang untuk bangsa dan sayangkan parti, dia berjuang untuk mengisi tengkoluk dia. Kalau tidak masakan Sharizat mengarahkan semua ketua2 wanita negeri menyokong dan menyuroh sekalian wanita umno dimalaysia supaya taat setia kepadanya dan meminta dia jangan letak jawatan. Nah buktinya sampai hari ini tiada SORANG PUN WANITA UMNO yang berani suruh Sharizat letak jawatan...ada berani ke srikandi wanita umno suroh Sharizat letak jawatan? Mungkin tidak...jadi itu namanya srikandi taik kuching!!!!

bRAVEhEART said...

Salam.

hitch, terima kasih. Kita memang mencari kebenaran yg memang sedikit dan pahit namun kita berusaha seadanya menegur demi membina. Komen tuan sgt jelas dan rasional, pandangan dari orang bijak berfikir dan mencerna pandangan2 lain.

anon 1:54 dan 6:50 pun terima kasih juga. 1:54 mungkin kurang arif, bahawa tulisan saya hanya di 1-4 sedangkan Aku Bukan Serang Shahrizat adalah tulisan seorang sahabat @ APA (klik ditajuk posting berkenaan untuk ke blog beliau)yg saya kira baik dari segi isinya lalu saya ulang siarkan. Cadangan tuan utk hantar ke majalah dewan sastera akan saya panjangkan kepada blogger APA. Anon 6:50 saya rasa APA dan saya juga bukan berhasrat untuk meminta DS Shahriza tmelepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO. Beliau dilantik oleh wanita, wanita jugalah yang layak menentukan sama ada beliau patut berundur atau tidak, dan dilakukan di Persidangan Agung UMNO..Kita harus juga tahu tatacara dalam parti dan bukan berbuat sesuatu sesuka hati.

Tulisan para blogger hanyalah pandangan dari hati kami sendiri dan bersifat peribadi yang mungkin dimohonkan utk dikongsi bersama pembaca. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Yang benar jadikan panduan yang salah jadikan pengajaran ~ bh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...