Suara Anak Pahang - Perlu Baca

11 June, 2012

PRU13 - BN DALAM BAHAYA?




1. BN Bukan benar-benar dalam keadaan selesa menghadapi PRU13 nanti. Ini diakui oleh banyak pihak bahkan termasuk pucuk pimpinan sendiri. Memang payah untuk menyatakan sesuatu yang benar yang kadangkala ianya pahit untuk ditelan. Menyatakan kebenaranpun kadang-kala akan dipandang serong dan sinis.

2. Himpunan belia yang baru lalu memperlihatkan generasi belia ada kecenderungan untuk menyokong kerajaan BN, namun berapa ramaikah antara mereka yang layak mengundi? Berapa ramai juga yang sudahpun mendaftar untuk mengundi? 

3. Beberapa hari lalu saya menonton iklan di tv yang meminta mereka yang masih belum mendaftar 'daftar pemilih' supaya berbuat demikian. Dinyatakan bahawa jika mereka mendaftar sekarang (ketika itu) maka mereka akan layak untuk mengundi jika PRU13 diadakan pada bulan September nanti. Bunyi iklan yang menarik namun berapa ramai antara para belia yang melihat apa yang tersirat didalam kenyataan berkenaan? Berapa ramai para belia yang bergegas untuk mendaftar bagi menyokong memperteguhkan kerajaan BN dalam PRU nanti?

4. Mungin BN tidak seperti yang digambarkan iaitu benar-benar dalam bahaya tetapi saya yakin bahawa BN bukan benar-benar dalam keadaan selesa. Sokongan kaum Cina masih belum pulih dan belum dapat dipastikan. Undi generasi belia masih belum tentu mampu membantu. Bahkan undi kaum Melayu sendiri masih berpecah-pecah.

5. Pengikut Pas yang taksub masih mengharap 'syurga' mudah yang dijanjikan oleh Nik Aziz biarpun Nik Aziz sendiri belum tentu mendapat syurga Allah dari angkara memecahbelahkan umat yang diperbuatnya. Pengikut PKR yang taksub dan mendapat imbuhan yang memuaskan masih juga tetap setia bersama Anu arr meskipun sudah yakin pasti bahawa Anu arr itu memang peliwat bersiri, Anu arr itu pelanggan pelacur, Anu arr itu pembohong, Anu arr itu mengamalkan korup, kronism dan nepotism. Mereka masih dan akan tetap menyokong selagi Anu arr memberikan mereka 'belanja' untuk bersubahat bagi membenarkan segala dusta.

6. Berapa ramai pula pemimpin UMNO sendiri yang benar-benar setia kepada parti? Ada yang sudah berkira-kira jika tidak dicalonkan mereka akan bertanding dengan lambang lain, menyertai parti lain atau akan bertanding bebas. Ada juga yang sudah merancang-rancang untuk menikam calon yang terpilih dari belakang. Ada yang masih 'besar kepala' menganggap bahawa jawatannya dan kedudukannya didalam parti bagaikan dirinya dewa.

7. Jika tidak demikian masakan Kedah kalah kepada lawan? Jika tidak masakan Kelantan sehingga kini masih belum dapat ditawan?

8. Ada antara pengundi yang berpendapat bahawa lebih baik UMNO dikalahkan untuk mengajar para pemimpin UMNO (tertentu) supaya mereka akan sedar diri. Walaupun perbuatan itu akan merugikan  parti kerana mungkin itu akan lebih bererti. Ada yang berpendapat runtuhkan segalanya dan bina semula diatas keruntuhan itu supaya semuanya bermula dari satu, supaya pemimpin akan sedar diri dan menginsafi.

9. Harus diingat bahawa kekalahan (kemerosotan undi) dalam PRU12 adalah kerana protes terhadap pemimpin UMNO yang besar diri dan tidak membantu rakyat dan apa yang rakyat kehendaki. Tidak mustahil ianya akan berulang sekali lagi jika pekatan pembangkang berjaya mainkan perasaan rakyat.

10. Saya percaya bahawa bukan parti yang rakyat pentingkan sangat kerana mereka sedar bahawa mereka tetap sama, dalam golongan marhain. Yang mereka ukur adalah perkhidmatan yang kerajaan dan parti yang mereka sokong serta pemimpin-pemimpinnya mampu berikan. Jika pemimpin dan kerajaan mampu yakinkan rakyat mereka akan mendapat apa yang hak bagi mereka maka sudah tentu mereka akan menyokong. Jikalau mereka patut berubahpun kerana hilang percaya maka itu bagi mereka bukanlah juga satu masalah.

11. Secara mudahnya adalah, rakyat akan bertanya; jika saya menyokong, apakah yang akan saya dapat? Apakah hanya sekadar menonton apa yang orang lain dapat dihadapan mata atau saya juga akan mendapat sebahagian darinya? Hatipun boleh berubah-ubah!

14 comments:

pemerhati politik jerantut said...

Pemuda UMNO Jerantut pernah anjurkan program / kempen mendaftar pemilih namun sambutan sangat kurang, hanya kurang dari 10 orang saja yang berjaya didaftarkan. Macamana nak bantu BN dalam PRU nanti dengan hanya 10 orang?

Anonymous said...

org melayu memang banyak yang bangang tak tahu hak mereka,betul tak melayu bangang.!!!

Anonymous said...

