07 June, 2012

ANU ARR BODOH EKONOMI MEMANG PATUT DIBAYAR RM1

Kisah  silam Anu arr menteri kewangan yang bodoh dibongkar?

1. Ini mengenai seorang yang bercita-cita untuk jadi PM. Dia adalah mantan TPM dan dia juga adalah mantan Menteri Kewangan pada suatu ketika. Dia adalah Anu arr penghianat negara, seorang petualang yang mengunakan 'topeng' seorang pejuang.

2. Ini juga mengenai seorang 'binatang politik' yang bukan setakat 'baling batu sembunyi tangan, bahkan beliau sanggup 'baling batu dan menuduh orang lain yang membaling'. Ingat tohmahan terhadap DS Najib mengenai kapal selam? Namun tidak ada sebarang perbicaraan mengenainya di mahkamah di Perancis. (Baca Sini) Bagi menunjukkan bahawa beliau bersih dan layak jadi PM maka beliau tawarkan diri dan dilantik oleh Kerajaan Selangor sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri.

3. Dengan bayaran gaji hanya RM1, untuk menunjukkan bahawa beliau bukanlah berkhidmat kerana wang. Namun sebenarnya beliau sudah terlalu kenyang dan 'brruppp' beberapa kali sebelum ini. Kerana itulah beliau selalu berusaha menunjukkan kerajaan korup, untuk menunjukkan bahawa beliau adalah suci murni.

4. Anu arr merasakan bahawa beliau pandai seedangkan beliau bodoh dalam ekonomi, malahan lebih menyedihkan beliau berusaha memperbodohkan pemimpin-pemimpin pembangkang dan rakyat penyokongnya untuk mempercayainya. Jika beliau bukan bodoh ekonomi kenapa berlaku Bank Negara kerugian RM30 billion sewaktu beliau jadi Menteri Kewangan? Atau apakah ada berlaku ketirisan dan kecurangan? (Baca Sini)

5. Anu arr juga mengakui bahawa beliau turut terlibat dan bertanggungjawab mengenai kerugian RM30 billion yang ditanggung Bank Negara. (Baca Sini)

6. Namun, apa muslihat atau agenda Lim Kit Siang apabila mengungkit mengenai Bank Negara yang kerugian RM30 billion itu? (Baca Sini) Impaknya kepada Anu arr adalah jikalaupun Pakatan Pembangkang ditakdirkan menang dalam PRU, kemungkinan besar belaiu juga akan disingkirkan dari menduduki kerusi PM atas alasan tidak bijak ekonomi, tidak telus.....selain dari berupaya untuk membolos disana dan disini

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...