2 pemimpin yang sanggup mempergunakan apa saja untuk kepentingan diri sendiri
Kerusi pun tidak sanggup mendengar pembohongan PKR dalam Kongress mereka
DS Dr. Wan Azizah tanpa rasa malu, tetapi dalam kemalu-maluan telah dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR menyatakan bahawa DS Anwar adalah pemimpin Malaysia anugerah Tuhan. Kita tidak dapat menafikan bahawa sesiapapun anak manusia yang lahir ke bumi manusia ini adalah anugerah Tuhan. Cuma sebagai pemimpin Malaysia, DS Anwar bukanlah satu anugerah.
Sejarah telah mencatatkan bahawa DS Anwar telah lahir sebagai seorang perusuh jalanan. Beliau dikenali sebagai pemimpin mahasiswa yang selalu melakukan kekeceoah dengan mengetuai berbagai demonstrasi jalanan menentang kerajaan.
Tun Dr, Mahathir telah 'mengutip' DS Anwar dari jalanan dan mengilapnya untuk dijadikan permata. Beliau diasuh dan ditatang bagai minyak yang penuh. Beliau diberikan laluan mudah dari menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sehinggalah beliau sampai ketempat yang sangat hampir untuk menjadi pemimpin utama UMNO seterusnya sebagai PM Malaysia.
Bagaimanapun, Tuhan menganugerahkan Tun Dr. Mahathir fikiran yang telus, mampu menilai antara kaca dan permata. Allah juga masih sayangkan negara Malaysia ini serta rakyatnya dan agamanya, maka ditunjukkanlah segala keburukan yang selama ini dapat diselindungi oleh orang yang bercita-cita besar ini. Maka dibukakanlah aibnya sejelas-jelasnya, dan kita bersyukur apabila menyedari bahawa tidakan Tun Dr. Mahathir menghumbankannya semula kejalanan adalah sesuatu tindakan yang sangat wajar. Kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan ada berlakunya perbuatan liwat dan kemasukkan dalam perbicaraan kes liwat DS Anwar itu.
Sama ada mahkamah mendapatinya bersalah atau tidak sudah bukan satu persoalan lagi, tetapi dari segi moralnya DS Anwar adalah sudah tidak bermaruah sama sekali dan tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin di negara kita yang agama resminya adalah agama Islam.
Justru, apabila DS Dr. Wan Azizah membaca teks ucapan yang menyebut DS Anwar sebagai anugerah Allah, kita menyedari bahawa beliau hanyalah seorang Presiden hanya sebagai 'tunggul kayu' semata-mata, yang hanya menyatakan apa yang orang mahu dia menyatakannya.
Namun kita turut kecewa dengan kenyataan pemimpin Pas yang turut memperakui bahawa DS Anwar adalah anugerah Tuhan. Kenyataan Nik Aziz sangat mengelirukan sesetengah orang. Namun bagi mereka yang sudah biasa dalam membaca tingkahlaku dan arus pemikiran Nik Aziz, perkara demikian bukanlah sesuatu yang mengejutan. Kerana sebelum ini, Nik Aziz dan parti Pas sudah banyak kali mempersendakan Allah dan kalimah Allah.
Saya melihat bahawa politik Malaysia semakin mencabar dan mendambakan pengetahuan dan pemikiran rakyat yang lebih bijak. Rakyat mesti lebih waspada terhadap semua pemimpin politik kerana wajah mereka semua bukanlah wajah sebenar. Mereka boleh datang dengan berbagai wajah dengan mengenakan topeng-topeng yang berbeza di pada setiap ketika yang berlainan. Tidak kita parti apa yang mereka wakili dan tidak kira wajah siapa yang mereka gunakan, sama ada sebagai pejuang hak kebebasan bersuara, keadilan bahkan sebagai pemimpin yang perjuangkan agama, mereka tetaplah seorang ahli politik yang mesti sentiasa dicurigai setiap ucapan yang mereka lafazkan.
Pas bukanlah Islam dan Islam bukan juga Pas.
2 comments:
anwar sekarang boleh mencapai status dewa hahaha
salam,
tuhan lain kot .... bila ostat india bukan beragama islam memberi tafsiran Al Quran dan dikatakan betul. mungkin tuhan lain la yg dimaksudkan tu.... n.ajis yg beragama pas pun sokong anugerah tuhan. mungkin tuhan pas la, pasal dah kompem masuk sorga (pangkah pas). kita tak payah la kalut sangat, org biasa nampak macam nak lenyek sangat pada hal yg dok kata pun serupa. kita kena bersihkan kita juga dan pastikan hati kita juga bersih dan kepala kita turut bersih. jangan ingat wang sahaja.
Post a Comment