Undi UMNO pun apa kome dapat?.Yang kata raya semua pemimpun UMNO dan pecacai pengangkut najis pemimpin UMNO aje yang dapat.Yang kome dapat cuma tanah kubur aje

Anonymous said...

mungkin umno kena lebih agresif mendaftarkan penyokongnya. mungkin perlu dibuat dari rumah ke rumah.

Anonymous said...

kalau undi hanya nak kaya undi pas pkr ke? skrg mmg begitu. undi pas di kelantan melayakkan diri dapat kontrak. undi pkr di selangor pun kontrak juga.

Anonymous said...

macamana nak bantu UMNOBN berjaya sedangkan isu terlampau banyak hinggakan aku fedup!!dan dah jadi pengundi atas pagar...banyak isu yang menjadi tanda soal contohnya..

isu NFC,,,tada sapa2 yg bersalah ka??pelik!!!!!
isu PTPTN dibekukan,,tindakan yg kebudakan,siapa yg jadi mangsa?anak2 kita dari negeri lain,,,tindkan yg guna kepala lutut bukan guna otak,,PM dan menteri taraf tadika!!!
mcm2 terlampau banyak...

susahlah mcm ni!!!!!!!elok ja reform umno dari pimpinanan yang berkarat,,itu jer cara yg paling berkesannn...

Anonymous said...

kalau parti tak popular jgn salahkan org lain. Puak UMNO belajar la muhasabah diri. org ramai dah meluat dgn cara dan gaya kamu memerintah.

Anonymous said...

5- Pengikut PKR yang taksub dan mendapat imbuhan yang memuaskan masih juga tetap setia bersama Anu arr meskipun sudah yakin pasti bahawa Anu arr itu memang peliwat bersiri, Anu arr itu pelanggan pelacur, Anu arr itu pembohong, Anu arr itu mengamalkan korup, kronism dan nepotism. Mereka masih dan akan tetap menyokong selagi Anu arr memberikan mereka 'belanja' untuk bersubahat bagi membenarkan segala dusta.

Anwar semua jahat, pemimpin umno semua baik, tetapi yg mentekedarah
duit rakyat ialah pemimpin umno,

Kami generasi kedua di felda, tanah kosong ada utk di bina rumah tetapi mohon tak dapat, tup, tup rupanya dah dipajak kpd felda global selama 99 tahun, habis kami ni nak dicampak kemana ?

Oooo puncanya jikalau diberi kpd kami pemimpin dapat apa ? bila diberi kpd felda global pemimpin dapat juta2 saham fgv melalui hak pembelian miti, kemudian jual saham tersebut dan kaya serta merta.

Itulah visi pemimpin umno kini....

Jikalau BN menang selepas pru ke 13 nanti, sah harga minyak naik, setelah itu di iringi dng kenaikan harga brg2, kami golongan bawahan dijadikan sebagai brg dagangan supaya menyokong BN, itulah caranya BN menolong rakyat.

Anonymous said...

Saya sokong pendapat 11.04. Saya juga generasi kedua felda. Terlalu banyak kepincangan dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Namun saya juga selalu berfikir, apakah kalau kita menukar kerajaan, keadaan akan menjadi lebih baik? Khususnya jika kita memilih DAP untuk menerajui kerajaan. Adakah hak2 orang felda akan tetap terjamin?

Anonymous said...

Kah..Kah..Kah.. cuba kata daftar satu nama baru dapat 100 ringgit,rekomen satu nama baru untuk didaftar 50 ringgit, baru laa 100,000 orang bukan 10 rang..Kah..Kah..Kah..

Anonymous said...

KEPADA ANON 1106. ANDA ADALAH SPESIS YANG MEMANG TAK SEDAR DIUNTUNG. APA YANG KOME DAPAT KALAU UNDI UMNO? SEKOLAH? JALAN RAYA? SEGALA KEMUDAHAN YANG CELIK MATA SAJA ADA DISEKITAR KITA ITU USAHA SIAPA? TAKKAN UMNO NAK HANTAR ORANG UNTUK SUAP NASIK KAT HAMPA? YANG PALING BESAR ADALAH KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA? DUIT BANYAK TAK ADA MAKNA KALAU NEGARA KACAU BILAU. ANDA MEMANG MANUSIA BERSIFAT 'YAHUDI' JIKA MASIH TIDAK TAHU MENSYUKURI NIKMAT YANG ALLAH BERI MELALUI USAHA UMNO BN SEHINGGA HARI INI.

Anonymous said...

aku benci budaya umno yg cakap huduh dan suka fitnah. pemimpin maksiat diagung mcm dewa.. insaflah penyokong umno.. reningi kata2admin ni pada no 8 :-
8. Ada antara pengundi yang berpendapat bahawa lebih baik UMNO dikalahkan untuk mengajar para pemimpin UMNO (tertentu) supaya mereka akan sedar diri. Walaupun perbuatan itu akan merugikan parti kerana mungkin itu akan lebih bererti. Ada yang berpendapat runtuhkan segalanya dan bina semula diatas keruntuhan itu supaya semuanya bermula dari satu, supaya pemimpin akan sedar diri dan menginsafi.

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Lily Mariaey Cameron said...

Ada sorang polis bangang yang anggap dirinya cerdik,dia kata apa yang Najib buat semua tak betul. Dah pasti ke kalau undi pembankang dapat kerja lagi degan kerajaan,kerja kerajjan dapat gaji beribu tapi masih bingai nak sokong PAS,memang bodoh betul.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...