Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

Suara Anak Pahang - Perlu Baca

17 October, 2013

SAYA TETAP BERDIRI BERSAMA HISHAMUDDIN

Saya tetap berdiri bersama H20 dan menyokong beliau


Saya menerima banyak komen-komen negatif apabila saya terus-terusan menyatakan sokongan saya kepada DS Hishamuddin. Sehingga ada yang bertanya berapa saya dibayar? Saya bertemu DS Hishamuddin hanya sekali itu saja (sebagaimana gambar), namun apakah blogger hanya menulis apabila dibayar? Bukankah kita juga ada perasaan hati dan naluri sendiri?

Saya menyokong DS Hishamuddin kerana saya rasa saya perlu menyokong beliau. Mungkin kerana simpati namun selebihnya adalah kami bertemu dan merakam gambar bersama. Beliau memeluk saya dan terasa kami mesra sebagai sahabat biarpun untuk seketika. Biarpun saya sedar jika selepas ini kemungkinan besar DS Hishamuddin sudah tidak mengenali saya lagi bahkan mungkin juga tidak akan memandang kepada saya, namun saya berhak untuk menyatakan sokongan saya kepada beliau.

Saya menyatakan perasaan yang sama juga dengan DS Zahid Hamidi dengan alasan serupa. Namun bagaimana dapat saya gambarkan perasaan sayang saya kepada Mukhriz, Shafie Afdal, Isa Samad dan Ali Rostam kerana kami tidak pernah bersua? Mungkin ada blogger lain yang boleh menyokong mereka itu biarpun tidak pernah bersua muka, memadai dengan salam dan pesanan berserta sampul surat, tetapi tidak untuk diri saya.

Saya dapat merasakan perasaaan yang sama diseluruh negeri Pahang. Pahang tetap memberikan sokongan kepada DS Hishamuddin. Saya juga sudah merasakan bahawa selain DS Zahid Hamidi, tempat untuk DS Hishamuddin sebagai Naib Presiden juga sudah semakin pasti. Insyallah!

21 comments:

Anonymous said...

sokong la sampai mati menteri yg takde guna ni.....

pencerobohan di lahad datu adalah bukan penganas....

itu statment seorg menteri yang paling bodoh penah aku dgr seumur hidup aku......puiii

Anonymous said...

Bagus. Undi Hisham, Zahid dan Shafie.
Jangan bagi chance untuk Mukhriz yang tidak ada sumbangan kepada parti.

Anonymous said...

TRANSFORMASI TAIK HANJING

ipohmarley

Anonymous said...

menteri lembik nak disokong...
gila ke apa?

Anonymous said...

masyukkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

Sumbangan terbesar Hishamemuddin ialah? Menjadi sepupu Najib hingga akhir hayat!

Anonymous said...

Anonymous October 17, 2013 at 12:27 PM said...
"Bagus. Undi Hisham, Zahid dan Shafie.
Jangan bagi chance untuk Mukhriz yang tidak ada sumbangan kepada parti".
Kalau nak jilat pun berpada-pada lah. Inilah penyakit orang UMNO, kalau menjilat tak hingggat...
BN dapat semula Kedah itu sumbangan siapa? Kerismuddin?

usin said...

maaf tuan blogger. saya juga di pahang, tp tidak terikut dgn gaya & rentak yg sama hanya semata2 dapat rakam gambar bersama. pendapat saya, menyokong pemimpin bukan setakat dapat ambil gambar bersama atau jika telah dipeluk oleh pemimpin tersebut. saya akan sokong pemimpin yang tegas, kuat, hebat, tidak mudah lentur dan konsisten dalam kata2 dan perjuangan, berani dan menjaga kelompok yang dipimpin. walaupun tak pernah jumpa apatah lagi dipeluk pemimpin tersebut, saya pilih ranking pertama ialah zahid hamidi, diikuti mukhriz dan shafie. yg lain2 yg saya tak tulis nama tak perlulah diberi ranking. saya BERANIKAN HATI untuk berani menulis. sekian.

Anonymous said...

Pasal dpt jumpe hisham mesti sokong dia walau di benak hati kamu tau dia tak layak? pemikiran celaru mcm ni la yg akan memastikan kepimpinan umno lembik mcm dia. berbangga la awak menaikkan pemimpin yg takde roh perjuangan dan ketegasan bagi bangsa melayu.

