Suara Anak Pahang - Perlu Baca

04 March, 2013

LAHAD DATU: ANU ARR MESTI BERTANGGUNGJAWAB !




Pencerobohan di Lahad Datu telah mengakibatkan 6 anggota keselamatan kita gugur manakala lebih banyak lagi jiwa pihak penceroboh terkorban. Mereka melakukan tuntutan yang tidak wajar dan berjuang bukan diatas kebenaran. Laporan media Filipina menyatakan adanya penglibatan pemimpin pembangkang dalam mencetus konflik berkenaan.

Pemimpin pembangkang dengan cepat menuduh ini adalah konspirasi  UMNO dan sandiwara semata-mata, konon bagi tujuan meraih undi pada pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, Tian Chua dikecam keras oleh banyak pihak kerana kenyataan biadap beliau. Beliau menggangap anggota yang terkorban demi pertahankan negara sebagai 'mati katak'. Namun rakyat tidak lupa bahawa beliau adalah 'anjing' yang pernah mengiggit telinga polis ketika ditangkap terlibat dalam rusuhan bersih dulu. (Sini) Hubungi Tian Chua untuk dapatkan penjelasan atau sms beliau di nombor: 012-2841025 dan nyatakan rasa benci anda terhadap perlakuannya.



Anu arr tertuduh pertama yang ada kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu sebagaimana yang dilaporkan oleh media Filipina, dan media asing lain juga. Cepat-cepat Anu arr cuba cuci tangan dan menuduh DS Najib sudah menguasai media asing. Mungkin dia lupa bahawa media asing sudah lama terkenal dengan kebebasan bersuara mereka dan tidak mungkin akan dapat dibeli.





Apapun seperti biasa bagi Anu arr, jika dia tidak dapat menguasai sesuatu dan sesuatu tidak memihak kepadanya maka beliau akan cepat-cepat menuduh sebagai tidak betul, tidak telus atau satu konspirasi dan  telah dibeli. Namun rakyat sudah jelas siapa sebenarnya petualang bangsa dan negara. Jika Anu arr ingin menyaman tv3 dan Utusan Malaysia, beliau juga perlu menyaman media-media asing juga yang melaporkan perkara sama.

Jelas bahawa Anu arr rela negara jadi huru hara dan ingin cetuskan pemberontakan berdarah seperti 'Arab Spring'. Rakyat yang sudah semakin celik politik sedar bahawa Anu arr tidak patut disokong kerana perjuangannya hanyalah demi kepentingan peribadi semata-mata, demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan menjadi talibarut negara asing.

Anu arr bukan berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi sentiasa menggunakan rakyat untuk berjuang dan berkorban demi kepentingan dirinya sahaja. Lihat rusuhan bersih.....lihat rusuhan bebaskan Anu arr ketika hari beliau akan dijatuhkan hukuman atas tuduhan liwat2...segala-galanya rakyatkah yang berada dihadapan. Dalam isu pencerobohan Lahad Datu, pemberontak-pemberontak digunakan untuk melemahkan negara namun kehilangan jiwa mereka tidak memberi apa-apa makna kepada umum kerana pemberontak itu hanya akan diibaratkan 'mati katak'!

Rakyat menyokong tindakan kerajaan menarikbalik operasi VAT69 dan menggantikannya dengan 21 RAMD. Pengganas dan pemberontakan mesti ditumpaskan dalam kadar segera. Tidak perlu ada lagi sebarang rundingan kerana Malaysia tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu sebagai pewaris. Daerah Lahad Datu dan Semporna mesti dibersihkan dengan segera bagi memberikan kepercayaan rakyat terhadap kestabilan dan keselamatan negara tercinta ini.

Syabas kepada semua pejuang negara dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka serta sentiasa mendapat perlindungan Allah. Doakan juga kepada mereka-mereka yang telah gugur demi mempertahankan bumi yang tercinta ini. Amin!

Baca Sini   dan   Sini


1 comment:

Anonymous said...

Anwar punya hand phone number tak boleh dapat ka. Boleh lah kita ramai ramai antar sms bagatau betapa kita kasih dan sayang kepada Anwar

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...