12 December, 2008

SAJAK KEMBARA HILANG ARAH































(klik disini untuk perihal gambar orang di atas)



SAJAK KEMBARA HILANG ARAH

dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau padang lalang
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.


kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.


bRAVE hEART
Jerantut
12/12/2008

BILA CERITA DIJADIKAN BERITA

Gambar Hiasan: Wajah PDO yang berubah-ubah - macam sesumpah pulak ye?


Nampaknya wartawan PDO tersangat aktif dan rajin menjelajah kesegenap ceruk negeri bagi mendapatkan berita terkini. Selepas di Kampong Kelubi mereka ke Kuala Kecau. Sungguh dedikasi Tuan Shukri nampaknya. Itulah tanggapan yang kita buat jika memandangkan berita yang disiarkan di PDO.

Tetapi kita jangan keliru dengan provokasi ini kerana sebenarnya Tuan Shukri tidak kemana-manapun. Bahkan berita yang dilaporkan hanyalah berasaskan maklumat yang diterima dari ‘toyol-toyolnya’. Gambar-gambarnya juga bukanlah gambar dilokasi sebenar dan antaranya adalah dari gambar-gambar lama.

Sepertimana yang berlaku di Kampong Kelubi, Tuan Shukri tidak datang sendiri ke lokasi bagi mendapatkan berita. Sebaliknya maklumat didapati melalui orang kedua. Kerana itulah berita yang dilaporkan tidak tepat malahan diperbesar-besarkan bagi memburuk-burukkan kerajaan.

Oleh kerana itu penduduk-penduduk terutama di kawasan pedalaman diingatkan supaya jangan lagi memberikan gambar-gambar lama mereka kepada sesiapapun kerana bimbang ianya akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

11 December, 2008

PDO ADA TOYOL BARU ?





Nampaknya PDO dan kuncu-kuncunya semakin agresif kebelakangan ini berikutan perang sarafnya dilaman-laman blog.

Berbagai isu dan cara dilakukan. Dalam blog PDO mereka mengasingkan blog-blog mengikut pertimbangan sendiri. Kerana itu ada blog dikatakan blogger Pengampu, blogger Rakyat, blogger perisik dan sebagainya. Bahkan mereka juga ada kroni dan ini jelas dengan adanya blogger kroni diblog mereka.

(bRAVE hEART dalam kategori blogger pengampu dan blogger perisik - terima kasih PDO) Saya tidak memihak kepada mana-mana tetapi akhirnya terperangkap juga dan dipaksa menyertai satu pihak. Bagaimanapun saya masih berbangga kerana saya masih bebas dalam alam saya sendiri. Saya akan pilih haluan saya apabila saya rasa harus berbuat demikian.

Saya mendapat maklum bahawa penghulu kepada toyol-toyol ini sangat resah sekarang kerana serangan ‘Cyber Tropper’ Dato’ Sharkar. Mulanya mereka cabar dan memperkecilkan ‘Cyber Tropper’ kerana mereka rasa mereka sangat kuat. Sekarang ini mereka rasa sangat tertekan dengan serangbalas dan jadi hilang arah.

Khabarnya (melalui orang dalam) mereka juga sedang berusaha mendapatkan bantuan toyol-toyol baru yang lebih ganas. Kita sedang tunggu dan lihat apa selepas ini. Kita akan dedahkan apabila kita dapat maklumat terbaru nanti. Kepada Tuan Shukri, saya nak ucapankan – JANGAN TIDUR LAGI !

10 December, 2008

51 Tahun Merdeka Tapi Kg Kelubi Masih Ketinggalan zaman ?



















Foto: YB Dato' Sharkar Samsuddin ADUN Lancang yang prihatin kepada masalah penduduk.

Terima kasih kepada Pahang Daily Online kerana sangat-sangat prihatin terhadap pembangunan Negara terutama di negeri Pahang seperti yang dapat kita lihat dalam posting PDO bertajuk 51 Tahun Merdeka Kg Kelubi Ketinggalan zaman.


