30 November, 2010

PAS SUDAH TERSESAT - NIK AZIZ DIHERDIK


Nik Aziz sudah terpesong jauh sehingga bekas rakannya dahulu 
berani mengherdiknya dan minta kembali kejalan yang benar.


Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che' Mat minta ilmuan serta bijak pandai agama Pakatan Pembangkang khususnya Pas menasihati kepimpinan Pakatan itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al Quran supaya tidak dijadikan bahan mainan.

Tan Sri Haussani Zakaria, Mufti Perak  berkata pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat suci al Quran untuk kepentingan politik kerana ia menghina umat Islam.

EExco Pemuda Malaysia, Nazir Hussin Akhtar minta pemimpin Islam daripada PKR tidak memperalatkan ayat-ayat al Quran demi tujuan politik.

(Utusan Malaysia, Nov30, 2010)



Mungkin tidak perlu mendesak kepimpinan Pas untuk halang mana-mana pihak mengguna dan mentafsir ayat-ayat suci Al-Quran kerana mereka sebenarnya tiada ‘ulama Islam’ yang ada hanya ulama politik’.

Berdasarkan beberapa kes, mereka bela tidak kira  sesiapa yang guna ayat Al-Quran asal sejajar dengan aliran perjuangan mereka. Mereka sendiripun guna ayat-ayat Al-Quran tafsir mengikut kepentingan mereka.

Pas akan menggunakan apa sahaja untuk tujuan politik termasuk kalimah Allah yang mereka sanggup korbankan untuk digunakan oleh agama lain. Mereka melabelkan umat Islam yang bukan datang dari kelompok mereka sebagai jahil dan beku serta tiada inisiatif dakwah jika menghalang bukan Islam menggunakan ayat-ayat dari kitab suci.

Andai kalimah syahadat itu dalam bentuk barangan, sudah pasti mereka tukarkan akan sanggup tukarkan dengan undi sekiranya itu kehendak bukan Islam.

Semangat dan roh 'Dajjal' sudah menguasai umat Islam diMalaysia. Tidak payahlah desak mereka kerana bukan mudah untuk mengubah ketentuan Allah melainkan berdoa agar mereka berpaling dari kesesatan. 

3 comments:

Wake UP! said...

Kejadian 2 imam dalam 1 masjid takkan berlaku tanpa hasutan dari PAS.

Anonymous said...

stuju Pas sudah benar-benar sesat jangan hiraulah sangat.

bRAVEhEART said...

Tiba masanya Ulamak Pas sudah tiddak dihormati sehingga ada yang sudah berani mencabar dan mencacinya, dan Nik Aziz nampak bodoh dalam situasi itu. Kita seru kepada penyokong Pas supaya sedar bahawa Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...