Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 November, 2010

PRK GALAS - SEMBANG PUTERI UMNO GUA MUSANG

Nik Nora Hiryani, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gua Musang.



Petang semalam saya berkesempatan bersembang dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Gua Musang Cik Nik Nora Hiryani b Nik Mohd Yusof. Berikut temubuial santai antara BH dengan Nik Nora. 

Tempat: Restoran Tasik, berhampiran IPD Gua Musang.
Tarikh /Masa: 31hb.Okktober, 2010 / 8.00 Malam



BH: Nik Nora, sejak bila menyandang jawatan Ketua Puteri Bahagian?

NN: Sejak peringkat penajaan lagi, iaitu tahun 2000.

BH: PRK Galas, apa pandangan Nora peluang UMNO / BN untuk menang?

NN: Peluang untuk menang cerah. Peratusannya bertambah dan respon dari pengundi sangat menggalakan. Mereka yang selama ini bersikap pasif nampaknya sudah menunjukkan perubahan dengan melibatkan diri dalam banyak program dan ceramah yang dianjurkan. Kerana itu kita sangat yakin mereka sudah berubah dan memberikan sokongan kepada calon UMNO / BN.

BH: Ada cakap-cakap mengatakan Ketua Pemuda tidak menyokong calon bahkan enggan berkerjasama dengan parti dalam berkempen, apa kenyataan Nora?

NN: Itu hanya cakap kosong saja. Itu usaha pihak yang ingin melemahkan jentera kempen parti. Buka setakat Ketua Pemuda, bahkan Wanita dan Puteri juga diberitakan sebagai tidak berkerjasama dalam kempen parti, tetapi hakikatnya semua pihak dan sayap-sayap UMNO memberikan komitmen yang tinggi kepda calon dan parti.

BH: Saya berkesempatan menggabungkan diri dalam ceramah-ceramah anjuran Pas dan mendapati sambutannya sangat kurang berbanding semasa PRU dahulu. Apa komen Nora?

NN: Ramai beranggapan begitu. Mungkin rakyat sudah semakin hilang kepercayaan kepada Gabungan Pakatan Rakyat ini khususnya kepada Pas terutama dari kalangan pengundi muda. Mereka inginkan pembangunan dan peningkatan tahap ekonomi untuk dapat bersama-sama mengecapi perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat.

BH: Pengundi muda, apa usaha Puteri dalam menarik sokongan mereka?

NN: Kita sedar pengundi muda semakin bertambah dan pandangan mereka terhadap politik juga berbeza, bukan konservatif. Mereka inginkan kemajuan dan pembangunan. Mereka ingin bersama menikmati kemajuan ekonomi. Hakikatnya mereka inginkan perubahan fisikal dan Pas dilihat gagal memberikan semua ini sehinggakan mereka terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari penghidupan. Lebih banyak pengundi muda dibawa balik untuk mengundi bermakna akan lebih banyak pertambahan undi akan kita dapati kelak. Pada saya, pengundi muda adalah penyokong kerajaan dan UMNO / BN. Puteri memang mensasarkan pengundi muda dalam kempen dan gerakkerja, dan responnya sangat membanggakan. Golongan muda lebih banyak mengunakan IT jadi kami dedahkan mereka dengan laman-laman blog menyokong kerajaan untuk bersama berkongsi pandangan politik dari beberapa sudut.

BH: Difahamkan juga sepanjang kempen kali ini Pas sudah dikira kalah dari peringkat awal kerana mereka ketiadaan isu.

NN:  Memang kali ini banyak pihak berpandangan begitu, Pas ketandusan isu. Apabila mereka jadikan isu calon UMNO tidak berkelulusan, mereka juga dibalas terutama oleh pihak blogger tentang Naib Presiden Mereka yang juga tidak berkelulusan, akhirnya mereka seperti meludah ke langit!

BH: Terima kasih Nora. Bersamalah kita berdoa agar calon UMNO / BN akan mendapat kemenangan besar dalam pemilihan pada 4hb. nanti.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...