Kebetulan saya balik dari Kuala Lumpur, teringat akan posting tersebut dan terpanggil untuk melihat kebenaran dakwaan berkenaan. Mulanya saya cadang nak menemui YB Dato’ Sharkar dahulu untuk berkenalan sambil memaklumkan tentang laporan PDO tersebut tetapi oleh kerana saya tidak buat appointment terlebih dahulu maka saya putuskan untuk terus ke lokasi berkenaan.


Memang benar seperti yang PDO laporkan, jalan-jalannya dan keadaan kampongnya adalah tepat seperti yang dilaporkan. Mujurlah saya datang dengan kenderaan pacuan empat roda, jika tidak mungkin saya akan hadapi masalah terutama dalam keadaan cuaca begini.


Saya nak beri pujian kepada PDO kerana pertama kalinya mereka melaporkan kebenaran. Bagaimanapun setelah saya melawat sekitar kampong berkenaan saya rasa sangat kecewa kerana saya telah tertipu dan jadi mangsa provokasi mereka.


Untuk makluman, hanya terdapat empat buah rumah dikawasan berkenaan. Selain itu saya dapati kawasan berkenaan adalah kawasan tanah rendah dan sering berlaku banjir pada musim tengkujuh. Secara kasarnya saya dapat memutusdkan bahawa sekiranya dibina jembatan dikawasan berkenaan ianya tidak akan mengubah keadaan dan tidak memberi apa-apa makna kerana apabila musim hujan tiba kawasan berkenaan akan digenangi air. Saya juga dimaklumkan bahawa peneroka-peneroka berkenaan berasal dari kelantan dan meneroka kawasan berkenaan secara haram. Bagaimanapun atas sikap prihatin kerajaan maka jambatan gantung tersebut dibina bagi membantu penduduk berkenaan yang sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan.


Jadi saya rasa saya faham kenapa tiada pembangunan dikawasan berkenaan. Cuma saya berharap kepada PDO supaya dapat datang sendiri ke kampong berkenaan bukan hanya menggunakan teropong hikmatnya dan meneropong dari jauh. Suka saya ingatklan kepada PDO bahawa dunia sekarang semakin kecil, pembohongan PDO tidak dapat disembunyikan kerana kebenaran akan segera dapat dibuktikan.


SEKANGKANG KERA LAGI HAK MELAYU DIBUMI MELAYU DINAFIKAN



Selepas Pulau Pinang, kini Perak pula mengambil tindakan menukar tanda-tanda jalan kepada papantanda pelbagai bahasa. Tidak cukupkah Bahasa (Melayu) Malaysia sebagai bahasa kebangsaan digunakan selama ini.

Nampaknya kerajaan yang dipimpin oleh DAP memang bersikap rasist dan menguji tindakbalas kaum melayu. Malangnya parti PKR dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa mungkin juga kerana ingin menjaga hati kawan dalam Pakatan Rakyat. Soalnya perjuangan apakah yang mampu mereka lakukan lagi sedangkan memperjuangkan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan pun mereka tidak dapat lakukan.

Apa yang kita bimbangkan adalah parti yang mewakili majoriti bangsa melayu seperti PKR dan PAS dimainkan oleh parti majoriti bangsa cina. Kita berharap parti-parti melayu itu menjadi lebih cerdik dalam berpolitik. (baca disini)

Nampaknya sedikit demi sedikit hak-hak orang melayu telah ditarik dan dinafikan malangnya bangsa melayu masih leka. Apabila bangsa melayu berpecah dan lemah maka bangsa lain akan mengambil kesempatan terhadap kita. (baca disini)

09 December, 2008

SAJAK CARI KEINSAFAN (Buat PDO dan Blogger-blogger Toyol Pembangkang)





Nota: (Foto diatas);

