Suara Anak Pahang - Perlu Baca

26 November, 2011

ISU LIWAT - JIJAH LEBIH MEMAHAMI,MENGETAHUI DAN MERASAI...




1. Kajian menunjukkan populariti Anu arr semakin menurun. Ini berikutan segala pembohongan dan janjinya hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir.

2. Rakyat semakin sedar tentang pendustaan Anu arr. Rakan-rakan seperjuangannya didalam Pakatan Pembangkang juga sudah semakin meminggir diri. 

3. Sebenarnya mereka sudah lama tahu dan sedar bahawa Anu arr adalah pembohong besar. Mereka juga percaya bahawa memang Anu arr meliwat. Cuma mereka hanya ingin berkongsi buah dari pohon yang Anu arr tanam. Mereka hanya ingin menumpang dan berkongsi faedah.

4. Pas juga memang tahu memang Anu arr si penipu. Sejak Anu arr dalam UMNO lagi dia sudah dimusuhi. Namun kerana mereka ingin berkongsi mimpi, maka Pas sanggup gadaikan prinsip dan perjuangan parti. Pas sanggup mengangap Anu arr tidak berdosa bahkan bersetuju Anu arr dianggap anu-gerah Tuhan.

5. DAP pun serupa. Bahkan sehingga kini DAP masih kurang percaya terhadap Anu arr. Namun mereka terpaksa akur dengan kata-kata Anu arr kerana mereka lihat Anu arr akan banyak memberi walaupun akan kurang menerima. Perkongsian mimpi itu banyak menguntungkan DAP. Jika tidak masakan dalam PRN Sarawak PKR hanya menang 3 sedangkan DAP menang 12.

6.PKR adalah parti mutlak Anu arr. Perjuangan reformasinya adalah perjuangan Anu arr. PKR sebuah parti yang tiada agenda dan hala-tuju, selain untuk membebaskan Anu arr dari sebarang tuduhan dan tindakan. Anu arr bukan saja pemimpin parti, bahkan diangap sebagai nabi dan kemungkinan nanti diangkat menjadi Tuhan mereka.

7. Anu arr bukanlah seorang pemimpin yang bersih. Semasa didalam kerajaan beliaulah raja segala kronism dan nepothism. Beliau juga pengasas politik wang. Juga raja kepada perlakuan seks biasa serta songsang. Siapa mampu nafikan bahawa 'anu' Anu arr tidak membolosi bontot Azizan dahulu? Saiful sanggup bersumpah bahawa beliau diliwat tetapi jika bukan kenapa Anu arr tidak berani bersumpah bahawa memang beliau tidak meliwat?

8. Jijah adalah saksi utama. Liwat atau tidak dia lebih memahami, mengetahui dan merasai. Kenapa masih berpura-pura lagi? 

9. Karpal Singh sudah menyeru supaya Anu arr bertaubat dan Anu arr harus bertaubat!


AIDCNews- 25/11/11 – Kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula jatuh menjunam pada tahun yang sama.
Selain itu, dua tokoh pemimpin pembangkang, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, juga turut menyaksikan populariti yang semakin merosot.
Manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.
“Responden ditemubual secara bersemuka. Responden yang ditemubual berdasarkan kepada lokaliti perbandaran sama ada kawasan kampung atau bandar, jantina, bangsa, umur.
“Setiap temubual dicatatkan dan dimasukkan ke dalam komputer untuk dianalisis.
“Untuk soalan populariti pemimpin, Responden ditanyakan soalan berbentuk tertutup sama ada mereka berpuas hati atau tidak berpuas hati terhadap lima pemimpin yang disenaraikan iaitu Dr. Mahathir Mohamad, Najib tun Razak, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng”, kata Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, yang mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011........

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...