Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

Suara Anak Pahang - Perlu Baca

06 October, 2013

ZAHID HAMIDI DAN HISHAMUDDIN ?

Sokong DS Zahid Hamidi, tapi sokong juga DS Hishamuddin


Bila saya menulis tentang DS Hishamuddin, berpuluh-puluh komen negatif saya terima. Saya teringat semasa menghadapi PRU lalu, tidak ada fenomena seperti ini berlaku. Saya mengandaikan bahawa ini adalah hasil usaha cybertrooper UMNO sendiri yang dibiayai untuk menjatuhkan DS Hishamuddin. Justeru, komen-komen berkenaan saya sekat sehingga PAU selesai nanti. Kerja siapa kah itu? Sudah tentu kita ada suspeknya, yang berkepentingan supaya DS Hishamuddin tewas.

Saya tidak menafikan bahawa DS Zahid Hamidi adalah antara calon terpopular bagi mengisi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO ini nanti. Dari 6 calon saya saringkan dan melihat bahawa TS Isa Samad sebagai dikedudukan tercorot. Transformasi dalam UMNO sudah tidak mengkehendaki pemimpin sepertinya lagi. Suatu ketika saya berusaha untuk membuat liputan mengenainya namun pegawainya tidak mengizinkan, jadi bagaimana dirinya dapat digilap?

DS Ali Rostam juga dalam keadaan yang payah. Sepertimana TS Isa Samad, beliau juga terpalit dengan sejarah hitam ketika dihalang bertanding pada penggal lalu atas sebab yang semua sudah sedia maklum. Transformasi didalam UMNO dan generasi baru kepimpinan UMNO ingin mencari yang bersih dan juga kelihatan bersih.

Justeru, saya melihat persaingan adalah kembali seperti dulu cuma ditambah satu lagi pendatang baru, iaitu DS Mukhriz Mahathir. Kita tahu bahawa jawatan ini sangat penting bagi Mukhriz untuk terus mampu bersaing dengan KJ dipenggal akan datang. Populariti KJ telah menenggelamkan Mukhriz dalam persaingan sebagai Ketua Pemuda dahulu tentu masih jadi igauan, kerana itu Mukhriz mesti menempah kerusi NP ini sekarang kerana jika bukan sekarang perjalanan akan jadi makin payah.

Dengan menentukan hanya 3 dari 4 calon yang akan dipilih, memang kedudukan DS Hishamuddin agak membimbangkan. Persepsi buruk tentang kelemahan beliau yang ditanamkan oleh pembangkang juga sudah dipercayai oleh UMNO sendiri. Kita sudah dapat melihat bahawa strategi musuh adalah memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan menjadikannya lemah untuk lebih mudah menghapuskan penguasaan UMNO dalam kerajaan yang sudah melebihi 50 tahun.

Pembangkang sedar bahawa untuk menjatuhkan UMNO mestilah dirosakkannya dari dalam. Maka inilah yang sedang berlaku sekarang ini tanpa kita sedari atau dalam sedar dengan berimbuhan.

Lemah sangatkah DS Hishamuddin? Buruk sangatkah beliau? Melainkan ada agenda tertentu untuk menghapuskan beliau dari politik serta agenda besarnya untuk menghapuskan DS Najib sendiri, dan kita dijadilah alat untuk jatuhan yang itu untuk naikkan yang ini, kemudiannya jatuhkan lagi untuk naikkan yang lain pula. Jadi seperti lebai malang berkayuh ke hulu ketika air surut kemudian berkayuh kehilir ketika air pasang namun kedua-dua kenduri melepas dan pulang kerumah kelaparan.

Malang nasib DS Hishamuddin. Saya ingin membuat perumpamaannya begini: Si A menyerahkan tanah yang masih hutan rimba kepada Si B. Si B membersihkannya dan menanam pokok buah-buahan dengan banyaknya. Menyirami dan membajainya supaya subur dan berbuah. Namun ketika hampir berbuah Si B terpaksa menyerahkan tanah kebun berkenaan kepada Si C. Si C yang menerima kebun berkenaan ketika pohon-pohon berbuah subur. Maka riuh sekampung memuji kejayaan beliau berkebun. Si B itu adalah DS Hishamuddin.

Apa pendirian kita sebenarnya? Apabila DS Zahid Hamidi bertindak tegas, dalam kes terkini terhadap wartawan Malaysiakini maka ada pihak yang bencikannya konon terlalu tegas dan bertindak kejam. (Klik Sini) Apabila DS Hishamuddin berlembut, mengambil tindakan bagai menarik rambut dalam tepung ada juga pihak yang tidak puas hati. Siapa pilihan kita apabila semuanya salah? Pilih diri kita sendiri? Atau pilih orang yang 'menumbuk rusuk' dan belikat kita?


Baca artikel diblog BumiYang yang merujuk kepada blog BH sebelum ini.


7 comments:

Anonymous said...

kalau nak cerita pasal DS Hishammuddin tak payah lah! kami wakil tahu sapa nak pangkah.

Anonymous said...

Cukup cukuplah hishamuddin. Amaran sokmo

bRAVEhEART said...

Mungkin ada orang lain yang berlainan pendapat dari pendapat anda berdua dan apasalahnya?

Ghazali said...

Mungkin ada betulnya contoh analogi yang sdr kemukakan. Dato Hishamuddin sememangnya seorang yang berpotensi. Malangnya pada hemat saya beliau sering sahaja melakukan kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya kerana "think-tank" beliau kurang berfungsi. Beliau seharusnya mencari kumpulan think-tank yang lebih dapat membaca dan meramal perubahan politik dan apa yang bakal berlaku di peringkat lebih awal. Kumpulan think tank beliau tidak berupaya menangani segala apa sahaja perkara negatif yang ditujukan kepada beliau. Mereka sepatutnya dapat menjangkakannya lebih awal supaya Dato Hishamuddin lebih bersedia..

Anonymous said...

Buat masa ni naampaknya belum ada. Kalau saudara boleh buat andaian seolah-olah yang tidak menyokong/menentang Hishamuddin adalah mereka yang termakan dakyah pembangkang, kita juga boleh buat andaian bahawa saudara pulalah yang sebenarnya menjadi alat pembangkang kerana sokong pemimpin lemah seperti beliau. Kalau tidak pun orang berkepentingan dan bergantung haaraap kepada kedudukan beliau.

Perumpamaan yang saudara buat tentang kebun dan pokok juga meleset dan tidak kena mengena sama sekali dengan keadaan sebenar.

Pemerhati

Anonymous said...

Terasa sayu pula dengan pandangaan penulis keatas DS Hisam,sama-samalah kita lihat siapakah akan dipilih oleh perwakilan nanti.

bRAVEhEART said...

Sekurang-kurangnya Hishamuddin tidak terpalit dgn masalah kenapa Ali Rostam dan Isa Samad tidak bertanding dalam pemilihan penggal lalu. Harap Melayu tidak mudah lupa... pemimpin yang memberi akan juga merampas....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Labels

Dari Mana Datangnya...