1. DS Najib berdoa untuk kesejahteraan rakyat terutama rakyat negeri Pahang termasuk bloger-bloger Toyol.

2. Dato' Sharkar berharap PDO lebih rasional dalam melaporkan berita.

3 & 4. Bloger-bloger Toyol Pembangkang (PDO) yang berjaya diberkas



SAJAK CARI KEINSAFAN


tatkala kau lepaskan lasykar-lasykarmu

yang kau namakan tentera pembebasan

katamu itu demi menegak kebenaran

demi mencari perpaduan (ummah)

maka selain dari itu dan selain kamu

segalanya adalah isi neraka

tetapi rupanya kamu terlupa

bahawa lasykar-lasykarmu

membunuh yang kau panggil musuh-musuh

adalah saudara-saudaramu sendiri

yang sedang dalam syaf

sambil memegang panji-panji agama allah.


bertaubatlah!

selagi pintu itu masih terbuka

dan kami dari golongan yang kau anggap musuhmu

masih berperkerti dan sudi memaafi

bahkan turut mendoakan buatmu

semoga Allah ampuni dosa-dosa mu

selagi jalan masih ada

selagi pintu taubat masih terbuka.


bRAVE hEART

8/12/2008

Jengka Pusat




08 December, 2008

CERITA CERITI

1. Pahang Daily Online kata blognya diserang hackers. Mungkin dia tuduh ‘Team Cyber Trooper UMNO’. Tetapi ‘Pahang Daily Online’ tak cerita apa-apa tentang orang-orangnya yang serang blog-blog lain – sebab mereka insan terpilih yang dibenarkan Allah melakukan apa sahaja. Jadi saya cadangkan tak payahlah kita lawati blog mereka ni, buang ,masa kita dan mereka pun tak suka blog mereka di LIWATi - pembetulan dilawati. (Ralat - kesilapan yang berlaku bukanlah tidak sengajakan)

Malangnya di blog saya ini, saya tak boleh tulis ikut apa yang orang-orang ‘Pahang Daily Online’ suka nak baca. Jadi kalau rasa tak suka nak baca sila abaikan posting dari blog saya. Gambar menarik ini (seperti tetera disebelah kanan) saya dapat dari blog Mummy Rokiah. Terima kasih Mummy Rokiah. (klik untuk lawat blog beliau). Lihat serta baca dan kemudian sendiri mau ingatla!

2. Musim perayaan ni elok juga lah kita tonton sedikit hiburan. Ini cerita dah lama. Kalau di RTM yang kita kata hampeh tu dah boleh disiarkan dalam siri ‘Retro’ atau ‘Teater Melayu Klasik’, atau kita boleh kata ini ulang tayang kali yang ke-beberapa dah. Bagaimana pun orang-orang UMNO patut sangat tonton, kalau tidak mereka tak akan tahu keburukan pemimpin mereka dulu. Kita dedahkan disini keburukan orang-orang UMNO dulu. (tonton video klik disini)

3. Kepada peminat-peminat poster, disini kita sebarkan super poster dari movie Hollywood terbaru yang pengambarannya dibuat di Kuala Terengganu. Artis-artisnya bertaraf dunia dan ramai peminat. Boleh diframkan dan dipamer diruang tetamu dirumah, atau dalam bilik tidur, atau di ruang pejabat. Tetapi jangan tampal di pokok-pokok kayu atau mana-mana bangunan di Kuala Terengganu nanti orang BN marah, maklumlah ni masa kempen PRK. Bukan apa, takut orang keliru. (klik disini untuk dapatkan poster percuma)


07 December, 2008

ORANG LAIN SEMUA SALAH DAN SATU CERITA DUA MASA

T Shirt @ T shit cadangan untuk ‘Team Cyber Trooper’ yang selalu menyalahkan orang lain. Mungkin warna hitam tidak sesuai. Boleh tukar warna biru laut atau hijau.

Logo cadangan untuk ‘Team Cyber Trooper’ yang selalu menyalahkan orang lain. Baru-baru ini, 'Blog Header' diblog 'Pahang Daily Online' telah ditukar - warna latar biru sudah jadi hijau. Macam sesumpah pulak dah. Apakata ini dimasukkan sekali. Mungkin nampak lebih garang, berwawasan dan kesetiaan kepada pemimpin. Itu hanya cadangan. Tak suka tak payah runsing dan jangan marah-marah.

