Suara Anak Pahang - Perlu Baca

04 June, 2012

BANGSA MELAYU DIUMPAMAKAN BABI...




1. Dalam senyum dan diam, DAP menghina bangsa Melayu dan sifatkan Melayu sebagai babi(?) Baca kisah dibawah ini yang dipetik dari sebuah laman portal. Konon ingin memertabatkan bahasa Melayu tetapi sebenarnya mereka menghina Melayu dan umpamakan bagai babi.

2. Artikel berkenaan adalah ditulis oleh AK-47. Saya kurang pasti apakah orang yang sama dengan Sakmongkol AK47 aka 'suck-mongkol' atau mereka hanya mempunyai nama yang hampir-hampir sama.

3. Apa pun tulisan ini perlu diberikan perhatian serius oleh bangsa Melayu, bahawa jika benarlah demikian, maka benarlah kita sedang dihina dan dicaci oleh golongan ultra kiasu itu.

4. Soalnya, apakah Pas dan PKR (Melayu)  yang sedang bersama mereka itu tidak sedar penghinaan ini? atau mereka tidak kisah? Atau ini sebahagian agenda politik mereka dan memang mereka menyukai apa yang dilakukan ini?

5. Jika bangsa Melayu sudah dicerca sehingga disamakan dengan 'khinzir' (Babi), apakah kita masih dapat menerimanya? Apa kata para penyokong Pas apabila mereka disamakan dengan babi? Apa fatwa dari Nik Aziz atau Hj Hadi?


Bermula pada minggu ini Roketkini akan menyiarkan terjemahan novel Animal Farm, karya George Orwell, secara bersiri sebagai sebahagian usaha Roketkini untuk memartabatkan bahasa Melayu menerusi penerbitan karya-karya agung dunia dan juga Nusantara.
Itulah ayat untuk entri pada 21 May (bukan 21 Mei – kaedah memartabat yang menarik) di laman Roketkini.
Beberapa baris petikan ‘memartabatkan’ bahasa Melayu;
Di salah satu sudut gudang besar, di atas sebuah podium yang tinggi letaknya, si Major duduk di atas tilam jerami, di bawah sebuah tanglung yang tergantung di tiang. Ia berusia dua belas tahun dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi. Namun ia tetap seekor babi yang berparas agung dan terlihat jelas gigi panjangnya tidak pernah dipotong. Tak lama kemudian binatang lain datang berduyun-duyun dan dengan caranya sendiri-sendiri berusaha duduk atau berdiri dengan nyaman.

Yang pertama sampai tiga ekor anjing, iaitu Bluebell, Jessie, dan Pincher, diikuti sekumpulan babi yang segera mengambil tempat duduk di atas jerami di depan podium. Kumpulan ayam betina bertenggek di ambang jendela, sementara burung-burung merpati mengepak-mengepak di atas alang, dan sekumpulan biri-biri serta sapi berbaring di belakang para babi sambil mulai mengunyah rumput.
**Tanglung mesti mahu sebut.
Gambar besar pada tajuk entri itu adalah gambar seekor babi. Kisahnya penuh dengan perjalanan hidup babi dan bir dan entah apa-apa yang merepek.
Roketkini adalah organ media dalam talian milik DAP.
Kisah babi, bir dan anjing digunakan untuk memperlihatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kisah itu pula penuh dengan sindiran.
Ini perbuatan menghina ke apa?
Dengan pilihan raya semakin hampir, macam-macam temberang dibuat juak-juak DAP yang dinaungi sepenuhnya pihak PAS dan individu seperti Anwar Ibrahim, untuk mengaburi mata dan pemikiran orang Melayu.
Mengapa tiba-tiba DAP mahu memartabatkan bahasa Melayu sedangkan baru beberapa hari lalu ejen mereka, Dong Zong meminta kelas bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina dipendekan.
Kini, memartabatkan bahasa Melayu melalui cerita babi, anjing dan bir pula.
Apa yang paling menarik, usaha memartabatkan itu dengan tatabahasa yang penuh dengan kesilapan.
Paling penting, kepada DAP, hentikan sikap hipokrasi anda. Kami semua tidak akan lupa bagaimana Teresa Kok dengan bangganya memperlihatkan bantahan terhadap tulisan jawi yang kecil yang dibuat di beberapa papan tanda jalan beberapa tahun lalu.

Tulisan jawi itu dipertikaikan dengan begitu sekali, sedangkan tulisan berbahasa Cina dengan begitu meluas digunakan di papan tanda dan pelbagai tempat, tanpa ada sesiapa merunggut apa pun. Apakah Teresa gagal memahami sikap toleransi kaum di negara ini ketika itu?
Kini, DAP cuba memartabatkan bahasa Melayu dengan kisah babi, bir dan anjing?
Sekali lagi, hentikan hipokrasi anda untuk semata-mata untuk mendapatkan undi.


Oleh: AK-47




No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...