05 August, 2009

BALA TENTERA DARI NERAKA






Rusuhan oleh kumpulan GMI masih segar dalam ingatan semua. Suara rakyat membantah demonstrasi haram itu namun dalang dan tangan-tangan hitamnya masih berusah keras untuk memporakperandakan negara. Bagi mereka politik negara biar tidak stabil, ekonomi juga mesti merosot dan tidak menentu, rakyat jelata biarlah ditanamkan amarah kepada kerajaan memerintah. Minda rakyat mesti sentiasa dihasut dan kerajaan mesti digambarkan sebagai tidak adil dan zalim.

Kerana itulah bala tentera dari neraka yang dipimpin oleh panglima besar mereka mengadakan demonstrasi. Walaupun jumlah mereka tidak mencapai sasaran ke angka 100 ribu namun mereka merasakan bahawa mereka telah berjaya. Mereka berbaris dalam saf-saf, mereka itu adalah bala tentera syaitan dari neraka yang menyerupai satu bangsa bernama Melayu dan bertujuan untuk menghapuskan umat Melayu dari muka bumi ini.

Panglima agung mereka ini mungkin juga jelmaan setan dari neraka atau mungkin juga jelmaan dari Dajjal pembawa kesesatan umat diakhir zaman. Cita-cita Panglima agung ini hanya satu - untuk menjadi raja ..beraja dimata dan bersultan dihati. Nafsu besarnya menghalalkan segala yang diingini. Baginya kota itu mesti ditakluki sama ada dari depan atau membolosinya dari belakang. Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita terpengaruh dengan kata-kata dan pendustaan mereka itu. Janganlah kita tertipu dan terpedaya oleh mereka. Turuti akal dan bukan nafsu.

"...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" - Az-Zumar ayat 9.

11 comments:

ibnu sidek said...

Wahai manusia yang budiman , jika kamu kata orang yang menyertai demo adalah bala tentera dari neraka ,bagaimana pua denga kamu yang telah pun melebel orang dari neraka, bagaimana dengan kamu, bagaimana denga sembahyang kamu? bagaimana dengan kemahuan Allah SWT untuk semua yang budiman menjalankan hukumNya dimuka bumi ini, adakah anda telah laksanakan? adakah anda berjuang kearah itu? adakah anda faham apa itu Islam yang sebenarnay? adakah anda tahu apa yang patut dilakukan oleh umat islam untuk membebaskan diri dari apa neraka Allah?jika itu semua tidak dapat anda jawap, cari ulamak dari Umno untuk menjawabnya dan tanyalah kepada pemimpin anda atau siapa saja yang anda mahu. selagi anda tidak melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. maka anda bukanlah golongan yang akan masuk syurga Allah.Diakhirat kelak hanya ada dua tempat tujunya, kalau tak masuk Syurga maka ke Neraka lah anda.

Darul Iskandar said...

IBNU SIDEK...

Bagaimana pula jika menyatakan orang Islam lain kafir, Orang Utan & masuk Syurga jika masuk golongan mereka?

Jangan tulis panjang2 mcm ko tu pandai Islam lebih...

Yang demo tu semua LEMBU...sebab berak tengah jalan...

YANG GAMBI said...

Salam,

Ibnu Sidek, sudah terlebih sangat ke amalan dengan Allah sehingga nak persoal amalan orang lain......

Apa, bila awak dah sokong PAS sudah pasti sangat dapat masuk syurga ?

Dan sudah mula takbur mengkafirkan orang lain ?

Bapak syaitan dan dajal sahaja yang mengakui diri mulia di sisi Allah....

Lembu-lembu sahaja yang tidak pernah mengikuti undang-undang.....

.@blogger.com said...
This comment has been removed by the author.
.@blogger.com said...

Salam,
terima kasih sdr semua kerana memberikan komen masing2. semuanya betul hanya diantara semua yg betul itu, yang manakah lebih betul. saya tak terlibat lagi dengan segala komen dan percangahan pendapat sdr semua tatapi akan mengikutinya dgn serius.w.salam ~ bRAVEhEART

ibnu sidek said...