Borang Soal-Selidik Sokongan. (Baca disini) Nyatakan sokongan anda kepada mereka


1. Melawat (bukan meLIWAT) laman blog Pahang Daily Online, kita masih dihidangkan dengan isu sama; ‘Team Cyber Trooper UMNO’ masih dengan cara sama – memaki hamun dan menyalahkan orang lain. Katanya, Pahang Daily Online telah menyiasat dan meninjau blog-blog ‘Team Cyber Trooper UMNO’ dan katanya tidak telus dalam membenarkan pengunjung memberikan komen. Blog MB diberikan teguran kerana katanya tidak aktif dalam membuat posting / tidak dikemaskini. Blog Pahang Daily, Pak Tam juga dihentam kerana dikatakan mengampu dan menjilat katanya.

Saya jadi tak faham apakah motifnya Pahang Daily Online membuat posting yang sedemikian? Apakah ingin menunjukkan bahawa mereka itu adalah dipihak yang sentiasa benar dengan menyalahkan orang lain? Apakah mereka ini insan yang teristimewa? – the coosen ones? Mereka kata bahawa blog ‘Team Cyber Trooper UMNO’ diujudkan untuk menyerang blog-blog mereka tetapi hakikatnya adalah disebaliknya. Apakah mereka ini juga ‘Team Cyber Trooper PAS/PKR’yang diupah untuk menulis? Kalau begitu, sama saja lah martabat kedua-duanya mereka (Pahang Daily Online dan Pahang Daily - serta kaum kerabatnya)

Sebenarnya itu semua tidak penting bagi saya dan lain-lain blogger yang 'neutral' kerana kami blogger yang berpegang kepada etika – menulis untuk menyampai dan berkongsi maklumat. Saya terfikir, apa kata kita para blogger Pahang adakan satu pertemuan tanpa mengira fahaman politik,bangsa dan agama dengan tujuan berkongsi pengalaman dan memantapkan penulisan kita. Adakah yang berani menyahut cabaran? ( di posting akan datang akan saya perhalusi cadangan ini).


2. Apakah apabila ada kuasa akan membolehkan kita membuat keputusan hanya mengikut kata kita sendiri? Ini satu cerita yang patut kita renungkan;

Cerita 1:
Si ayah duduk di depan pintu rumah dengan meletakkan gelasnya ditengah pintu. Tiba-tiba gelas tersebut terlanggar oleh anaknya yang melalui pintu berkenaan. Maka si ayah pun memarahi anaknya dan berkata; tak nampak ke gelas ayah disini? Si anak hanya mendiamkan diri kerana tak berani derhaka kepada ayahnya.

Cerita 2:
Di hari yang lain, si anak duduk di depan pintu rumah dengan meletakkan gelasnya ditengah pintu. Tiba-tiba gelas tersebut terlanggar oleh ayahnya yang melalui pintu berkenaan. Maka si ayah pun memarahi anaknya dan berkata; mengapa letak gelas disini? tak nampak ke ayah nak lalu disini? Si anak hanya mendiamkan diri kerana tak berani derhaka kepada ayahnya

Cerita lain yang sepertinya adalah:

Cerita 1:
Kita tak menyokong parti ‘U’ kerana mereka berkerjasama dengan orang Cina dan India. Orang-orang ni kafir. Kita berdosa berkerjasama dengan orang kafir.

Cerita 2:
Kita akan berkerjasama dengan orang Cina dan India. Tidak salah berkerjasama dengan orang kafir kerana …..pok pek pok pek…

Sendiri mau ingat lah! (boleh baca sini juga)

Bagaimanapun dihari yang mulia dan berbahagia ini ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua.


04 December, 2008

Cyber war in Pahang begins ?


Saudara,

Itu tajuk posting oleh blogger Small Talk. (baca disini)

Memang banyak terdapat blog-blog yang ditulis oleh bloger-bloger Pahang dan ini merangkumi berbagai topik. Sekurang-kurangnya terdapat hampir 40 blog yang menulis tentang politik sahaja yang dikesan setakat ini. Yang menariknya adalah terdapat seakan ada persaingan dari 3 kumpulan yang cuba menguasai maklumat politik dunia blog di Pahang – iaitu yang pro kerajaan, pro pembangkang dan bebas.

