04 November, 2012

TANDING PARLIMEN PEKAN: HJ HADI 'KAMIKAZI POLITIK'.



1. Tiba-tiba meletup isu Hj Hadi nak bertanding Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri. Langsung ianya jadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak dalam politik negara.

2. Nik Aziz dilaporkan sudah memberikan lampu hijau. Rakyat sedar bahawa jika Anu arr sendiripun yang bertanding di Pekan akan kecundang inikan pula Hj Hadi yang tewas banyak kali ditempat sendiri di Marang, Terengganu. Justeru, sokongan yang diberikan oleh Nik Aziz dilihat sebagai sokong membawa rebah atau perangkap untuk membunuh karier politik Hj Hadi.

3. Selain itu banyak juga pihak berpendapat bahawa mencetuskan isu itu hanyalah sekadar memanas suhu politik negara dan mencari gimik serta meraih simpati dari penyokong terutama di kawasan Marang sendiri. Bukan saya memperkecilkan sokongan Hj Hadi namun beliau bukanlah calon yang layak untuk bertanding di Pekan menyaingi DS Najib, Perdana Menteri Malaysia yang semakin hari semakin mendapat sokongan semua lapisan rakyat terutama golongan muda dan profesional.

4. Hj Hadi yang merasa semakin dilupakan dan tidak mendapat perhatian hanya ingin mencetus satu kejutan dan untuk mengangkat namanya semula dalam arena politik tanah air, tidak lebih dari itu. Ataupun mungkin menterjemahkan rasa kecewanya dan bersedia dikuburkan dalam politik kerana pengikut sudah tidak lagi melihat beliau sebagai seorang tokoh yang dihormati dimana lebih ramai pengikut Pas yang lebih taat kepada Nik Aziz serta beberapa pemimpin muda dalam Pas sendiri. Mungkin beliau berharap akan ada pujuk rayu dari kalangan Pas yang menghalangnya 'kamikazi' politik'. Bahkan sudah ada beberapa pemimpin Pas yang membuat kenyataan bernada pujukan meskipun tidak secara langsung.

5. Sepatutnya Anu arr lah yang lebih layak bertanding menentang DS Najib di Pekan. Tetapi ramai percaya bahawa Anu arr juga bukan berani untuk 'mati' dalam karier politiknya. Anu arr tentu merasakan tempat paling selamat baginya adalah Pematang Pauh. Disitulah dia akan pertaruhkan masa depan politiknya dan disitu juga dia rela akan dikuburkan. Pada saya Hj Hadi akan tetap bertanding di Marang sambil 'sembunyikan telornya' disana. Itulah yang akan terjadi nanti. Justeru, isu bertanding di Pekan hanyalah sebagai menduga sejauh mana dia masih mendapat sokongan dalam parti sendiri.











2 comments:

Anonymous said...

MATI SEBELUM DIGANTUNG

dulu pas sekarang umno said...

Mati pucuk dah lama dah....gamaknyalah! huhu!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...