19 June, 2009

PERTEMUAN BLOGGER PAHANG - catatan ulasan


TDM yang kepadanya Bangsa Melayu harus mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengangkat martabat bangsa ke aras tertinggi. TDM - Semangat dan Roh perjuanganku untukmu ~ bERANIKAN HATI



PERTEMUAN BLOGGER PAHANG

1. Posting ringkas ini adalah respon kepada beberapa komen sahabat terhadap posting terdahulu 'Pertemuan Blogger Pahang', yang baru diadakan.

2. Keseluruhannya memberikan pandangan yang positif terhadap usaha dan inisiatif YB Sharkar terhadap penganjuran pertemuan tersebut.

3. Hanya komen dari Sdr, Hidup Melayu nampak bersikap kurang positif terhadap posting mengenai pertemuan berkenaan. Pendapat saya sangat berbeza; Kenapa kita harus jadi penakut? Apakah pertemuan tersebut sesuatu yang salah? Kenapa perlu tidak dimaklumkan kepada khalayak? Apakah kita harus perlu takut kepada pembangkang dulu..kini dan selamanya? Jika saya penganjurnya, akan saya penggil semua blogger Pahang tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

4. UMNO bukan parti penakut, Melayu bukan Bangsa Penakut, Islam bukan agama Penakut. Dalam hidup mesti berani ~ Beranikan Hati

5. Terima kasih kepada para sahabat yang memberikan komen seperti dibawah ini. Khususnya kepada sdr. megat,garamanis dan dia....di 11.30.



megat said...
bagus la ada pertemuan mcm tu,sekurang kurang nya mereka mahu mendengar & mengambil sikap proaktif sebelum terlambat.
June 18, 2009 6:54 AM

SaKa AdiWangsa said...
Pertemuan kena konsisten, small-scale pun ok, janji kerap. Tq
P/s: Saya pun hadir
June 18, 2009 8:26 AM

garamanis said...
SALAM ZIARAH,

SATU PERMULAAN YANG BAIK. PERTEMUAN SEPERTI INI SANGAT DIALUKAN UNTUK MEMBERI MESEJ KEPADA KEPIMPINAN KERAJAAN UNTUK MENGAMBILKIRA PANDANGAN SUARA-SUARA MUJAHIDDIN DI SINI. DIHARAP TERUS KONSISTEN DALAM MEMBANTU DAN MEMPERJUANGKAN BANGSA.

BILA NAK JEMPUT BLOGGER KL..?
HE..HE..HE..
June 18, 2009 9:07 AM

geefadzli said...
Salam,,

Tahniah atas pertemuan blogger Pahang dan mereka-mereka yg menjayakan program
June 18, 2009 11:30 AM

Hidup Melayu said...
waahhh...ada msk gmbr koi gaklah..heheh...hmm..sebenarnya perjumpaan blogger ni kne privacy..n xleh terbuka..banyak keburukan dari kebaikannya kan...tp pepun syok n best sgt dgr MB n Dato' SHarkar berucap...
June 18, 2009 9:39 PM

geecantik@blogspot.com said...
Syabas! Satu usaha yang baik.Marilah kita bersatu unutk membantu Negeri Pahang yang sangat kita cintai ini.Jangan kasi muka pada PR or PKR or DAP .
June 19, 2009 9:48 AM

6 comments:

Cheguman said...

Tahniah atas pertemuan itu. Buat di mana, ye? Sesekali ajak le BPN turut serta sebagai tetamu..

Kalau berkenaan Pahang ni memang saya rasa teruja. Maklumlah... tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain...

.@blogger.com said...

Salam cheguman,
Saya dah berbincang dgn Datuk Sharkar untuk menganjurkan satu program pemantapan penulisan dan pengendalian blog, cadang diadakan tidak lama lagi dan mengundang beberapa blogger BPN sebagai mentor program. Semuga cadangan diperkenankan dan jadi kenyataan. Saya akan hubungi jika ada maklumat terkini mengenainya ~ bERANIKAN hATI

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Hidup Melayu said...

hehe...oklah...koi mintak maaflah...koi pun rasa pertemuan ni sbg lambang keutuhan bangsa Melayu dalam memperuangkan bangsa Melayu itu sendiri...btul jgak erk...kita mesti berani tampil ke hadapan bersama2 ngan pejuang bangsa Melayu yang lain...hmm...per yang penting????KERJASAMA...

Hidup Melayu said...

setuju beno diadakan program pemantapan penulisan dan pengendalian blog ni..sebagai persediaan senjata untuk melawan pihak pembangkang dalam menghadapi PRU-13 nanti..dan kita mesti mempertahankan Pahang ini dari dibolosi oleh ramai lagi pihak pembangkang...kita mesti sedarkan rakyat Pahang tentang dakyah yang sedang dimainkan oleh DSAI n the geng...

.@blogger.com said...

Salam Cikguman,Rantong dan Hidup Melayu atas komen yang diberikan, Sdr Hidup Melayu jgn bimbang dan terlalu menuntut maaf, sdr bukan salan dan saya pun bukan benar sangat. Hanya kita punya pendapat berbeza tetapi kita diatas landasan yang sama dan menuju arah yang sama. Harap Datuk Sharkar terima pandangan saya dan menyokong pertemuan kedua. Sdr Rantong ni mungkin komen di posting yang salah, mungkin dia bermaksud nak komen di posting yang diatas kerana komennya langsung tak berkenaan dengan pertemuan blogger Pahang. Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih. Patut juga ingatan itu diberikan kepada tokoh-tokoh politik yang sering menggunakan Islam dan ayat Al-Quran untuk mendapatkan sokongan politik. Jangan Agamakan politik atau Politikkan Agama. Jika sdr dapat mengingatkan tokoh politik kita itu alangkah bergunanya, cuba-cubalah sdr nasihati mereka itu ~ bERANIKAN hATI

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...