Seakan ada persaingan merebut penguasaan terhadap jenama blog Pahang. Kerana itu kita dapati blog-blog berikut;

pahang blogger

himpunan blog pahang

pahang daily

pahang daily online

pahang news

Mungkin benar ini adalah dari rangsangan YB. Dato’ Sharkar apabila membuat kenyataan akan melantik persara untuk menjadi blogger sehingga pembangkang dalam pahang daily online menganggap bahawa semua penulis-penulis blog sebagai penulis upahan, (baca disini)

Kita tidak bersetuju dengan blogger-blogger yang menggunakan bahasa kasar, kesat dan lucah dalam penulisan. Ini adalah perbuatan tidak bermoral dan kita mengutuk perbuatan sedemikian. Kita percaya tiada pihak yang menyukainya. (baca lagi disini)

Pahang daily online beranggapan bahawa blogger-blogger yang ada sekarang ini adalah dari cyber troope yang diupah untuk menulis, tetapi apakah ini juga benar apabila blog yang pro pembangkang juga turut bercambah dan apakah mereka juga adalah persara dan juga dibayar oleh kerajaan?

Apa yang ingin kita nyatakan disini adalah tiada bloger yang mendapat upah dari apa yang mereka tulis. Setidak-tidaknya saya bercakap mengenai diri saya sendiri. Yang bloger dapat adalah kepuasan dari apa yang mereka tulis apabila dibaca dan diberikan komen oleh pembaca. Jadi saya syorkan kepada pahang daily online supaya jangan cepat melatah atau takut kepada bayang-bayang sendiri. Siapa yang terlebih dahulu menggunakan blog menyebar dakyah dan memburukkan kerajaan? Hentikan sikap lempar batu sembunyi tangan. Dunia Siber adalah dunia yang luas tanpa sempadan. Jangan sempitkan fikiran kita dengan jiwa dan sikap yang jumud.

Pihak mana yang menggunakan kata-kata kesat, dan ketika masih berdiam diri mereka riuh rendah menuduh kita yang melakukannya. Nyatalah bahawa mereka yang membaling batu dan menuduh kita yang melakukannya. Lihat komen dari blog pahang daily online yang saya salinkan dibawah ini;

komen braveheart:

bRAVE hEART said...
Assalamualaikum,
Saya bukan cyber trooper, saya bukan penulis upahan dan saya menulis bukan kerana nama. Saya menulis kerana ingin menyatakan kebenaran. Sila baca semua posting saya. Jangan menuduh sembarangan. Jika ibaratkan hantu, maka saya ini jenis hantu yang tak bertuan.
Lawati (bukan LEWATi) blog saya -
http://braveheart-blogger.blogspot.com

December 4, 2008 6:07 AM

komen dari bloger PKR/PAS:

Jengka said...
Sudahlah brheart...hantu tak bertuan???...hantu jika tak bertuan akan mengacau semua orang termasuk tuannya dulu....ni tidak ... oiii hantu!!!! kuseru namamu Barvehart dengan kalimah Allah lailahaillalah pulanglah ke pangal jalan mu...muga kamu tenag di pusara mu untuk mengadap hari akhirat kelak...puhhhhhhhhhhh...ptui...----dah brvehart dah pulang mengadap tuan dah tak mgaco lagi dh....kkakakakaaa ptui....bangsat betui tak mengaku pegangan politik sendiri...agak2 awok ni hantu islam ke kapir laknatullah...hahaahaahahah sebab utz saya ckap akhir zaman orang islam yang kufur pagi jadi tok lebai petang jadi bangsat.....

December 4, 2008 8:52 AM

komen lain;

jengka 2 said...

