Sebersih manapun demonstrasi jika melibatkan bilangan yang ramai, ianya akan sukar dikawal
dan rusuhan akan mudah terjadi tanpa dapat dibendung
Inilah akibat dari rusuhan pada 13 mei dahulu - jiwa yang jadi korban
Apakah berbaloi rusuhan itu untuk ini? Kahkahkah!!!
Dari blog sahabat saya, Taiping Mali, menulis tentang PM digesa oleh pihak pembangkang (Pas) untuk menyediakan stadium sebagai tempat mereka mengadakan demonstrasi Bersih.
DS Najib mengemukan cadangan sedemikian sejak awal lagi namun pihak penganjur, termasuk Ambiga dan Pas menolak cadangan itu mentah-mentah dan berkeras untuk mengadakannya secara terbuka yang akan mengakibatkan rusuhan.
Setelah pertemuan Ambiga dengan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapat nasihat dari Agong supaya mengadakannya ditempat tertutup (stadium) maka kini mereka mendesak PM untuk menyediakan mereka stadium pula. Moralnya adalah mereka akan mendesak, mendesak dan mendesak! Menyalahkan kerajaan itu dan ini, menyalahkan menteri dan orang lain itu dan ini. Namun mereka lupa untuk melihat diri mereka sendiri dan menyalahkan diri sendiri.
Saya percaya, dalam masa yang tinggal sedikit ini, jikapun kerajaan dan PM akur untuk menunaikan desakan Bersih itu beberapa kemungkinan mungkin berlaku. Bagaimana jika stadium yang dikehendaki itu sudah lebih awal ditempah oleh orang lain? Sudah tentu pihak ini akan tetap juga mendesak dan memberikan alasan bahawa kerajaan sengaja atau sebaliknya. Kerana kita tahu tugas mereka bukanlah terlalu susah, kerana kerja mereka hanyalah mendesak untuk itu dan ini.
Untuk sekali ini, saya berharap kepada kerajaan dan PM agar bersikap lebih berani dan menolak sebarang desakan bagi mengangkat kembali maruah kerajaan. Abaikan mereka dan biarkan mereka. Tentang mereka habis-habisan. Demokrasi bukan bermakna kita harus menerima sebarang desakan yang kununnya mewakili kehendak ramai, sedangkan lebih ramai yang mendiamkan diri tetapi menentang kehendak mereka itu.
Khabarnya pertemuan Ambiga dengan Yang Di-Pertuan Agong diuruskan oleh seorang bekas pemimpin (Klik Sini). Sepatutnya beliau tidak lagi campurtangan dalam hal-hal yang melibatkan kerajaan. Zamannya sudah berlalu. Sudah banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh sentuhan-sentuhannya. Beliau sudah gagal dan sebaiknya hanya berdiam diri. Inilah hasil kekebasan yang ingin dilihatnya.....kerosakan yang lebih besar kepada negara, atas nama demokrasi!
Nota: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan atau rusuhan ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Sebaliknya Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menjelaskan, perintah awam di negara ini terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab polis dan bukannya Bersih.
Nota: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan atau rusuhan ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Sebaliknya Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menjelaskan, perintah awam di negara ini terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab polis dan bukannya Bersih.
3 comments:
CUKUPLAH WAHAI WAK DOL. KAMU SUDAH CUKUP MEMUSNAHKAN MALAYSIA INI YANG DIBINA DENGAM AMAN SELAMA 50 TAHUN LEBIH.
DALAM MASA TAK SAMPAI 6 TAHUN SAHAJA KEAMANAN MALAYSIA KINI SUDAH PUNAH.
ANAK CUCU KITA AKAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MEMULIHKAN KEAMANAN KEPADA ERA TUN M.
Gunakanlah akal yg Allah kurniakan sebaik-baiknya wahai badigol, ini kempen bersih supaya SPR memulihkan sistem pilihanraya wahai badigol, bukan paksa kerajaan turun macam dimesir, tunisia dan libya tu wahai badigol woi, ada bersih suruh najib letak jawatan ke badigol woi? yg aku tau dulu puak mu la yg hentam pak lah, paksa dia turun dari jadi PM, ini hanya tuntutan supaya sistem pilihanraya lebih adil untuk semua parti yg bertanding, itu saja badigol woi, letakkanlah akal tu ditempat yg tinggi, kerana ia membezakan antara insan dan binatang (haiwan).
kuchingmaru,
lu tarak baca sama tarak tengok itu klip video bawah sana ka badigol?tarak tau ka apa orang suda tipu sama lu ka badigol? lu bodo punya orang memang tarak otak punya badigol, ini makan taik punya badigol lah badigol...
Post a Comment