Suara Anak Pahang - Perlu Baca

14 March, 2013

BENDERA BN DI PEJABAT PKR?

Panji-panji BN nampak gah dan gagah diatas bendera Pas dan PKR.


Beberapa hari lalu Temerloh dikejutkan apabila ada pencacai Pakatan yang nakal meletakkan bendera PKR di bangunan UMNO lama di Temerloh. Walaupun bangunan itu sudah lama tidak digunakan kerana UMNO Bahagian Temerloh sudah berpindah ke Mentakab, namun perbuatan pencacai itu adalah tidak wajar kerana bangunan berkenaan adalah milik persendirian. Mereka tidak ada hak sama sekali bahkan dianggap menceroboh apabila meletakkan bendera mereka dibangunan berkenaan tanpa kebenaran.

Perbuatan tersebut dianggap sebagai tindakan provokatif terhadap 20 ribu orang ahli-ahli UMNO Bahagian Temerloh yang akhirnya telah melalukan tindakan balas dengan meletakkan bendera BN dibangunan Pejabat PKR Cabang Temerloh. Tindakan berani para pemuda UMNO tersebut sepatutnya boleh diambil sebagai amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan cuba memulakan sebarang rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Tindakan berkenaan mungkin juga sebagai cara pihak pembangkang cuba menganggu kemantapan UMNO Bahagian bagi menutup kelemahan antara Pakatan Pembangkang yang semakin jelas tidak ada persamaan dan bertelagah pendapat dalam meletakkan calon bagi beberapa kerusi DUN dan Parlimen. (Klik Sini)

Dibeberapa laman media sosial facebook penyokong dan pencacai pakatan rakyat dapat dilihat betapa mereka bertelagah sesama sendiri gara-gara berebut jadi untuk menjadi calon dalam PRU akan datang. Perjuangan apakah yang mereka perjuangkan jika pakatan pembangkang tidak ada persepakatan dan tidak sehaluan. Sukar dibayangkan jika mereka berjaya merampas Putrajaya, sudah tentu keadaan negara akan jadi huru-hara kerana mereka akhirnya akan bertelagah sesama sendiri kerana berebutkan kuasa.

Soalnya, perjuangan mereka untuk apa sebenarnya? Membela rakyatkah atau hanya inginkan kuasa untuk membentuk kroni mereka sendiri? Rakyat sedia maklum bahawa PKR dan DAP adalah parti politik yang paling mengamalkan kronism di Malaysia. Bahkan dalam keadaan lain mereka juga paling tidak demokratik. Banyak lagi perpecahan didalam Pakatan akan meledak tidak lama lagi akibat perebutan kerusi dan kecewa tidak dapat jadi calon. Razali Alias adalah antara mereka yang tersingkir dari PKR dan sedang makan hati. Tidak mustahil Razali Alisa juga akan buat u-turn disaat-saat akhir.



Kiri: Bendera PKR di bekas pejabat UMNO di Temerloh.
Kanan: Bendera BN di Pejabat PKR Cabang Temerloh

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...