Heran?
Ini komen dari Jengka said...
Sudahlah brheart...hantu tak bertuan???...hantu jika tak bertuan akan mengacau semua orang termasuk tuannya dulu....ni tidak ... oiii hantu!!!! kuseru namamu Barvehart dengan kalimah Allah lailahaillalah pulanglah ke pangal jalan mu...muga kamu tenag di pusara mu untuk mengadap hari akhirat kelak...puhhhhhhhhhhh...ptui...----dah brvehart dah pulang mengadap tuan dah tak mgaco lagi dh....kkakakakaaa ptui....bangsat betui tak mengaku pegangan politik sendiri...agak2 awok ni hantu islam ke kapir laknatullah...hahaahaahahah sebab utz saya ckap akhir zaman orang islam yang kufur pagi jadi tok lebai petang jadi bangsat.....

December 4, 2008 8:52 AM

Dalam PAS dan PKR ada juga yang menggunakan kata-kata kesat dan caci maki. Saya tak biasa gunakan perkataan demikian. Mungkin orang-orang PAS dad biasa, saya tak tahu. Tetapi biarlah kita berhemah. Jangan kata dulang paku serpih.Berbicara biarlah berhemah. Kenapa? Takut kepada kebenaran?

December 4, 2008 9:14 AM

Pembaca sekelian mungkin dapat membuat penilaian sendiri dengan adil dan seksama. Siapa melakukannya dan siapa yang menuduh siapa. Saya harap pihak pahang daily online bersikap profesional dalam mengendalikan laman blog mereka, walaupun tidak tertulis peraturan khusus namun etika penulisan harus dihormati.

Ada yang menuduh saya dari kalangan cyber trooper, tetapi lihatlah tulisan saya yang 'menghentam' bukan hanya satu pihak sahaja. Saya hanya ingin menyatakan kebenaran atau apa yang saya rasakan. Maaf, janganlah kerana takutkan cyber trooper UMNO semua orang dianggap cyber trooper, atau janganlah kerana takutkan bayang-bayang daun pisangpun disangka hantu.

Sekian dan salam hormat,
bRAVE hEART

Tahniah PAS Mencipta Sejarah Di Jerantut



JERANTUT 29 November – Satu pertemuan yang dikatakan bersejarah telah dicipta oleh PAS apabila mempertemukan dua orang tokoh dari dua bangsa berlainan agama di atas satu pentas ceramah dalam program Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia. (baca disini)

Tokoh tersebut ialah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Persatuan Hindu Sangam Siva Sri Ramachandran Siva Chariyar. Program yang berlangsung di Kompleks Imam As-Syafie (KIAS), Kg. Temin, Jerantut

Memasuki perkarangan komplek berkenaan kita sangat teruja apabila melepasi gerbang yang dihias indah dengan 2 batang pohon pisang berjantung dan berbuah seakan memasuki kuil hindu.

Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia itu bermula dengan persembahan tarian singa dari persatuan Cina, pertunjukan gendang India dan persembahan nasyid. Menteri Besar Kelantan itu kemudiannya menandatangani plak perasmian bangunan baru KIAS dan dikalungkan dengan bunga malai dan selepang hijau sebagai anugerah penghormatan oleh Siva Sri Ramachandran.

Ceramah umum yang dipengerusikan oleh Abdullah Abdul Karim dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang N. Balasubramaniam. Hadirin terpukau dengan ucapannya apabila beliau membuat kejutan dengan memberi salam kepada muslimin dan muslimat yang hadir.

Lebih memukau lagi adalah apabila Persatuan Hindu Sangam yang selama ini terlibat mempertikaikan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu yoga (baca disini) diberikan penghormatan sedemikian. Nyatalah bahawa demi cita-cita, mereka ini sanggup lakukan apa saja waima menjual maruah bangsa dan agama.

Kita tambah terpukau lagi apabila Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beria-ia benar mencadangkan keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (baca disini)

Apa yang kita bimbangi adalah sikap terlalu bergantung kepada bangsa lain akan membuatkan mereka besar kepala dan menambahkan lagi sikap cauvinis dan rasis mereka. Apabila kita dilihat terlalu mengharap maka mereka akan meminta lebih. (baca disini) Akhirnya kita akan jadi Pak Kadok, parti tak menang kuasa dan Negara tergadai.