Anonymous said...

klo hisham tak menang jugek aku tak tau nak kata pa la. berapa banyak kelebihan dia ade: sepupunya nakkan dia kekal, jawatan menteri dua walaupun memangku di pengangkutan, hampir semua pemimpin tinggi peringkat nasional, negeri dan bahagian sokong dia, pegawai2 umno buat keja utk dia khasnya S/U Agong, jentera media kerajaan dan media sosial kempen utk dia, duit kempen berjuta2, ape nak takot? kawtimmm maa

Anonymous said...

Mukhris dengan begitu tegas dan berani mendesak pak lah melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden umno satu ketika dulu. Walaupun pak lah disokong dengan kuat oleh pengampu tegar seperti ali rustam, hishamudin, khairi dan segerombolannya.

Bagaimana jika pak lah tidak meletakkan jawatannya tempohari dan najib tidak berpeluang jadi pm?

Adakah BN masih berkuasa hari ini ?

YB Tak Didendang said...

Saya sokong semua calon sebab mereka orang umno hehehe..tapi kalau kena pilih juga, saya pilih zahid sebab buat kerja sekarang, mukhriz sebab percaya pada Tun Mahathir dan juga Hisham sebagai tanda taat pada jemaah Pahang.

Lagi tiga calon tu maaflah kuota dah penuh hehehe.

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih cybertropper pro BN kerana komen2...positif atau negatif apa aku peduli? Ini aku punya blog aku punya suka....ko ado? hehe

bRAVEhEART said...

... dan saya tetap menyokong Hishamuddin...Hishamuddin...Hishamuddin...maaf!

Anonymous said...

UNTUK MASA DEPAN UMNO DAN ORANG MELAYU SECARA WARASNYA KITA PILIH ZAHID, SAHFEI AFDAL DAN MUKRIZ. INI PILIHAN BIJAK BUKAN PILIHAN SOKONG BUTA.

usin said...

eleh!!!sebab dapat pukul gambar dgn hisham, terus mati2 sokong hisham. mana penting braveheart, gambar koleksi kamu bersama hisham atau skil hisham memimpin kdn sampai macam2 yg melukakan hati melayu berlaku? k lah, blog kamu, aku cuma tumpang tulis je, dgn keizinan kamu. eh, lupa plak, istana pahang terlibat menyokong hisham ke? tak tahu la pulak. saja jer tanya!!!

Anonymous said...

Amat lah malang menyokong calon yang terbukti gagal menjadi seorang pemimpin yang berkualiti. Adalah berdosa besar kalau silap dalam memilih pemimpin, terutama jika calon yang terbukti gagal, dan mempunyai calon pilihan yang lain.

Anonymous said...

Sokonglah menteri lembik ni....nnt saya bg amaran kat korang. Kenyataan paling bodoh sebagai menteri kdn. Pasal bapuk ni habis ada bersih bersiri pulak mcm drama swasta. Puak2 cai pembangkang maki hamun polis pun bapuk ni bg amaran jugak. Org sembrong mmg bodoh sebab sokong mangkuk ni. Setakat tuan blogger kena peluk dan nyatakan sokongan tuan blogger ke bapuk ni....saya rasa tuan blogger ni dah mabuk kot.

Labu8455 said...

Itu hak anda nak peluk cium siapa pun (selagi dibenarkan undang undang)tapi yang sedihnya dengan sekali saja tercium ketiak Kerismudin anda terus terpukau dan mengigau...nasib oh nasib...

Labu8455 said...

Syabas "Braveheart" - sekurang kurang nya awak berani menunjukan "warna" sebenar awak dan ini lebih memudahkan kami yang mengikuti blog awak untuk memahami tahap mental dan arah tuju perjuangan sebenar awak.

bRAVEhEART said...

Tuan2 yg saya hormati,
Sy menyokong HIshamuddin atas alasan tersendiri, namun bukan bermakna sy tidak menyukai pemimpin lainnya. Zahid sebagaimana semua org tahu sudah pasti akan kekal dn tak perlu dipertikai. Cuma kempen Mukhriz yang seolah2 hanya inginkan tempat Hishamuddin telah membuatkan kempennya tidak berjaya. Mukhriz seolah2 hanya inginkan tempat Hishamuddin, kenapa tidak kempennya untuk mencari mana2 tempat kosong, bahkan cuba menolak Shafir Afdal juga akan lebih baik.. mungkin strategi kempen yang silap.. kepada penjilat2nya... cuba lagi

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...