Barah bagi UMNO mesti dibuang segera
2 Alam - Siang jadi wira, malam jadi sundalPRK Permatang Pasir sudah semakin hampir. Ada desus-desas mengatakan bahawa PKR dan PAS akan turut berentap. Ada pendapat bahawa pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemudahan kepada calon UMNO/BN. Benarkah begitu?
Dalam keadaan UMNO yang semakin sarat saya berpendapat walau pertandingan 100 penjuru sekalipun, UMNO/BN masih akan kalah. UMNO/BN masih gagal untuk meraih kemenangan dan kemenangan buat UMNO/BN hanyalah satu impian. Kenapa? Kerana UMNO masih sarat dengan masalah dalaman dan sebenarnya saya melihat UMNO masih belum berubah apa-apa pun.
Liabaliti dalam UMNO masih ada dan masih kukuh ditampoknya. Apakah tindakan yang kepimpinan UMNO ambil? Mereka yang terlibat dalam politik wang semasa pemilihan PAU hanya diberikan amaran dan dibenarkan bertanding. Ali Rustam dan Khairy - apakah tindakan terhadap mereka? Apakah kesalahan hanya dihukum jika mereka orang bawahan tetapi tidak jika mereka dari kalangan elite?
Saya setuju dengan pandangan sdr Parpukari mengenai KJ (Baca disini) Begitu juga dengan pandangan blogger Maya Khairy (Baca disini)
UMNO perlu dibersihkan sebersih-bersihnya dan ini harus dilakukan segera kerana PRU13 hanya ada lebih 2 tahun saja lagi. Kekuatan UMNO hanya dikampong-kampong tradisional namun pemimpin UMNO disetiap peringkat nampaknya masih mengabaikan penduduk di kampong-kampong tradisi ini. Ulu Tembeling umpamanya, selepas lebih dari 50 tahun merdeka apa pembangunan yang ada untuk mereka? Di Kuala Lipis di Kampong Dusun, di Kuala Kenong, jalan raya masih belum kelihatan dan penduduk masih mengunakkan bot untuk ke Kuala Lipis walaupun hanya 20KM dari pusat bandar.
Seorang kawan anak kelahiran Ulu Tembeling yang menetap dipusat pentadbiran kerajaan dengan sinis meluahkara rasa kecewa dalam sms kepada saya menulis; Parti apapun tak ada makna, yang bermakna adalah memperjuangkan HAK MELAYU ISLAM, lihat ECER yang dilancarkan ...semalam, Ulu Tembeling dipetakkan sebagai fruit belt,friut belt - buah neram yang jatuh hanyut melalui aliran air sungai untuk makanan ikan kelah liar sahaja, nak pasarkan buah lain tak boleh, durian dah jadi tempoyak baru sampai kat pasar Jerantut kerana kena ikut jalan balak 2 hari - keluarga aku di Ulu Tembeling di tipu lagi.
Dalam sms berikutnya beliau menambah; aku dah nak balik nak tanam buah ara bagi makan punai, pokok memaya bagi makan kancil,buah kenedai bagi makan burung merbah, tanam ubi kayu bagi makan babi dan tanam pisang bagi makan beruk - marketing tradisional yang tak perlukan jalanraya.
Rakyat melihat dan telah merasai ini. Jika kerajaan kepimpinan UMNO masih belum mahu mengubah, rakyat sendiri akan mengubahnya nanti kerana rakyat masih melihat dalam UMNO masih kebal dengan kronism dan nepotismnya. Lihat dengan mata hati, siapa didalam UMNO yang sedang berubah sekarang ini dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri? UMNO adalah syarikat bagi kontraktor pengampu mendapat projek. UMNO adalah persatuan dimana politikus bercakaran dan 'cas keting' berebut harta dan kuasa.
Yang ini perlu kita sokong: Blogger madugunung menulis - Penghinaan terhadap Melayu Islam (Klik untuk ke blog berkenaan)


















