12 December, 2008

SAJAK KEMBARA HILANG ARAH































(klik disini untuk perihal gambar orang di atas)



SAJAK KEMBARA HILANG ARAH

dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau padang lalang
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.


kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.


bRAVE hEART
Jerantut
12/12/2008

2 comments:

Anak Pahang Jati said...

Dari Jerantut sampai ke Benta,
Singgah sebentar jumpa Soffi Razak,
Jangan dirayu jangan diminta,
Puak mata satu dalam nazak!

Mengkuang diraut dibuat tikar,
Tikar direndam sehari semalam,
Tidak kalah UMNO kerana PKR,
Melainkan kalau ada musah dari dalam!

bRAVE hEART@blogger.com said...

APJ,
terima kasih pantun yang sangat indah dan dalam maknanya. Inilah budaya melayu sejati, kalau menyindir pun dalam senyum. Teruskan berpantun. Saya cadangkan jadikannya satu koleksi biarpun ianya berasal dari komen-komen. Terima kasih. Kita jumpa di Temerloh atau Kuantan tidak lama lagi.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...