Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 June, 2012

DALAM MIMPI, DATO' FAUZI DAN TUAN IBRAHIM BERGADUH SIAPA JADI MB

Dato' Fauzi dan Tuan Ibrahim mungkin akan terpaksa mengikut langkah 
Ketua Pembangkang yang gagal jadi PM


1. Pembangkang hanya ada 2 kerusi parlimen di Pahang, P81 Indera Mahkota dan P83 Kuantan. Kedua-duanya disandang oleh PKR dalam PRU12 yang lalu.

2. Sementara dari 42 kerusi DUN Pahang pembangkang hanya berupaya merebut 5 kerusi. Bebas di N1 Tanah Rata, 2 DAP di N7 Tras dan N38 Triang sementara 2 lagi adalah milik Pas di N12 Beserah dan N32 Kuala Semantan. Justeru apakah mimpi dan angau mereka kononnya untuk merampas Pahang dalam misi Selamatkan Pahang yang diilhamkan oleh Pas Pahang.

3. Dalam mood dan semangat BN yang tinggi bagi menghadapi PRU13 nanti serta kita pasti Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob akan mampu merampas kembali beberapa kerusi yang selama ini dikuasai pembangkang.

4. N1 dimenangi calon Bebas dalam persaingan 3 penjuru dengan majoriti 575 undi. N7 dan N38 dalamm persaingan satu lawan satu dimenangi oleh DAP dengan majoriti 2451 dan 2469 undi. Sementara Pas mendapat 2 kerusi di N12 dan N32 dengan undi majoriti sebanyak 1541 dan 932.

5. Apakah asas impian pembangkang untuk menawan Pahang dalam PRU13 nanti  dengan berbekalkan hanya 4 kerusi ? (tolak calon bebas). Dengan majoriti undi yang tipis dan berbekalkan semangat yang semakin menebal untuk memberikan sokongan terus kepada kerajaan dibawah pimpinan DS Najib, kita percaya BN akan dapat merampas semula kerusi-kerusi berkenaan, selain dari N38 yang kemungkinan sukar atas alasan komposisi kaum dan pengundi.

6. Menjelang PRU13 nanti, kita percaya kerjasama diantara pakatan pembangkang akan semakin longgar dan akan berlaku perpecahan sesama mereka akibat dari ketidaksefahaman dan satu hala tuju dalam perjuangan. PKR juga diramalkan akan kehilangan banyak penyokong akibat krisis yang dialami oleh para pemimpin mereka di peringkat pusat.

7. Anu arr dan Azmin Ali sudah tidak dapat lagi memberikan perhatian dan sokongan kepada PKR negeri-negeri akibat tekanan hebat yang sedang mereka alami sekarang ini. Justeru, Parlimen Beserah dan Kuantan akan berdepan dengan kehilangan sokongan pengundi.

8. Sama ada Dato' Fauzi atau pun Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang sangat bercita-cita untuk jadi MB Pahang, kedua-dua mereka akan terpaksa mengigit jari dan menahan kecewa apabila mereka akan ditolak oleh pengundi dalam PRU13 nanti.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...