17 April, 2013

HANGAT: PROTES CALON BN PRU13 PAHANG?

'Calon yg sesuai dan saya sukai serta pasti tak akan bantah adalah....
saya sendiri.'


1. Nama calon-calon dalam PRU13 bagi BN negeri Pahang telah diumumkan. Dalam masa sama mereka telah menerima watikah masing-masing. 49% muka baharu bagi DUN yang diumumkan oleh PM adalah secara keseluruhan dan rupanya tidak dimaksudkan kepada Pahang secara khusus. 

2. Pahang menyaksikan hanya sebahagian kecil sahaja perubahan dilakukan. Terutama jika kita merujuk kepada UMNO itu sendiri sebagai parti asas kepada komponen BN. 

3. Cakap-cakap sebalik tabir sebagaimana biasa, ada pro dan kontranya. Namun bantahan-bantahan dari  beberapa bahagian terhadap calon yang diumumkan mengecewakan rakyat terutama penyokong BN sendiri.

4. Sebelum ini berapa kali kita sudah ber-akujanji dengan DS Najib sebagai presiden parti bahawa akan tetap menyokong BN walau siapa calon yang dinamakan sekalipun, namun akhirnya kita tetap juga memungkiri kata-kata yang dilafazkan.

5. Atas nama kehendak rakyat, kita menolak calon yang telah diputuskan oleh parti. Andaikan benar ianya kehendak rakyat banyak tentu pemimpin tertinggi akan menyedarinya. Namun apa yang kita bimbangkan adalah nama rakyat digunakan oleh orang tertentu yang berhasrat sangat tinggi untuk jadi wakil rakyat.

6. Di Bera, terdapat bantahan dalam pakatan pembangkang sendiri mengenai calon akibat dari perebutan kerusi. Pas membantah kerana kerusi diperuntukkan kepada PKR, tentu kita sedia maklum kenapa. Namun apabila di Luit dan di Lipis calon UMNO dibantah oleh orang UMNO sendiri saya jadi keliru dan tersangat kesal. Apakah itu perjuangan yang benar ataukah kehendak peribadi membenarkan perjuangan begitu?

7. Melayu itu sukar bersatu itu benar. Si-Kitol dan Raja Mendaliar masih ada didalam jiwa Melayu juga benar. Melayu mudah lupa dan mudah melupakan masa lalu itu benar, bahkan Melayu juga tidak dapat melihat masa depat dengan jelas juga pasti akan memperlihatkan kebenaranya nanti.

8. Di laman sosial facebook saya perhatikan 'post-post' yang memberi pandangan politik mengenai calon-calon tertentu. Ada yang dengan tegas menyatakan calon tertentu tidak sesuai dan penyelesaiannya adalah tukar calon atau kita akan kalah. Jika saya mengundi ditempat berkenaan dan juga ditanya pandangan atau pilihan saya, maka saya akan berani katakan bahawa saya lebih rela memilih untuk kalah.

9. Walau apapun, perjalanan UMNO selepas PRU ini masih jauh dan panjang. Makin ramai pejuang yang akan jatuh dan tumbang. Kita juga akan saksikan mereka yang berubah wajah dan watak dalam pentas politik. Siapa peduli apa?



Sebahagian dari pemimpin dan penyokongnya.

Melihat masa depan Wanita Pahang yang samar-samar.

Apakah selepas ini akan ada lagi gelombang?

4 comments:

Anonymous said...

Najib atau tok nan yang menodai janji janji meletakan calun "pasti menang",terima lah akibatnya

Pemacak Bendera said...

Kita masih belum membuang undi, jadi mana kita tahu kita menang atau kalah?

g said...

anon 5.22 ni penyokong pr. bnayk org pr yg mengapi2apikan dlm blog bn.

kalau betul2 sokong bn, kita akn terima je.

Anonymous said...

Salam BH,

Saya yakin bahawa BN akan kalah sekiranya pendokong BN itu sendiri tidak menyokong BN pada PRU13 kali ini. Maksud pendokong yang saya nyatakan ialah ahli-ahli parti yang berkerja secara terus dengan jentera BN. Pendokong dengan ahli biasa macam kami banyak bezanya.

Pada saya yang penyokong BN tanpa ada kaitan dengan tokoh atau warlord tertentu saya sudah tentu akan menyokong siapa sahaja yang pegang amanah atas tiket BN. Kami penyokong ini tak ada kepentingan. Buat kerja seikhlas hati. Kalau warlord sesiapa sahaja pun saya akan sokong. Naik nama si polan yang ada pengikutnya, kami sokong. Naik nama lain pun, kami sokong. Asalkan BN punya kuasa.

Kerana bagi kami yang berada di bawah ini sudah dapat menghidu betapa dengan tumbangnya BN akan berubahlah nasib rakyat. Akan berlakulah segala tiang seri negara diusik dan diroboh secara halus oleh pakatan rakyat yang mentah dengan kuasa. Yang boleh ditawar niaga oleh kafir-kafir DAP oleh PKR.

Apakah kita mahu cita-cita Lim Kit Siang diangkat menjadi TPM yang mana akan punya kuasa untuk membuka segala pintu kerosakan di bumi Tanah Melayu ini termakbul?

Kalau masih ada secubit kerisauan dalam diri pemimpin UMNO maka perlulah diketepikan manfaat peribadi. Utamakan parti untuk survival bangsa, agama dan tanah air. Jika secubit kerisauan itu suda tidak wujud, maka bagi saya penyokong BN ini, memang nyawa UMNO sudah berada betul-betul di hujungnya.

Sikap warlord UMNO yang tak sedar diri bahawa yang menaikkannya dahulu ialah kami para penyokong BN sangat kami benci. Golongan sebegini memang wajib ditentang dan disingkir dari UMNO.

Buat masa ini tidak ada parti Melayu yang boleh diharapkan lebih baik dari UMNO. UMNO ada salah silapnya. Tapi UMNO di bawah Najib sudah banyak merendah diri dan mohon maaf dari rakyat. Tidak meninggi diri lagi.

Tolong ketepikan kepentingan warlord tertentu. Parti lebih penting dari individu. Kita bersatu hancurkan niat jahat Pakatan rakyat terhadap agama, bangsa dan negara.

Wallahualam.

Penyokong Setia Dato' Najib

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...