Kalaulah ditakdirkan Allah SWT yang apa dikatakan oleh korang semua betul, maka Umno lah yang boleh dilebelkan lembu jalanan kerana sejarah telah membuktikan yang Umno lahir dari demo jalanan, kenapa ye kalau dah terjerumus dalam politik ni menjadikan seseorang akan mempertahankan pendirian politik masing-masing tanpa memikirkan dengan bijak dan tidak melandaskan diri dengan Al Quran dan Hadis dan hanya menyatakan pendirian yang agak kabur dari apa yang diperkatakan, saya sebagi penyokong Pas tak semesti akan masuk Syurga dan tidak mustahil dengan Izin Allah SWT. Tapi apa yang saya tanya itu juga menjadi tanda tanya pada diri ini dan untuk semua manusia yang mengaku dirinya islam dan bukan mudah untuk masuk syuga Allah dan tak susah nak masuk NEraka Allah SWT.

ajijasin said...

salam alaikum...

'ANU'WAU BERAHI MEMANG PENGKHIANAT MELAYU.....

poooorrrraaaaaaahhhhhh...
penghabis tak berguna makhluk MELAYU dalam Malaysia...
inilah dia makhluk yg bernama 'anu'wau berahi!!!!!

puuuaaaaahhhhh...
kalao tang dia dok ngata ngutuk org lain bukan main lagi...
sedap mulut dia aje...
MACAM TAK DA BREK...
MACAM ORG LAIN NI SEMUA TAK BERGUNA...
MACAM SEMUA ORG MENTEKEDARAH RASUAH...
MACAM SEMUA ORG BUSUK BENAO...
MACAM SEMUA ORG TAK SENONOH...

org baru dok kutuk dia
'PENGKHIANAT MELAYU'...
tau pulak merah telinga dia...
ooooooooooooooo tau marah...

habis semua org nak disaman!!!

memang muka dia...
muka bawak suweyyyy kat Malaysia ni...
sapa yg dok lepaskan beruk sekor ni...

wahhhhh bukan main lagi...
tak bolehhh pulak org sentuh dia...
apa besaoooo dia ni...
dia ingat Malaysia ni kepala bapak dia punyeee ke...

yg dia sedap sedap dok caci maki..
buat cerita fitnah semua org...
boleyyyyy...

kalao macam ni punye makhluk jadi kepala bapak kat Malaysia ni...
alamat...
semua yg ngata ngutuk dia semua la...
masuk lokap la gamakkknyeee...

tak da can la nak ngata ngutuk dia...
macam mana selama ni...
dia org ni...
makhluk tali perut hijau...
tali perut mata lebam...
tali perut babi anjing...
dia org dok ngutuk Tun M, Pak Lah, Tok Najib...
dok ngutuk UMNO, BN, KERAJAAN, AGENSI KERAJAAN, ORG KERAJAAN...
dengan berbagai caci maki hamun cerca cerita fitnah...

ini rupa makhluk yg KONONNYEE cakap pasal
DEMOKRASI..
KEBEBASAN SUARA...
SUARA RAKYAT...

SUDAHLA 'ANU' WAU BERAHI...
AKU MINTAK2 TUHAN BAGI NGKAO SELESEMA BABI...
BIAO NGKAO CEPAT KOJOL...

HIDUP PUN MENYUSAHKAN ORG AJE...

TAK BOLEHHH PULAK DIUSIK...
NAK MENYAMAN AJE KEJE NGKAO...
NAK MENAKUT NAKUTKAN ORG...

SIKIT SIKIT SAMAN...
SIKIT SIKIT SAMAN...
MACAM LA MAHKAMAH MALAYSIA NI
BAPAK NGKAO PUNYE...

BELUM APA2 DAH ANGGAP ORG SALAH...
KALAO TAK SALAH...
MAHKAMAH TAK BETUL...
MAHKAMAH AGEN KERAJAAN...

MEMANG TAK LAYAK NGKAO NI JADI KEPALA BAPAK KAT MALAYSIA NI...
TUHAN PUN TAK LORONGKAN
MANUSIA MACAM NGKAO NI JADI KEPALA NEGARA...

MEMANG LA MACAM KOMUNIS NGKAO BUAT MALAYSIA...
SEMUA YG BUKAK MULUT MENENTANG NGKAO...
SEMUA MASUK LOKAP!!!!!

MEMANG DASAR TALI BARUT YAHUDI NASRANI...
MACAM LA NGKAO TU SUCI BERSIH...
MACAM LA NGKAO BAIK BENAO...

POOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHH !!!

p/s : komen2 tu tulisan tak leh nak baca la... 'back ground kelabu, tulisan putih.. mcm mana nak baca...

srikandi melayu said...

Salam semua...
amboi-amboi ajijasin...geram sungguh yer..bagus2..

