Suara Anak Pahang - Perlu Baca

04 December, 2008

Cyber war in Pahang begins ?


Saudara,

Itu tajuk posting oleh blogger Small Talk. (baca disini)

Memang banyak terdapat blog-blog yang ditulis oleh bloger-bloger Pahang dan ini merangkumi berbagai topik. Sekurang-kurangnya terdapat hampir 40 blog yang menulis tentang politik sahaja yang dikesan setakat ini. Yang menariknya adalah terdapat seakan ada persaingan dari 3 kumpulan yang cuba menguasai maklumat politik dunia blog di Pahang – iaitu yang pro kerajaan, pro pembangkang dan bebas.

Seakan ada persaingan merebut penguasaan terhadap jenama blog Pahang. Kerana itu kita dapati blog-blog berikut;

pahang blogger

himpunan blog pahang

pahang daily

pahang daily online

pahang news

Mungkin benar ini adalah dari rangsangan YB. Dato’ Sharkar apabila membuat kenyataan akan melantik persara untuk menjadi blogger sehingga pembangkang dalam pahang daily online menganggap bahawa semua penulis-penulis blog sebagai penulis upahan, (baca disini)

Kita tidak bersetuju dengan blogger-blogger yang menggunakan bahasa kasar, kesat dan lucah dalam penulisan. Ini adalah perbuatan tidak bermoral dan kita mengutuk perbuatan sedemikian. Kita percaya tiada pihak yang menyukainya. (baca lagi disini)

Pahang daily online beranggapan bahawa blogger-blogger yang ada sekarang ini adalah dari cyber troope yang diupah untuk menulis, tetapi apakah ini juga benar apabila blog yang pro pembangkang juga turut bercambah dan apakah mereka juga adalah persara dan juga dibayar oleh kerajaan?

Apa yang ingin kita nyatakan disini adalah tiada bloger yang mendapat upah dari apa yang mereka tulis. Setidak-tidaknya saya bercakap mengenai diri saya sendiri. Yang bloger dapat adalah kepuasan dari apa yang mereka tulis apabila dibaca dan diberikan komen oleh pembaca. Jadi saya syorkan kepada pahang daily online supaya jangan cepat melatah atau takut kepada bayang-bayang sendiri. Siapa yang terlebih dahulu menggunakan blog menyebar dakyah dan memburukkan kerajaan? Hentikan sikap lempar batu sembunyi tangan. Dunia Siber adalah dunia yang luas tanpa sempadan. Jangan sempitkan fikiran kita dengan jiwa dan sikap yang jumud.

Pihak mana yang menggunakan kata-kata kesat, dan ketika masih berdiam diri mereka riuh rendah menuduh kita yang melakukannya. Nyatalah bahawa mereka yang membaling batu dan menuduh kita yang melakukannya. Lihat komen dari blog pahang daily online yang saya salinkan dibawah ini;

komen braveheart:

bRAVE hEART said...
Assalamualaikum,
Saya bukan cyber trooper, saya bukan penulis upahan dan saya menulis bukan kerana nama. Saya menulis kerana ingin menyatakan kebenaran. Sila baca semua posting saya. Jangan menuduh sembarangan. Jika ibaratkan hantu, maka saya ini jenis hantu yang tak bertuan.
Lawati (bukan LEWATi) blog saya -
http://braveheart-blogger.blogspot.com

December 4, 2008 6:07 AM

komen dari bloger PKR/PAS:

Jengka said...
Sudahlah brheart...hantu tak bertuan???...hantu jika tak bertuan akan mengacau semua orang termasuk tuannya dulu....ni tidak ... oiii hantu!!!! kuseru namamu Barvehart dengan kalimah Allah lailahaillalah pulanglah ke pangal jalan mu...muga kamu tenag di pusara mu untuk mengadap hari akhirat kelak...puhhhhhhhhhhh...ptui...----dah brvehart dah pulang mengadap tuan dah tak mgaco lagi dh....kkakakakaaa ptui....bangsat betui tak mengaku pegangan politik sendiri...agak2 awok ni hantu islam ke kapir laknatullah...hahaahaahahah sebab utz saya ckap akhir zaman orang islam yang kufur pagi jadi tok lebai petang jadi bangsat.....

December 4, 2008 8:52 AM

komen lain;

jengka 2 said...

Heran?
Ini komen dari Jengka said...
Sudahlah brheart...hantu tak bertuan???...hantu jika tak bertuan akan mengacau semua orang termasuk tuannya dulu....ni tidak ... oiii hantu!!!! kuseru namamu Barvehart dengan kalimah Allah lailahaillalah pulanglah ke pangal jalan mu...muga kamu tenag di pusara mu untuk mengadap hari akhirat kelak...puhhhhhhhhhhh...ptui...----dah brvehart dah pulang mengadap tuan dah tak mgaco lagi dh....kkakakakaaa ptui....bangsat betui tak mengaku pegangan politik sendiri...agak2 awok ni hantu islam ke kapir laknatullah...hahaahaahahah sebab utz saya ckap akhir zaman orang islam yang kufur pagi jadi tok lebai petang jadi bangsat.....

December 4, 2008 8:52 AM

Dalam PAS dan PKR ada juga yang menggunakan kata-kata kesat dan caci maki. Saya tak biasa gunakan perkataan demikian. Mungkin orang-orang PAS dad biasa, saya tak tahu. Tetapi biarlah kita berhemah. Jangan kata dulang paku serpih.Berbicara biarlah berhemah. Kenapa? Takut kepada kebenaran?

December 4, 2008 9:14 AM

Pembaca sekelian mungkin dapat membuat penilaian sendiri dengan adil dan seksama. Siapa melakukannya dan siapa yang menuduh siapa. Saya harap pihak pahang daily online bersikap profesional dalam mengendalikan laman blog mereka, walaupun tidak tertulis peraturan khusus namun etika penulisan harus dihormati.

Ada yang menuduh saya dari kalangan cyber trooper, tetapi lihatlah tulisan saya yang 'menghentam' bukan hanya satu pihak sahaja. Saya hanya ingin menyatakan kebenaran atau apa yang saya rasakan. Maaf, janganlah kerana takutkan cyber trooper UMNO semua orang dianggap cyber trooper, atau janganlah kerana takutkan bayang-bayang daun pisangpun disangka hantu.

Sekian dan salam hormat,
bRAVE hEART

1 comment:

Kembara Politik said...

Assalamuaalikum semua.

Jengka mungkin bkn org PAS, mungkin orang PKR kot. Nak cakap berperang, rasanya tak sesuai kot. Lebih kepada penerangan tentang isu yang dimainkan oleh PR.

Tapi sebaiknya tulislah berdasarkan fakta dan bukti. Bukannya menulis tanpa bukti dan fakta. Banyak blog pembangkang yang pakai tabur je fitnah. Bukti tak disertakan pun.

Kebanyakan blog pembangkang hanya tulis semata-mata nak beri persepsi negatif kepada kerajaan. Dalam politik, apa yang penting ialah berupaya mempengaruhi persepsi sudah mencukupi untuk menjatuhkan para pemimpin.Bukti dah jadi perkara tak penting. Itulah yang dibuat oleh blogger pembangkang.

Selamat berblog kepada semua pejuang Pahang.

Waris Mat Kilau,
Kembara Politik, Pahang Bumi Bertuah!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...