Suara Anak Pahang - Perlu Baca

06 August, 2009

BALA TENTERA DARI NERAKA 2




Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, manafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu semuanya dikumpulkan-Nya dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi. (Al-Anfaal:36-37)


Bagi merealisasikan demonstrasi GMI yang baru lalu satu dana yang besar diperlukan untuk mengerakkannya. Ada laporan menyatakan bahawa peserta dibayar RM50-RM100 setiap seorang. Kita tidak pasti berapa sebenarnya jumlah dana yang dibelanjakan tetapi kita tahu bahawa ianya satu jumlah yang besar, yang bukan senang-senang untuk didapati melainkan dari orang-orang tertentu yang berkepentingan atau dari organisasi-organisasi tertentu yang juga berkepentingan dan menangguk di air keruh.

Tidak juga jelas apa sebenarnya tujuan demonstrasi berkenaan dan apa kepentingannya kepada rakyat umum. Seandainya kita hanyalah seorang penoreh getah, petani, nelayan dan buruh kasar, perlaksanaan atau pemansuhan ISA tidak memberikan apa-apa faedah yang nyata kepada kita. Mungkin itu berfaedah kepada ahli-ahli politik semata-mata untuk melindungi mereka dari perbuatan jahat mereka selama ini dan akan datang. Justru, apalah gunanya kita bermati-matian perjuangkan pemansuhan ISA jika ianya bukan untuk kepentingan rakyat banyak? Nampaknya pemimpin bala tentera dari neraka ini yang memerlukan kita berjuang untuk diri mereka walhal sebagai pemimpin merekalah yang patut berjuang untuk kepentingan kita. Perjuangan apakah ini?

Mudah-mudahan kita tidak leka dan tersesat sehingga kita termasuk dalam golongan bala tentera dari neraka ini. Andai kita telah terlanjur, maka kembalilah kepangkal jalan, bertaubatlah semuga Allah menerima taubat kita. Janganlah kita termasuk dalam golongan mereka yang hanya akan merugikan dan memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Apa yang ramai nampak bahawa ini semua adalah satu usaha untuk mengalih pandangan oleh seseorang dari perkara pokok, iaitu tuduhan di mahkamah terhadap dirinya atas perbuatan terkutuk yang dia dituduh melakukannya.

Ketika di satu pihak telah dengan berani bersumpah bahawa berlaku kemasukan dari pintu belakang, kenapa di satu pihak lagi dengan takut melarikan dari dari melakukan sumpah yang serupa? Jika benarlah falsafah lama; berani kerana benar....apakah takut bermana kerana salah? Kenapa apabila salah dilakukan oleh orang lain dia dengan cepat mengemukakan saman tetapi kenapa tidak soal ini? Kenapa si x tidak disaman kerana bersumpah di xx oleh mr xxx?

Janganlah kita biarkan masa depan anak-cucu kita dimusnahkan oleh tangan-tangan hitam ini. Janganlah kita perjudikan masa depan kita, anak-cucu kita dan harapan bangsa kita pada tangan panglima perang bala tentera neraka ini supaya nanti anak cucu kita tidak akan mencari dimana kubur kita untuk mengencinginya, hanya kerana kita telah terpedaya dengan janji-janji dusta.

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu" Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu: sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekelian tidak dapat melihat: sesungguhnya aku takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras seksa-Nya. (Al-Anfaal:48)

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...