Suara Anak Pahang - Perlu Baca

09 June, 2009

KENAPA ALLAH MEMBERIKAN KITA 2 MATA DAN TELINGA – PENYOKONG PEMBANGKANG YANG MEMBABIBUTA, LIHATLAH DAN DENGARLAH....


Kes Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, siapa betul siapa salah? Lihat klip video diblog Revolusi.


1. Masalah dengan penyokong pembangkang adalah mereka ini terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Mereka hanya mahu melihat dan mendengar hanya dari satu sumber sahaja. Sumber dari puak-puak mereka sendiri.

2. Mereka menganggap segala maklumat dari sumber yang satu lagi hanyalah dusta semata-mata. Kerana itu mereka tidak pernah membenarkan hati-nurani mereka menerimanya dengan bersih.

3. Ketaksuban mereka telah membutakan hati dan jiwa mereka sendiri sehingga mereka menjadi pengikut yang membabibuta. Sehingga ada kalangan mereka tidak menyedari bahawa apa yang mereka lakukan telah memperbodohkan diri mereka sendiri – sehingga sanggup berbaring dijalanan - bagai lembu jalanan!

4. Mereka tidak sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu dengan retorik pemimpin mereka semata-mata. Mereka menganggap mereka telah berjuang untuk Negara dan rakyat tetapi mereka sebenarnya hanya berjuang untuk kepentingan pemimpin mereka sahaja.

5. Apakah mereka tidak sedar bahawa pemimpin seharusnya berjuang untuk rakyat tetapi sekarang rakyat yang berjuang untuk pemimpin mereka. Alangkah bodohnya si-keredil…bagai sang bangau dengan sang kancil.

6. Bukalah matamu…bukalah telingamu…dengarlah dunia ini memperkatakan kebodohanmu…, lihatlah dunia ini dari sudut yang lain….


(Lihat video clip sumber dari blog Revolusi, klik utk baca blog Revolusi - jangan pula kata klip ini dah diubah suai, lakonan semata-mata atau sebagainya....)

1 comment:

lebai-mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Tolong link blog saya:
http://lebai-mangkuk.blogspot.com

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...