06 June, 2012

'SUCK' LAWAN NAJIB DI PEKAN?





1. Suck-mongkol, didalam blognya serta didalam ceramah-ceramahnya seringkali 'menghentam' DS Najib. Segala yang dilakukan semuanya tidak betul pada pandangan beliau. Segalanya? Jikalau demikian siapakah yang betul?

2. Suck-mongkol konon ada alasan untuk menghentam DS Najib. Kononnya untuk memperbaiki segala kelemahan dan memperbetulkan yang songsang. Cuma kita merasa hairan, kenapakah semua ini tidak dilakukan sewaktu beliau masih didalam BN, didalam UMNO? Lebih jelas kenapa tidak semasa beliau jadi wakil rakyat mewakili UMNO BN? Kenapa hanya setelah tidak lagi dicalonkan sebagai wakil rakyat baru disedari kesalahan dan kesilapan pemimpin BN? Apakah dia sendiri tidak sedari kesalahan yang dilakukan sewaktu beliau masih wakil rakyat? Apakah buta matanya selama ini dan hanya celik setelah tidak lagi jadi wakil rakyat? Apa yang dilakukan untuk rakyat bahkan ada rungutan untuk menemui beliaupun begitu susah, waktu bertugas dari 9 - 5.  Bodoh sangatkah rakyat uintuk tidak faham alasan sebenarnya?

3. Suck patut mencabar DS Najib secara lebih jantan dengan bertanding di Parlimen Pekan. Bukan setakat kokok berderai-derai ekor bergelumang najis, biar menang jadi abu kalah jadi arang. Begitu sikap seorang pahlawan. Mana tahu kalau nasib baik menang dan sudah tentu layak jadi PM, tentu Suck akan lebih baik dari Al-Juburi kerana Suck ada pengetahuan ekonomi yang tinggi (menurut beliau sendiri). Sekurang-kurangnya Suck bukanlah jenis yang 'main belakang'.

4. Jikalau Suck rasa was-was untuk menang di Parlimen Pekan, bolehlah beliau bertanding di 2 kerusi, Parlimen Pekan dan DUN Pulau Manis. Jika tidak menang kedua-duanya sekalipun, mungkin akan dapat menang 1. Bahkan jika kalah sekalipun Suck tidak rugi apa-apa, sekurang-kurangnya beliau dapat merasa untuk mencabar DS Najib dipentas PRU.






No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...