11 October, 2011

SUSAHNYA MENEGUR PEMIMPIN

Mami Ijat Ketua yang pilih oleh Wanita UMNO,
dilantik Senator tetapi di Lembah Pantai menerima kekalaham memalukan.



1. Saya menulis menegur seseorang pemimpin di negeri saya sendiri bukan kerana niat untuk menjatuhkan seseorang serta menaikkan seseorang lain, tetapi adalah satu teguran ikhlas berdasarkan apa yang saya dengar dan perhatikan. Bukan mudah untuk menegur pemimpin kerana mereka selalunya lupa bahawa mereka disokong oleh orang-orang bawah untuk boleh berada diatas sana. Jika kita menegur dengan nada biasa tentu saja teguran kita tidak akan diendahkan kerana mereka merasa mereka berkuasa. Yang penting teguran saya itu sudah dapat didengari mereka. Berikutan teguran itu, saya menerima beberapa email, sms serta komen dari banyak pihak. Ada pro dan kontra. Ini juga adalah keadaan biasa dan sangat wajar.

2. Pandangan rakyat terhadap UMNO masih buruk, mungkin kebanyakan pemimpin tidak menyedarinya kerana mereka berada didalam kelompok mereka sendiri saja, justeru mereka hanya mendengar yang baik-baik dan yang mereka ingin dengari saja. Ada pemimpin yang memiliki akaun fb tetapi sahabat-sahabat mereka adalah tukang-tukang kipas mereka sendiri lalu mereka tidak mendengar bahawa diluar sana ada 'gelora' yang melanda dan protes rakyat terhadap para pemimpin seperti mereka.

3. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang saya teguri dan telah mendengar teguran dari saya, seperti saya katakan tadi niatnya baik cuma mungkin caranya kasar sedikit. Saya juga harap akan ada perubahan selepas ini dan tidak lagi berlaku 'politiking' terlampau didalam parti yang akan melemahkan parti. Sudah tentu ramai tokoh politik mempraktikan teori 'pecah dan perintah' demi untuk terus kekal berkuasa, namun jika sangat keterlaluan sehingga terlalu berpecah-pecah dan kehilangan pengikut, siapa lagi yang akan mereka perintah kelak? Kita harus akui penyakit UMNO ini sudah sangat kronik dan menjalar diakar umbi menyebabkan UMNO semakin mengecil dan ketiadaan ahli.

4. Terima kasih juga kepada Setpol Kak Ijat yang juga membaca tulisan ini. Kak Ijat mesti selalu diingatkan bahawa sejarah akan berulang bahawa apa yang kita lakukan kepada sesiapa hari ini akan dibalas semula oleh orang kepada kita dimasa depan. Justeru, rapatkanlah barisan dalam Wanita juga diperingkat negeri untuk sama-sama perkukuhkan UMNO kerana jika UMNO rebah pemimpin UMNO juga akan turut rebah. Saya sayangkan Kak Ijat, saya juga sayangkan KWP, tetapi saya sayangkan UMNO lebih dari mereka! Wanita Pahang akan lebih mantap jika semua pemimpin dapat bersatu dan tidak berlaku sebarang 'cas keting'.


9 comments:

Mr Paktam said...

teguran ikhlas lagi bersih..

bRAVEhEART said...

Salam Mr. Paktam,
mungkin teguran ini tiada siapa yg akan peduli tetapi setidak2nya sy sudah berpuas hati kerana melakukan sesuatu utk memperbetulkan, selebihnya kita berserah kepada Allah. Cuma pemimpin jangan salahkan takdir dan rakyat jika menolak mereka nanti

Buntat said...

Tahniah BH. Ini adalah satu peringatan kepada Pemimpin yang amat mulia. Cuma Mereka-mereka ni tak nak berubah terutama SIKAP DIRI SENDIRI. Kadang2 mereka ni tak nak turun padang berkala, kalau turun pun pilih2 aja. Lagi satu masih meharapkan orang lain bagi pihaknya. Ini dah menjadi BUDAYA dari dulu lagi. Disini saya nasihat supaya BERUBAH mulai dari sekarang untuk menangi hati-hati mereka yang menyokong kita. Jangan fikirkan menjaga orang yang dikeliling sahaja. Cuba FIKIR-FIKIR yang terbaik

oldman said...

ada lah tangung jawab kita menegur mana pemimpin yg masih bermimpi walau pun dah terjaga,yg masih syok sendiri..sayangkan UMNO tetapi menyampah, ada kalanya mual dengan pemimpin nya. tidak dinafikan ada yg bekeje keras menbantu rakyat tetapi malangnya 'pebantu khas'atau 'pegawai khas' yg dilantik dari jenis HAPRAK lagak lebeh dari YB.ini kena di beri perhatian gak.usaha lah asyik nak menuding jari bila UMNO merosot di mata rakyat akar umbi tak patriotik,tak bejuang tak itu tak ini..akar umbi jua dipersalahkan. yg membawa penyakit patut dari awal ketepikan atau dibuang terus supaya barah tidak merebak melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO hanya tingal dalam kenangan.

