Suara Anak Pahang - Perlu Baca

03 May, 2013

PARLIMEN JERANTUT KEKAL MILIK BN

Tuan Hj. Nazlan adalah bakal wakil rakyat 
yang merupakan calon yang benar-benar menjiwai hasrat rakyat


1. Sejarah parlimen Jerantut tidak pernah jatuh ketangan pembangkang. Walau siapa calonnya sama ada 'orang luar' atau pun 'calon payung terjun'. Pengundi Jerantut tetap memilih calon yang diberikan mandat oleh BN.

2. Ada beberapa dun sebelum ini (termasuk yang sudah bertukar nama akibat persempadanan semula) jatuh ketangan pembangkang, mungkin kerana ada sebilangan rakyat ingin mencuba-cuba ataupun hanya memberikan undi protes kerana marahkan kerajaan, parti dan pemimpin, namun kekesalannya membuatkan mereka kembali semula menyokong BN. Kerana mereka sedar dan insaf bahawa hanya BN yang mampu memberikan kemajuan dan perubahan kepada rakyat.

3. Mungkin ada kebenarannya dimana dalam sesuatu keadaan wakil rakyat yang terpilih tidak melaksanakan tugas dengan berkesan, namun itu bukanlah perjuangan BN sebagai sebuah parti komponen yang membela dan memperjuangkan rakyat. Rakyat boleh menolak wakil rakyat yang gagal melaksanakan aspirasi parti serta mengkhianati harapan rakyat. Bahkan pemimpin tertinggi juga akan menyingkirkan wakil rakyat yang sedemikian. Justeru, kegagalan wakil rakyat tertentu melaksanakan mandat yang rakyat berikan janganlah kesalahannya dihukum dengan menukarkan kerajaan yang telah merancang pembangunan lestari untuk rakyat.

4. Dasar transformasi negara yang dilaksanakan oleh PM mesti diteruskan. Sudah banyak yang kita dapat nikmati selama ini semenjak DS Najib mengambil alih kerajaan 4 tahun lalu dan banyak lagi kejayaan yang sedang ditempanya.

5. Ketika pihak sebelah sana (Pakatan) sibuk reformasi, demonstrasi dan bermacam-macam kekotoran politik yang dipanggil 'bersih', DS Najib terus membangunkan semula keruntuhan dan kelemahan yang berlaku. Ketika pembangkang berusaha memusnahkan, DS Najib terpaksa berkerja keras membangunkan. Memang mudah menyalahkan berbanding memperbetulkan dan melakukan sesuatu demi kebaikan. Rakyat harus melihat kesungguhan pemimpin masa kini untuk membangunkan rakyat aset yang sangat berharga.

6. Hj Nazlan adalah calon yang sangat tepat bagi mewakili rakyat bagi parlimen Jerantut. Sebagai anak watan yang menjiwai kehidupan dan susah senang hidup rakyat biasa, beliau sangat peka pada setiap permasalahan rakyat yang daif kehidupannya. Banyak pihak meletakkan harapan tinggi kepada beliau dan sangat berharap beliau terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRU yang tinggal tidak berapa hari saja lagi. Beliau adalah satu pakej lengkap dengan ciri-ciri wakil rakyat yang mampu BN pertaruhkan. Berbudi bahasa, merendah diri, berpengetahuan akademik dan agama dan tidak berpolitik keterlaluan. Beliau adalah sebenarnya 'winable candidate', calon pilihan rakyat berbilang bangsa dan agama.

7. Berbanding dengan saingannya, Dr. Hamzah yang umum lihat sebagai calon yang kurang mesra dengan rakyat walaupun menampilkan watak berpengetahuan agama, namun beliau terlalu meletakan cita-cita politiknya terlalu tinggi diatas sehingga menenggelamkan keinginan untuk membela dan membawa harsat rakyat.

8. Keputusan PRU12 lalu, YBM Tan Sri Tengku Azlan telah mendapat 19,543 undi dan mengalahkan calon Pas Dr. Hamzah dengan hanya mengutip 17,597 undi dengan menang majoriti 1946 undi. Namun kali ini kita percaya calon yang diberikan mandat oleh pengerusi BN ini akan mendapat jumlah undian yang lebih besar lagi. Ini berdasarkan beberapa faktor termasuk ketidakstabilan dalam pakatan itu sendiri yang dilihat sudah berpecahbelah dengan calon parlimen Pas berganding dengan calon Bebas dun Damak serta mengenepikan calon PKR bagi dun Damak sendiri.

9. Faktor saudara-mara dan sahabat andai yang selama ini bersama dan menyokong Pas dan menyokong beliau sudah membuatkan calon dan penyokong pas Jerantut 'demam panas'. Demikian juga faktor saudara-mara dan sanak-saudaranya yang selama ini menyokong dan cenderung kepada PKR telah membuatkan AMK PKR Jerantut lumpuh sama sekali Namun andai kata beliau tewas, maka kekalahannya itu adalah kerana adanya pembelotan dari saudara-mara dan sahabat andai sendiri.

10. Pengundi Jerantut tetap menolak pakatan dengan agenda haru-biru mereka. Katakan tidak dan tidak seekali kepada mereka.. Ini kali lah? Ohhhh! Lain kali lah....atau,......mereka boleh blah!



Mendengar rintihan rakyat


Berkerjasama dengan calon dun Damak - ikhlas dan setia



Kemesraan dari persahabatan yang ikhlas

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Sebenarnya UMNO tetap TIDAK BERUBAH,Jadi Rakyat TRPAKSALAH MENGUBAHNYA.Masih ramai calon calon BN dan UMNO yg tidak bersih dan tidak kelihatan bersih masih berada didalam senarai calon kenapa jadi begini?adakah pucuk pimpinan parti BUTA mata dan BUTA HATI? Tidak mengikut kehendak rakyat akar umbi? Biar UMNO dan BN kalah.Rakyat tetap sama seperti biasa jugak.Selamat menjad pembangkang BN

Anonymous said...

komen koi kena gam ke? tak keluor pun?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...