12 November, 2010

KEMANA ARAH ZAID IBRAHIM TUJU?




Blog Rakyat Malaysia memperkatakan soal  Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap DS Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara. Tahniah atas kesedaran Zaid Ibrahim itu namun soalnya kenapa sekarang? Kenapa setelah beliau merasakan bahawa beliau sudah tidak ada tempat dalam PKR baru beliau menyedari akan hal itu? Lupakah beliau sewaktu beliau meninggalkan UMNO dulu kerana mengikut jejak DS Anwar? Apakah janji DS Anwar yang tidak tertunai kepadanya sehingga kini?

Soal DS Anwar tidak layak jadi pemimpin negara sudah semua rakyat Malaysia ketahuinya. Bahkan sewaktu Zaid Ibrahim sendiri masih belum menyedarinya orang lain sudah sedar. Jadi tidak perlulah beliau cuba untuk mengingatkan orang lain, yang beliau perlukan adalah sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa jangan gelojoh dalam politik dan jangan jadikan politik sebagai taruhan dalam mencari kehidupan.

Tun Dr. Mahathir adalah insan yang telah bertanggungjawab mengangkat DS Anwar dalam politik. Beliau adalah insan yang lebih rapat dan lebih banyak mengetahui tentang DS Anwar dan kerana itulah beliau telah mengambil tindakan mengugurkan DS Anwar kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap timbalannya itu. Tetapi kenapa dari saat itu sehingga akhir ini baru kini Zaid Ibrahim menyedarinya?

Saya melihat Zaid Ibrahim sebagai seorang politikus murahan, yang cuba mengambil kesempatan politik untuk mendapat kepentingan peribadinya sendiri sahaja. Tidak lebih dari itu. Beliau juga adalah diantara mereka yang telah membantu memporak perandakan negara dengan apa yang mereka fikirkan dan lakukan atas nama kebebasan bersuara.

Ada terdengar desus desan bahawa Zaid Ibrahim akan menyertai Perkasa dan ada juga pendapat mengatakan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu, walau apa pun dan kemana pun beliau akan pergi, beliau bukanlah orang yang akan berjaya dalam politik, kerana beliau bukanlah dilahirkan sebagai pemimpin.

Baca juga pertikaian antara Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim di blog  Tunku  atau sambil-sambil sendal gigi di blog Husin Lempoyang

2 comments:

Anonymous said...

setuju dgn artikel ni, zaid tak ada aura yg kuat dlm politik, malangnya dia terperasan yg amat sangat yg dia terlalu bagus dan amat layak jadi pemimpin, lagi satu sikap rakusnya juga memakan diri dari dlm umno hingga ke dlm pkr dia perlu belajar berpolitik dari bawah dan menghormati,memahami pemikiran pendokong2 parti yg disertai sebagai ahli baru.
Dia menyusahkan diri menubuhkan parti baru tapi tu yg terbaik utk dia krn semua kena bermula dari bawah ini tidak org lain bersusah-payah membina parti dan berjaya dia dtg terus nak duduk kat atas je.

anak-pahang said...

Saya berpendapat bahawa tidak ada tempat untuk orang politik seperti beliau kerana beliau tidak ada pendirian tetap dalam politik dan beliau sebenarnya tidak ada apa yang hendak diperjuangkan. Mungkin benar seperti yang dikatakan bahawa beliau hanya perjuangkan kepentingan peribadinya sendiri saja, maka apabila beliau tidak mendapat apa yang dikehendakinya maka dia akan berubah arah. Bagaimana senangnya dia berubah dari UMNO kepada PKR, begitu juga dia meninggalkan PKR kepada apa-apa pun. Saya juga setuju bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin kerana tidak terlihat auranya dan beliau tidak ada pun wawasan dalam perjuangannya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...