02 December, 2008

PENANG - GAGAL KONGSI KUASA

Orang-orang Melayu Penang (Pulau Pinang) dijangka akan berpindah ke Kedah serta menukar kerakyaatan berikutan kemerdekaan negara Penang dari Malaysia .

Penang mendapat status kemerdekaan dari Malaysia dan memohon keanggotaan dari Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan keahlian Bangsa-bangsa Bersatu kepada 193 negara.

Satu pakatan pemerintahan dengan sistem perkongsian kuasa yang diura-urakan akan berlaku diantara parti pemerintah dengan sebuah parti yang berteraskan Islam telah gagal mencapai persefahaman bagi membentuk sebuah kerajaan campuran. Kegagalan itu membuatkan parti berkenaan terpinggir dari kuasa pemerintah.

MAKLUMAT NEGARA REPUBLIK PENANG:

Negara: Penang ( sebutan pening )

Keluasan: 1030 KM persegi

Ibu Negara: George Town City

Tarikh Sertai PBB: 2015

Tarikh Merdeka: 2014 dari Malaysia

Ahli PBB ke: 193

Populasi: 1.5 Juta

Cina: 43.2%

India: 9.9%

Melayu:40.1%

Lain-lain (Bumi):0.38%

(Bukan Bumi): 6.1%

Sistem Pemerintahan: Demokrasi Diktator (Satu Parti)

Parti Pemerintah: Parti Demokrasi Ala Penang (DaP)

Bahasa Pertuturan Resmi: Chinmelish (Cina,India,Melayu dan English)

Tulisan Resmi: Cina,India,Melayu (Roman) dan English

Agama Resmi: Tiada

Mata Wang: Pening Kupang. 1USD = 100PEK

Bendera Resmi:

Logo Resmi:


Ini buka sesuatu yang mustahil berlaku jika kita masih leka dan tidak bersatu. Kita telah berputih mata apabila Singapore (Singapura @ Temasik) mendapatklan hak kemerdekaan daripada Malaysia. Kita melihat kehadapan tetapi dalam masa yang sama harus juga memandang bebelakang.


01 December, 2008

ISU PERKAUMAN DI DEWAN PERLIMEN

Laporan Parlimen siang tadi menyiarkan pertikaman lidah wakil rakyat kerajaan dengan wakil rakyat pembangkang. Isu nya tidak lain dari isu ketuanan melayu yang dah diputarbelitkan oleh DAP dengan mengatakan bahawa ketuanan melayu adalah dengan menjadikan cina sebagai kuli.

Sudah bekali-kali DAP memainkan isu sebegini dan cuba mencabar kesabaran orang melayu. Ibaratkan Israel yang menceroboh palestine sejauh 2KM, kemudian apabila diminta berundur maka mereka berundur sejauh 1KM sahaja. Jadinya mereka mendapat 1KM. Apabila telah membunuh palestine beratus-ratus orang dan palestin baru mahu membalas atau membunuh 10 orang maka mereka akan menuntut gencatan senjata. Mereka ini adalah dari kalangan yang tidak pernah boleh menerima hakikat bahawa mereka harus sekali-sekala mengalami kerugian.

Soalnya sekarang, apakah pendirian PAS dan PKR? Jika PAS dan PKR mendiamkan diri maka yang akan mendapat untung adalah dari kalangan ini. Tidakkah kita melihat apakah kesan nya kepada bangsa dan negara kita kelak? Apa yang berlaku di perlimen tadi akan dijadikan petunjuk kepada mereka itu sejauh mana mereka akan boleh mendapatkan faedah dari ketidak sefahaman bangsa melayu.

Jika kita fahami apa yang berlaku di parlimen tadi, ianya hanyalah apa yang kita panggil perbuatan lempar batu sembunyi tangan. Sampai bila kita mesti mengalah dan bertolak ansur. Apakah wajar Pulau Pinang akan jadi Singapura kedua?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...