Utk ibnu sidek
Kerana ketentuan Allah S.W.T lah Anuwar & PAS tiada laluan mudah utk jadi kepala di M'sia. Itu yg pasti..Yg kita sedihkan disini BALA TENTERA NERAKA ini sebenarnya memperjuangkan apa?? & utk siapa?? Apakah mereka ini membela orang yg bersalah?? ISA hanya utk org2 yg menjadi duri dlm M'sia:- seperti komunis, org yg mencabar perlembagaan, kumpulan2 ajaran sesat dan banyak lagi..sedangkan yg merusuh ini mereka2 yg bebas dari kesalahan dan jenayah, hidup mewah dgn harta, yg bebas bersantai di kedai minum, punyai pelajaran yg tinggi dan lansung tidak pernah tertindas dgn ISA..Kenapa mereka boleh hidup seindah itu?? kerana akta ini yg menyatukan masyarakat di M'sia tanpa mengira bangsa.. PAS jgn terlalu taksub utk menilai amal pahala dan dosa umat lain, kerana PAS sendiri belum terbukti lagi bole membawa Islam itu gemilang dari segala segi..

amoc said...

Wahai srikandi melayu, kalau mereka salah kenapa tak dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan, supaya nyata apa salahnya dan apa hukumannya... tapi kalau tak bicara macamana nak tentukan mereka bersalah? kan kita ada mahkamah apa guna mahkamah kalau kesalahan orang tidak dibicara? kalau mereka buat salah dan pasti salahnya ,siapa yang nak sokong mereka dan hukum mereka jika mereka bersalah dan gantung mereka jika cuba memberontak dan sekiranya mereka ini hanyalah di syaki saja dan dikurung sehingga 8 tahun, adakah mereka betul-betul bersalah dan bagaimana jika mereka tidak bersalah?, apa kita nak jawap jika anak-anaknya tanya apa salah ayah saya hingga ditahan sampai 8 tahun tanpa bicara, jika kita tidak rasa bersalah maka hati kita sudah menjadi hati batu

srikandi melayu said...

Salam semua..
wahai amoc, cuba lihat kes-kes tahanan di bawah ISA. Akta ini bertindak secara tegas pada mereka-mereka yg secara terang-terangan melakukan huru-hara atau menyebarkan hasutan/ideologi yg boleh merosakkan M'sia dengan bersaksikan rakyat sedunia. Cth Ajaran sesat,kumpulan pemberontak JI, Kes hasutan kaum Uthayakumar. Sejarah sendiri menyaksikan peristiwa tersebut. Secara jujur adakah anda setuju dengan tindakan pesalah ini? Secara terang akta ini menyebut org2 yg mencabar perlembagaan negara harus ditempatkan di situ tanpa bicara. Bukankah benda ini jelas,,mengapa pula perlu dibicara sekiranya diri sendiri berani mencabar..adakah pesalah ini menafikan tindakan mereka mencabar perlembagaan?? tiadakan?? jadi mereka sendiri dgn bangga suka dgn ISA..belum lagi dalam sejarah malaysia, orang2 yg duk dikedai kopi disumbat dalam ISA tanpa sebab yg disaksikan masyarakat dunia. Kesemua kes tahanan ISA tersurat secara jelas dalam sejarah malaysia. Sekiranya anak-anak mereka bertanye..katakan sejarah tidak pernah menipu.

Darul Iskandar said...

Ahh...Depa ni semua hipokrit la...lu orang tgk avatar ibnu sidek tu..muka pun penuh bangga jadi rakyat Malaysia...Entah2 sama juga menyimpan dalam Tabung Haji...yang diilhamkan dari matlamat perjuangan UMNO...


UMNO dulu demontrasi jalanan menentang Malayan Union, penjajah dan berjuang MEMBINA Negara...

Lu orang ikut demo MENJAHANAMKAN negara...

Apasal buat kat kawasan Melayu berniaga?Kenapa x buat kat Petaling Street @ Bukit Bintang sana?

Berapa ribu orang ibu tunggal dan saudara baru Islam yang lebih perlukan perhatian dari berapa puluh jumlah tahanan ISA yang cari penyakit sendiri?

Lu orang demontrasi;

TEMPAT YANAG SALAH,
IKUT ORANG YANG SALAH...
PERJUANGAN YANG SALAH...

Lu orang dah pilih YB dan ahli Parlimen sendirikan...suruh la depa hentam dalam Parlimen...lawan maki hamun Bung & Ibrahim Ali tu...

Melayu ramai2 berani la...cuba sorang2...mintak doa & jampi serapah je la..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...