Anonymous said...

Dia org nie dah giler kuasa...kaya.kaya dahhh...rm xder masalah...yg menjadi masalah nyerrr rakyatt jerrr.....dsh kalah xpayah lahhh uat muka 10sen pecen jerrrr lahhhhhhhh....dasar muka xtau malu...punya mamakkkk....

Anonymous said...

Ketua Wanita Negeri mesti bertaubat dan berubah, jangan lagi mengadudomba ketua-ketua wanita bahagian, Dato' Maznah adun Muadzam dan dato' shahaniza adun kuala sentol jangan dipinggirkan, umno Pahang juga akan rugi nanti. Bersihkanlah hati, saya harap BH akan terus membongkar apa yang dilakukan sekiranya dia masih tidak berubah, saya boleh bantu memberikan maklumat apa yang berlaku ditemerloh

Anonymous said...

Teguran yang sangat ikhlas. Namun adakah para pemimpin UMNO yang bangsat semua itu dapat menerima teguran ikhlas begini?.Memang pemimpin UMNO bangsat sebangsat bangsatnya.Dan memang UMNO sudash terlalu parah kerana pemimpinnya yang bangsat

Anonymous said...

Memanglah Shahrizat muka 10 sen sebab tulah dia buat muka tebai. Kelebehannya pandai sangat mengampu...pasai itulah dia naik. Pandai main dengan orang atas untuk nak naik . Dulu masa mahatir pandai puji2 melanggit. Dalam masa yang sama main dengan anuar ibrahim, walaupun ketika itu mahatir dah tak ngam dengan anuar. Tapi dia tinggaikan anuar bila kawan tu kena pecat. Bila mahatir turun dia bergayut pulok kat pak Lah muka tidor.... itu pasai dapat jadi menteri walaupun kalah di kawasan parlimen. Rafidah yang menang ..Pak Lah gugurkan dan bila najib naik...apa lagi main sandiwara politik konon sibuk berkerja tapi tak nampak apa2..yang nampak mengampu dan mengikut buntot najib kesana kemari ..buat2 sibuk. Maklumlah mamak pandai mengampu kerja turun kepadang tak nampak. Shahrizat bukan Ketua Wanita Malaysia yang akar umbi (grassroot). Dia tak boleh duduk bersama dengan wanita2 akar umbi berkempen di merata kampong .. dia tak tinggai pun dalam rumah di kampong bersama dengan wanita2 marhaen yang lain dan tidor atas lantai dan berkampong bersama sama dengan ketua2 wanita bahagian yang lain. Yang kita nampok dia asyik mengejar dan menampakkan diri bila orang besor2 turun padang atau lawatan ke tempat2 pilihanraya macam kerdau tinggai di hotel2 dan reshouse bukan turun padang ke kampong2. Dah memang betoi muka 10 sen dan mana dia malu pasai dia ingat orang suka dia macam artist bollywood. Parah kita kalau nak menang di pahang kalau ketua sibuk kebenda lain dan bukan untuk mencari jalan macamana nak dapat semula negeri yang kalah ke BN. Hanya Allah saja yang tau!!!

hitch said...

bagus bro....aku dah lama komen tentang pasal makcik sorg ni....!dlm mana2 blog yg paparkan kesah lembah pntai atau sharizat..aku mesti x tinggal bagi komen...!byk kawan2 aku menyampah dgn dia ni dan anak dia....bukan dgn UMNO.!dulu kes yg paling mendapat perhatian adalah bila anak dia naik kaduk menyuruh DBKL bersihkan peniaga2 ditepi jalan dikawasan bukit angkasa.apabila berita ni tersebar pada peniaga2 disitu...ramai yg naik angin.!Bila buat bantahan pada sharizat....dia buak x tau jea...malah jika dilihat skrg ni dah byk kedai2 tepi jalan dah kena roboh.....
MMg betol peniaga2 ditepi jalan tu menyebabkan kesesakan jalan..tetapi apa salahnya tegur dgn cara yg elok...ni tidak..anaknya yg pulak berlebih2.....tu sbb pada PRU lepas ramai yg undi izzah.....bukan kerana izzah popular.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...