21 November, 2011

KONVESYEN MEDIA SOSIAL - MERAPATKAN SAF SIBER TROOPER PRO KERAJAAN






1. Semalam, 'Konvesyen Media Sosial 1Malaysia' yang menghimpunkan pengamal media sosial pro BN telah berlangsung di PWTC. Hampir 2000 terdiri dari berbagai kaum telah hadir dan menyertainya sebagai tanda sokongan kepada BN.

2. Pada suatu masa, Sayed Munawar (Moderator) dan Norbisha (Ahli Panel) melontarkan soalan serupa; 'Apakah pemimpin sudah menyedari kepentingan dan peranan media sosial' ? Jauh disudut yang terpencil saya menjawab didalam hati...'Ya! Mereka kata mereka sedar tetapi sebahagaiannya tidak! Ya! Mereka sedar tetapi kebanyakan dari mereka tidak melakukan apa-apa!

3. Ketika PM hadir...beliau diberikan sanjungan yang hebat...2000 peserta dengan penuh semangat meraikannya. Tetapi ini bukan gambaran sebenar populariti beliau kerana ini hanya sebahagian kecil dari rakyat negara dan mereka ini semuanya adalah pro kerajaan, mereka tidak akan hadir jika bukan kerana menyokong kerajaan. Menang di gelanggang ini bukan bererti akan menang di PRU nanti!

4. Dalam ucapan PM menghargai sokongan terhadapnya, beliau menganggap pengamal media sosial sebagai bala tentera yang berjuang di alam siber untuk pertahankan kerajaan. Ketika beliau menanya hadirin apakah mereka semua lengkap bersenjata dan mempunyai; Laptop? Galaxy Tab? Blackberry? ...jawapan yang saya dengar disekeliling adalah; Tidak!....Tidak!...Tidak!....

5. Saya dan sahabat bertanya-tanya, mungkinkah senjata dan peluru yang dibekalkan gugur ditempat yang salah?  (Baca DET, GAP, MPP, BY, BY)

6. Media Sosial telah meledak dan menjadi satu revolusi, bukan saja kepada peranan sebagai penyampai dan penyebar berita malahan berjaya mengerakan revolusi rakyat dibeberapa negara yang akhirnya menyaksikan keruntuhan pemerintahan negara berkenaan. 'Maknanya', jika kita tidak memandu ledakan ini dengan baik dan hati-hati, maka tidak mustahil ianya akan memberikan kesan negatif kepada kepimpinan dan negara.

7. PM telah dengan beraninya turun ke Konvesyen sebagai seorang 'leader', untuk menjadi 'Komandan' kepada sibertropper ini. yang selama ini kita tidak menghargainya dan tidak menyedari bahawa kita sudah sekian lama ada barisan pejuang yang ingin dan ikhlas untuk pertahankan negara dan kepimpinan.

8. Saya mendengar bisikan dari kawan-kawan; untuk berjuang dan untuk pertahankan 'mereka', apakah senjata kita? Kita hanya ada satu peluru.....yang apabila kita tembak, maka kita akan terpaksa memohon peluru yang baru...., tidak ramai pemimpin yang mengerti terutama kepada mereka yang 'buta hati'.

9. 'Perjuangan ini' saya ikhlaskan untuk sahabat-sahabat saya semua, yang langsung tidak disenaraikan hatta  sebagai 'wira yang tak didendang'! Perjuangan kami didalam BPN sudah dapat menyedarkan pemimpin, kami sudah merintis laluan...tiba giliran saya meminggir...saya kepenatan dan ingin berhenti disini. Bagi mereka yang berjiwa kecil dan bercita-cita kecil, perjuangan sudah berakhir! Jika ini satu perjuangan, tinggalkanlah satu peluru........ untuk dijadikan batu nesan!


5 comments:

Anonymous said...

Biarkan bangsat bangsat pemimpin UMNO yang mentekdarah duit rakyat yg bekerja untuk memenangkan UMNO.Aku peduli apa UMNO menang ke mkalah ke aku tetap seperti ini juga.Biar lah org yg kuat makan tu yg bekerja.Kenapa bila nak kalah baru ingatkan rakyat? masa menang depa aje yg mentekdarah?

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam sdraku Braveheart.
Tersentuh membaca N3 ini..
Mgkn saya faham apa yg mungkin tk ramai faham siratan artikel ini.

Sbb itu saya memilih untuk tidak angguk dan geleng sekadar nak membodek pemimpin.

Salam perjuangan

Anonymous said...

Rujuk;
http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/program-syok-sendiri-bn.html#comment-form

Kutukandewata said...

Salam bro,
analisis yang tepat.Rumah mereka bergegar maka kita di suruh mendepakan tangan menahan agar tidak runtuh.sedangkan kayu penyangga,dan peralatan yang lain-lain tidak dibekalkan.
tidak mampu tangan kita menahannya.selama mana mampu tangan kita menyangganya dengan kudrat sedikit yang kita ada sedangkan mereka bersenang-lenang makan minum bermewah-mewahan sambil bergelak ketawa bersama anak bini.Biarkan lah mereka leka dengan apa yang mereka ada.

Dan kita selagi terdaya kita bertahan,hilang upaya kita terpaksa melepaskan sanggaan tersebut.kerana kemampuan kita amat terbatas.

bRAVEhEART said...

Salam,

1. Terima kasih Kutukan Dewata,jika ini satu kebenaran, maka yang saya perjuangkan ini adalah untuk kita semua.

2. APA,Alhamdulillah bila sdr dan ada yg lain juga faham. Jika inilah satu perjuangan maka perjuangan ini adalah utk sahabat2 kita semua, untuk saya sudah berakhir atau saya mungkin perlu berubah arah!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...