12 December, 2008

BILA CERITA DIJADIKAN BERITA

Gambar Hiasan: Wajah PDO yang berubah-ubah - macam sesumpah pulak ye?


Nampaknya wartawan PDO tersangat aktif dan rajin menjelajah kesegenap ceruk negeri bagi mendapatkan berita terkini. Selepas di Kampong Kelubi mereka ke Kuala Kecau. Sungguh dedikasi Tuan Shukri nampaknya. Itulah tanggapan yang kita buat jika memandangkan berita yang disiarkan di PDO.

Tetapi kita jangan keliru dengan provokasi ini kerana sebenarnya Tuan Shukri tidak kemana-manapun. Bahkan berita yang dilaporkan hanyalah berasaskan maklumat yang diterima dari ‘toyol-toyolnya’. Gambar-gambarnya juga bukanlah gambar dilokasi sebenar dan antaranya adalah dari gambar-gambar lama.

Sepertimana yang berlaku di Kampong Kelubi, Tuan Shukri tidak datang sendiri ke lokasi bagi mendapatkan berita. Sebaliknya maklumat didapati melalui orang kedua. Kerana itulah berita yang dilaporkan tidak tepat malahan diperbesar-besarkan bagi memburuk-burukkan kerajaan.

Oleh kerana itu penduduk-penduduk terutama di kawasan pedalaman diingatkan supaya jangan lagi memberikan gambar-gambar lama mereka kepada sesiapapun kerana bimbang ianya akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..saudara!

Tidak dinafikan bahawa setiap cerita lazimnya dijadikan berita. Inilah hakikat yang perlu diterima.

Dalam hal ini, saya cuma ingin menyentuh tulisan saudara berkenaan berita Kuala Kechau. Sebenarnya itu adalah hasil tinjauan saya disana..tiada kena mengena dengan wartawan PDO. Janganlah disebabkan pergeseran saudara dan beberapa rangkaian blog menyebabkan pihak lain turut terlibat sama.

Saya memang akui akhir-akhir ini, beberapa blog baik di pihak kerajaan, pembangkang atau berkecuali di Pahang begitu ghairah dan semakin aktif. Ini satu perkembangan positif.

Sebagai orang lama dalam persuratkhabaran dan anak jati pahang, saya amat berharap kita sama-sama membangunkan negeri Pahang dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Jika sesesuatu isu baik..kita sokong, Andai sebaliknya kita harus memberi komen membina agar isu berkenaan mampu dipertingkatkan....
cuma saya tersentuh perihal saudara tentang isu Kuala Kechau

.@blogger.com said...

Saudara Nakmarahmarahlah,

Terima kasih komen saudara. Pertama sangat beradab tak seperti sebahagian bloger lain tu. Dapat saya akui kesopanan dan ketertiban itu sebahagian dari etika kewartawanan yang saudara miliki.

Saya sedari kebelakangan ini ramai blogger yang tak beretika menulis dan memberikan komen dengan bahasa kasar yang tak memberikan apa-apa keuntungan kepada sesiapa.

Saya sebenarnya tidak tahu menahu mengenai cyber troope tetapi telah dicop sebagai cyber troop hanya kerana tulisan saya yang mungkin condong kepada kerajaan. Tetapi tidakkah itu ertinya kebebasan? menulis berdasarkan pendapat kita? Dan saya serta sesiapapun tidak perlu dan tidak patut menyekat blogger lain untuk menulis tentang apapun.

Kita boleh berbeza pendapat dan boleh berhujah mengenainya tetapi bukan menyalahkan orang lain bila memberikan pendapat berlainan.

Saya setuju jika kita adakan pertemuan antara blogger, tak kira apa bangsa, agama, politik dan kecenderungan penulisan bagi kebaikan dan kemajuan bersama.

Saya secara peribadi tidak menganggap ada apa-apa pergeseran dengan sesiapa dalam dunia blog ini dan sebenarnya saya tidak mengenali sesiapa termasuk mereka dari PDO. Mohon maaf sekiranya posting saya menyinggung saudara dan sesiapa.

Terima kasih juga kerana prihatin dan melawat blog saya.

Anonymous said...

brave heart mohon maaf? maaf! ?@x?@$ maaf! (macam filem p.ramlee)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...