18 April, 2013

HANGAT: PERUBAHAN CALON BN PAHANG

Tahniah dan selamat jadi calon Dato' Abdul Rahman dan 
selamat meraih kemenangan untuk BN


1. Atas desakan akar umbi, MB Pahang DSD Adnan Yaakob terpaksa akur dan telah mengumumkan pertukaran beberapa calon dan watikah mereka ditarik-balik sertamerta.

2. Antara calon dan 3 kerusi yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Parlimen Lipis - Dato' Abdul Rahman Mohamad menggantikan Dato' Mohd Sahrom Osman yang bersedia mengundurkan diri
2) Dun Padang Tengku - Mustafar Long mengantikan Dato' Abdul Rahman Mohamad
3) Dun Bebar - Mohamad Fakhruddin Mohd Ariff menggantikan Ibrahim Awang Ismail

3. Calon-calon dan kerusi lain-lainnya masih kekal seperti biasa.

4. Tahniah kepada para pendokong UMNO Lipis yang telah berjaya dalam perjuangan mereka. Namun rakyat berharap para penyokong bekas calon tidak akan melakukan sesuatu yang akan membuatkan parti kalah dan rebah dalam PRU nanti.


5 comments:

Anonymous said...

Di Parliment Jerantut dan dun dun di daerah jerantut tak ada pertukaran ke? atau UMNO sengaja nak biar kalah di sini?

Anonymous said...

adun pdg tengku lebih baik dato fatah drp mustapha long yang bapak berangin tu.......

padang tengku mesti lingkup punya

sayang pahang said...

jika pehak ahli parti membantah terus di cop sebagai kepentingan parti di ketepikan, tapi jika pemimpin yang memutar belitkan senarai calun tidak mengikut kemahuan akar umbi, tidak mengikut lapuran di buat berapa banyak pn agensi yang di lantik yang penting tidak mengikut apa yang dikatakan oleh pemimpin itu sendiri,iaitu lulus tapisan rapi sprm, lulus tapisan salah laku dan macam macam lagi, para pemimpin tidak di persalah kan, tidak mustahil senarai awal calun teersebut telah di ubah apabila melihat diri sendiri tidak dapat bertanding seperti yang di hajati, maka konspirasi mula berlaku melibatkan pihak institusi yang lebeh tinggi bersekongkokol mempertahankan agar dirinya bertanding di tempat yang sama dan seterusnya mengetui kerajaan negeri untuk sepenggal lagi, jadi bila dia sendiri maseh mau bertanding, muka muka basi adun juga berkeras mau bertanding, walau pun buntut mereka dah berakar di kerusi dun pahang.

kenapa mangsanya parlimen lipis juga beberapa dun di sana, kenapa tidak di dun jenderak, parlimen rompin yang mereka ini dah berakar umbi di kerusi dun atau parlimen,konspirasi di lakikan agar mudah mereka untuk menguasi hasil mahsul negeri ini bersama tungguk negeri pahang. adalah di cadangkan semua calun di had kan dua penggal sahaja untuk menjadi yb, untuk mengelakkan mereka mereka ini menyalah gunakan kuasa, Akta hendak lah di gubal agar membendung."LITTLE NEPOLEON" terjadi di pahang, kita sudah ada satu yang tak dapat kita ubah.

Anonymous said...

bercakap senang lah tok nan, terima hakikat jika kita tidak di calunkn, apa terjadi dengan bekas mp lipis, kenapa mula di calunkan, bebal punya keputusan, patutnya awak tu yang terima hakikat sepatutnya tak payah bertanding dah masuk kali 5 ke 6 dah, jika pemimpin atasan tidak calun lagi kita, ugut.cakap tak serupa bikin, ke nak jadi raja pahang?

Anonymous said...

N6 adun BT TALAM
aku mmg tak suka calon ni....
bkn setakat aku jer majoriti pengundi kawasan felda tersang memang tahu tentang adun ni....

MEMANG BN NAK KALAH DUN BT TALAM NI.




PENGUNDI N6 DAN P80

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...