Suara Anak Pahang - Perlu Baca

10 May, 2013

PAHANG KEKAL MB LAMA, DENGAN HARAPAN BARU

DSD Adnan Yaakob diacara mengangkat sumpah MB Pahang








1. Petang semalam, berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan, DSD Adnan Yaakob menandatangani dan mengangkat sumpah sebagai MB Pahang bagi kali ke-4

2. Hari ini khabarnya exco kerajaan negeri yang dilantik akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan. Menurut sumber, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, satu jawatan yang dikosongkan pada penggal lalu.

3. Apapun kali ini kerajaan negeri mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Menambat hati kaum Cina namun dalam masa sama tidak menguris hati orang-orang Melayu sendiri.. Kita percaya tugas berat berada dihadapan dan dibahu MB. Kami penyokong UMNO BN akan sentiasa berdiri teguh dibelakang dan memberikan sokongan dan bantuan kepada MB dalam menjayakan visi dan misinya.

4. Kita yakin perlantikannya sekali lagi adalah untuk menyelesaikan dan menyempurnakan segala urusan yang tertunggak dan belum selesai. Masih banyak yang perlu beliau lakukan menjelang PRU14 nanti. Kejayaan BN mempertahankan Pahang adalah bergantung kepada apa yang beliau lakukan hari ini. Memang segalanya sulit dan rumit, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Rakyat terutama orang-orang Melayu menaruh harapan yang sangat tinggi kali ini, jika mereka dikecewakan tidak mustahil mereka akan berpaling kearah lain.

5. Apapun, agenda nasional adalah Orang Melayu mesti kembali dan bersatu, bagai biduk lalu kiambang bertaut sama ada atas dasar kebangsaan mahupun atas dasar Islam. Hanya bersatu akan membuatkan kita terus teguh bagi menjamin masa depan anak cucu dan generasi akan datang akan terus terbela. Segalanya adalah dibahu para pemimpin kita. Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya hak dan warisan.

1 comment:

Anonymous said...

kena kekal kan mb lama ne lagi, sebab maseh banyak, lombong bijih besi,emas, kayu balak yang maseh berbaki di bumi pahang ini, banyak lagi yang belum sain sebelum pru13 dulu, lagi pun duit royalti minyak masih belum di beri sama rata antara mereka,juga pehak istana, konsasi baik pulih jalan seluruh negeri pahang yang di bekukan pemberian sebelum pru dulu pn blum di sain lagi, jkr dah anugrah, tapi dekat sangat dengan pru kena tangguh, ini kali lah masanya untuk menyapu bersih hasil juga kontrak, tapi lain kali kalah lah, tak ada langsung rakyat pahang yang cerdik selain dari dia ini.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...