10 August, 2009

KERAJAAN PERANGI RAKYAT?

Barisan Pejuang Tentera Syaitan Dari Neraka



Jika kita tidak tinggal di Malaysia kemudian menonton TV Antara Online di blog PDO (Pahang Daily Online) pasti kita akan membuat rumusan bahawa kerajaan Malayisa zalimi rakyat yang melakukan demonstrasi memansuhkan ISA. Pasti kita percaya pada dakyah mereka yang mengatakan bahawa polis/kerajaan memerangi rakyat. Begitulah PDO mengunakan kata-katanya yang muluk untuk mempengaruhi rakyat dan membuatkan orang pecaya kepada dakyah mereka bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan zalim.

Apa sebenarnya yang berlaku pada 1 Ogos lalu? GMI Gerakan Memansuhkan ISA telah menganjurkan tunjuk perasaan 'haram' dan mendakwa telah mengumpul hampir 30 ribu rakyat dari berbagai bangsa dan peringkat umur untuk satu tujuan - meminta kerajaan memansuhkan ISA. Soalnya apakah wajar tunjuk perasaan itu diadakan setelah kelulusan tidak diberikan oleh pihak berkuasa demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat?

Jika hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong, tidakkah boleh ianya dilakukan tanpa adanya tunjuk perasaan dan perarakan yang mengundang rasa tidak tenteram kepada orang awam? Kenapa mereka harus memilih jalan itu? Jawapanny adalah; memang mereka mahukan ketidaktenteraman berlaku, memang mereka hendakkan keadaan huruhara berlaku dan memang mereka hendak menampakkan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa bertindak 'ganas' kepada mereka supaya kelak mereka akan canangkan keserata dunia bahawa kerajaan ini zalim. Tetapi siapakah yang terlebih dahulu berlaku zalim? Tidakkan mereka yang sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri?

Mereka telah diberi amaran oleh kerajaan dan pihak berkuasa, mereka telah menyedari apa akibat dari tindakan buruk mereka itu, tetapi kenapa mereka teruskan juga? Jawapannya adalah kerana mereka sengaja angin mencabar kerajaan kemudian dengan bangga mengatakan bahawa ini adalah kebangkitan rakyat!. Apakah ini kebangkitan rakyat sebenarnya? Tidak! Ini adalah tindakan pihak tertentu yang hanya pergunakan rakyat untuk menjadi benteng pertahanan mereka. Rakyat dipaksa berjuang untuk mereka. Lebih buruk lagi adalah ini dilakukan hanya untuk mengalih pandangan umum terhadap pemimpin mereka yang cuba melarikan diri dari perbicaraan di mahkamah atas tuduhan salahlaku moral. Dalam kata lain adalah; tunjuk perasaan ini untuk mengalih pandangan mesyarakat daripada memberikan fokus kepada tuduhan meliwat oleh pemimpin yang mereka agungkan itu.

Kebangkitan rakyat? Bodohlah kalau lembupun percaya bahawa itu adalah kebangkitan rakyat. Apakah kanak-kanak kecil tahu apa itu reformasi? Apa itu ISA? Yang mereka tahu adalah 'Ice-Cream' tetapi tidak ISA. Janganlah menganggap semua rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan. Jikapun GMI bersemangat membentuk 'Bala Tentera Dari Neraka' janganlah libatkan sekali kanak-kanak yang seumpama kain putih bersama mereka kerana tempat bagi kanak-kanak itu adalah di Syurga sedangkan tempat bagi mereka adalah di 'Neraka Jahannam'

Jika benar-benar kerajaan ingin berperang dengan 'Bala Tentera Dari Neraka' ini, kenapa hanya ada kira-kira 5000 anggota polis diarahkan untuk menentang hampir 30 ribu 'Bala Tentera Dari Neraka' itu? Kenapa tidak disediakan 10 atau 20 ribu anggota polis? PDO harus lebih berhati-hati supaya tidak memberikan tafsiran yang salah dan memesongkan umah. Jika pun bencikan kepada BN/UMNO, lakukanlah secara demokrasi dalam PRU13 nanti, tetapi bukan dengan jalan membuat hasutan sebegini. Inilah sebenarnya alasan yang membuatkan ramai rakyat berpendapat bahawa ISA masih perlu dikekalkan bagi menangani masalah dari pihak-pihak yang menyebarkan dakyah seterusnya mengancam keselamatan negara.

Dalam wawancara, ada satu responden yang kurang pengetahuan (mungkin juga kurang akal) telah menyatakan bahawa polis gunakan senjata kimia. SENJATA KIMIA? Polis kita sama seperti tentera yahudi zionis? Amboi Mak!! Tentu polis kita antara yang termoden dan tercanggih didunia jika kita sudah capai tahap itu. Ya! Betullah! Memang polis kita guna senjata kimia menentang perusuh jalanan dan 'tentera dari neraka' itu, juga polis telah guna asid asernik (?) terhadap DS Anwar semasa beliau dalam tahanan sepertimana yang didakwa! Kerana itulah ajal beliau semakin hampir!. Beliau sedang menghadapi sakit yang tenat, kronik...bukan pada tubuh badan tetapi pada otak dan hati dann jiwanya.

Pernahkah kita tanya diri sendiri; apa akan jadi jika polis tidak kawal setiap tunjuk perasaan yang diadakan? Apa akan jadi jika kerajaan lemah dan tidak mampu kawal kekacauan? Akan amankah negara ini? Jawapannya semua orang tau termasuk mereka yang menganjurkan serta mengadakan tunjuk perasaan dan rusuhan jalanan itu, tetapi kenapa mereka tidak mahu mengakui keberkesanan tindakan kerajaan dan polis itu? Memang jiwa mereka ini telah rosak kerana itu mereka sengaja melakukan kerosakan didunia ini.

Saya berpendapat bahawa satu laporan polis patut dibuat keatas PDO dan meminta supaya tindakan diambil keatas penyebaran maklumat yang boleh menganggu dan mengancam keselamatan negara jika tidak diberikan pemantauan serius. Tetapi saya masih percaya bahawa kerajaan masih bersikap adil dan memberikan kemaafan dan peluang kepada mereka untuk terus bersuara. Apakah selama ini kebebasan bersuara mereka disekat? Yang sangat menghairankan adalah dikala mereka banyak dan bebas bercakap tetapi mereka berkata bahawa kebebasan bersuara mereka disekat.



Berdemo adalah budaya Anwar - Che Det

Bahaya matlamat menghalalkan cara - Paneh Miang

Pembangkang tak mampu bela rakyat - Taipingmali

Siapa yang Najib tangkap guna ISA - Aspirasi Bangsa

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Pemimpin setempat perlu turun berjumpa masyarakat untuk menjelaskannya agar isu ini lebih difahami.......

Kalau pemimpin setempat tidur, tak ambil kisah dengan masyarakat, sibuk dengan mencari kekayaan sendiri, maka masyarakat akan menerima bulat-bulat hasutan pembangkang.

UMNO perlu ketepikan pemimpin macam ini....

Anak Lenggong said...

Bagi penganjur dan pemimpin pembangkang ..apa yang nak diherankan..mereka memang maukan negara ini berada didalam keadaan huru hara..dan dengan bila keadaan begini terjadi mereka akan lari keluar negara dan akan menyebarkan kepada dunia luar bahawa kerajaan bn sudah ilang kuasa untuk memerintah...ini lah cara munafik yang cuba dilakukan oleh puak pembangkang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...